terkadang aku kuat, terkadang aku lemah,
dalam mencari cinta hakiki,
terlalu banyak dugaan mendatangiku,
pemergiannya benar-benar menguji imanku,
kehilangannya meruntuhkan kekuatanku,
berat sangat rasa hati ini ya ALLAH,
untuk meneruskan hidup yang sangat mencabar ini.
dalam usaha membina semula kekuatan diri,
alhamdulillah,
ALLAH mengurniakan insan-insan yang sangat berharga,
sedikit sebanyak mengisi kekosongan hati,
mengubati kerinduanku yang terlalu mendalam,
kepadanya yang tidak akan kembali lagi ke dunia ini.
syukur kepada ALLAH,
kerana mengembalikan semula semangat dalam diriku,
KAU meneruskan semangatnya melalui diriku,
aku masih lagi dapat merasai kehadirannya dalam kalangan mereka,
walaupun hampir 3 bulan kami dipisahkan oleh perpisahan yang abadi.
ya ALLAH,
KAU berikanlah kekuatan kepadaku,
agar aku dapat terus mencintaiMU,
tetapkan hatiku,
hanya untuk mencintaiMU,
KAU jadikanlah segala kenangan bersamanya,
sebagai kenangan yang paling terindah dalam hidupku,
biarlah masa yang menentukan segalanya,
aku serahkan hidup dan matiku,
hanya untukMU ya ALLAH....
p/s : semoga awk bahagia di atas sana.. kami di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan awk.. terima kasih, kerana menemukan sy dengan family ASA.. semoga ukhuwah yang terjalin kerana ALLAH, akan kekal sehingga maut yang memisahkan.. betul kata orang, setiap yang berlaku, ada hikmahnya.. dan menjadi salah seorang family ASA merupakan hikmah yang paling besar buat sy selepas pemergian awk.. sesungguhnya ALLAH itu Maha Berkuasa...
Subhanallah....
assalamualaikum..
:)
okey, ekceli aku buat note dalam fb yang kata kata kat atas ni.... korang bole tengok dekat SINI... tapi, aku nak jugak copy masuk blog... takde orang kesah kan..? sebab note tu aku jugak yang buat, blog ni pun aku jugak yang punya, so, apedehall... :)
aku tak la sedih time tulis note tu, cuma hati aku sayu sangat... bila kenangkan balik semua kenangan antara aku dengan dia dulu... tapi, ALLAH lebih sayangkan dia... aku redha...
aku da tak nak nangis... da penat da nangis masa program yang lepas...
time to build new life... tapi, dia tetap dalam hati aku.. insyaALLAH sampai bila bila.. life must go on no matter what happen in our life... no such 'backward' word in my life's dictionary...
insyaALLAH, semoga ALLAH permudahkan segala urusan aku walaupun sangat susah untuk aku menghadapinya...
:)
wasalam~
nota jari kaki : esok nak pi maktab... nak pi tayang muka budak jdm yang dapat spc kat maktab... :)
1 comment:
haih,aku rasa mcm aku nyaris masuk jdm.haha
Post a Comment