Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 6, 2012

Year 2012. New Life Maybe?


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama aku biarkan bloggie ini bersawang. Argh! Masa semakin tidak mengizinkan untuk aku meluangkan masa dengan bloggie kesayangan aku ni.

Tahun 2012 sudah 6 hari menjelma. Dan sudah 6 hari juga lah aku secara tidak rasmi nya berumur 20 tahun.

20 tahun? 
Tiada lagi perkataan belas dalam sebutan umurku. Ya, aku semakin meningkat dewasa. Mungkin sudah layak untuk berkahwin. Eh?

Kepada MOHD AMIR dan SIRAJ MUNIRAH,


tahniah diucapkan atas perkahwinan kalian. Berumahtangga pada usia muda bukanlah sesuatu yang pelik, malah digalakkan bagi anak muda seperti kita untuk mengelakkan maksiat yang semakin berleluasa. Ouh ea, Amir berumur 20 tahun sebaya aku, dan Siraj muda setahun, iaitu 19 tahun. Mabruk kalian.

Januari 2012.
Bulan yang kesebelas selepas arwah Afif pergi meninggalkan kami. Sedar tak sedar masa berlalu, hampir setahun arwah Afif menyambut seruan Ilahi. Dan aku, semakin baik dari hari ke hari. Saban hari aku memikul semangat untuk memulakan hidup baru tanpa dia di sisi. Alhamdulillah, ALLAH itu Maha Adil. Dikurniakan teman-teman yang tidak jemu bersama ku tika senang dan susah.

“kita perlu meredah hujan yang lebat untuk melihat pelangi yang indah”

Ya, dan aku hampir dapat melihat pelangi yang indah itu sekarang. Terima kasih Ya ALLAH.
Pada saat ini, aku sedang bergelut untuk menamatkan semester yang ketiga di bumi Johor ini. 5 subjek lagi perlu aku hadapi. Dan kelima-lima itu adalah subjek core. Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada aku untuk meneruskan perjuangan ini.

“Tapi, boleh saya kenal hati budi awak kan?”
Jawapan saya, boleh asalkan awak ikhlas untuk terima saya seadanya.

Terima kasih ALLAH kerana mengurniakan pelangi ini kepada ku setelah sekian lama aku berada di bawah hujan yang lebat.

Readers, doakan aku tamat final exam semester ini dengan hati yang tenang. :)

Till then, wasalam.

Nota jari kaki : trying to be a better muslimah. May ALLAH bless. How i miss u, mak ayah. T_T