Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 26, 2011

sebulan.

assalamualaikum..


:'(

aku tak nak nangis. tapi, aku dah nangis..

sekarang da hari sabtu sebab sekarang da pukul 1.33am dekat laptop aku.. tapi, aku nak jugak kata hari jumaat sebab aku tak tidur lagi..

SEBULAN.

da 4 minggu da aku kehilangan nya.. sekejap sangat aku rasa.. aku rasa macam minggu lepas aku baru balik jb dari kl dan tengok arwah buat kali terakhir.. dan malam ni aku hiba sangat... 

aku memang tak nak nangis dah... tapi, mata ni sensitif sangat... ingat sikit je da nangis... 

sejak bila FARAH IZZATI ni senang MENANGIS..????



aku marah sangat dengan diri aku sendiri sebab aku tak boleh nak tahan... aku sedar, dia tak kan kembali walau macam mana pun.. sepanjang 28 hari, aku rasa 3 hari je kot aku tak nangis.. tapi, setiap masa aku tak pernah lupakan dia walau pun sesaat... 

aku tak kesah kalau orang nak kutuk entri aku yang ni sebab aku memang tak paksa orang baca setiap entri aku ni kat blog aku ni.. blog ni je aku bole lepaskan semua perasaan aku.. aku selalu nangis bila update blog ni... aku memang tak boleh tahan...

aku da dilarang post or komen apa apa dekat wall dia.. okey, aku hormati keputusan mereka.. so, kat blog aku ni je la aku bole luahkan and lepaskan apa yang perlu...

please, jangan marah aku sebab aku still lagi ingat kan dia.. aku memang tak bole lupa.. tolong benarkan aku nangis untuk redakan perasaan dalam hati aku ni... i truly miss him rite now.. 

Astagfirullahala'zim...

doakan aku supaya kuat.. hati aku sangat lemah sekarang ini... 

Ya ALLAH, please, give me strength to accept that i already lost him forever.. Kau tetapkan hati ku ini agar aku tidak tersasar daripada jalanMU...

trying to smile eventhough im still crying

aku betul betul kena balik sebab nak jumpa mak dengan ayah aku... sejak daripada hari dia meninggal, aku tak jumpa mak ayah aku lagi... 

:'(

salam.

nota jari kaki : rasa ringan sikit kepala lepas test math method walaupun aku da tau aku kehilangan 10++ markah... apa nak jadi dengan aku ni...? =.="




Wednesday, March 23, 2011

minggu yang bercampur baur..

assalamualaikum..


:)

da lama aku tinggalkan bloggie aku ni sorang sorang... seminggu bersawang jek bloggie aku ni...

banyak sangat benda yang jadi sepanjang minggu lepas... yang happy, yang sedih, yang buat aku marah dengan diri aku sendiri pun ada gak...

btw, thanks a lot to ADMIN BLOGGER UTM sebab pilih entri aku yang INI jadi entri minggu ini dekat UTM BLOGGERS... thanks bro~!

okey, abes bab E.M.I... aku nak cite pasal dinner, PHYMISTIC GATHERING NIGHT, tapi, aku hold on dulu ea.. banyak pic aku tak dapat lagi... pic bawak ni pun aku cilok je dalam fb..

sengal doe pic ni..
 >.<
kak ain :)
aku nampak sangat tembam!
pic dalam fb
pastu, ada bbq sempena dinner tu ahad malam lepas.. banyak pic tapi semua tak ada dekat aku... so, tak bole nak story story kat sini...

yang penting ahad malam tu,

PRANK BIRTHDAY CHE MAN TAK JADI...!!!

hahahahaha... memang lawak sangat bila aku ingat balik malam tu... dengan aku tak bertukar baju daripada start bbq, memang ayu gila lah dengan skirt putih nya... *sayang nya takdak pic nak tunjuk*

*sekadar hiasan*
lebih kurang cam dalam pic tu jugak la che man kena.. tak sempat nak bagi yang teruk teruk sebab semua plan last minit... telur + tepung + air.. ok gak en...?

ni semua sebab tok wan yang salah send mesej kat tok wan... kan da tak jadi nak prank... :p

tapi, yang paling best, aku bawak keta malam tu...!! terima kasih yang tak terhingga kepada CT ZULAIHA yang sudi bagi kebenaran aku bawak keta dia... best sangat...!! kelisa yang da disportkan... sumpa best~!!

*sekadar hiasan*
keta kak ct tu lebih kurang cam dalam gambar tu ah... smart kan...? 

*mak, nak bawak wira tu mai johor bole...? * ngee~~

da habis part happy, part ni aku marah dengan diri aku sendiri... first, belajar memandu pagi sabtu yang aku rasa aku nak je langgar semua tiang dalam track tu.. nak je aku nak bagi jahanam keta yang aku belajar memandu tu.. masa kat jalanraya pun aku banyak kali buat salah.. banyak kali jugak la aku kena marah.. sebab apa..? sebab aku emo sangat hari tu... emo yang tak ada sebab... :(

macam biasa, balik terus nangis sebab teringat kat arwah... sepanjang atas moto aku balik dari tampoi-skudai, aku nangis je... apstu, jumpa lak eksiden moto dengna keta kat highway nak sampai taman sutera, lagi la aku nangis sebab lagi aku teringat kat arwah...

pastu, tadi aku habis test LA pukul 10 malam lebih kurang cam tu la... test LA 1 jam setengah ada 6 soalan.. aku rasa soalan test tu simple je kot, tapi aku boleh BLUR...!! memang tema minggu ni, aku marah dengan diri aku sendiri... huh!!!!

next test, MATHS METHODS hari jumaat.. aku tak nak cakap pape pasal subjek ni sebab test 1 aku subjek ni buat aku rasa cam nak terjun masuk dalam tasik utm... sangat TERUKKK...!!!

doakan aku boleh jawab test 2 jumaat ni... aku da tak mau main main, tapi, au tak tau nak buat macam mana... :'(

alhamdulillah, akhirnya, fb arwah deactivate jugak... TERIMA KASIH KAK NAD :)

kepada awk, hari ni dah hari yang ke-26 awk pergi.. selama 26 hari jugak la fon sy jarang sangat berbunyi... dan mungkin akan jarang berbunyi sampai bila, sy pun tak pasti... awk, sy rindukan awk.. tapi, sy tahu, rindu sy akan berlalu macam tu je.. alhamdulillah, sy da pulih sikit dari terus bersedih.. ramai sangat yang bagi semangat kat sy.. even, kak lia pun da kenal sy.. awk, semoga awk tenang di SANA.. tak mungkin sy akan lupakan awk sepanjang hidup sy sebab awk la KENANGAN TERINDAH dalam hidup sy.. :)

AL-FATIHAH...

:)

salam..

nota jari kaki : sedang kumpul semangat nak siapkan TUTORIAL yang BANYAK gila!







Monday, March 14, 2011

wahai umat manusia, SEDAR LAH.....

assalamualaikum...

entri kedua untuk hari ini.. rajin pulak kan aku nak buat entri lebih dari satu dalam satu hari... haaaa, itu menunjukkan aku banyak masa nak luangkan dekat bloggie tersayang aku ni...

okey, back to the title above.. 

sekarang, dunia digemparkan dengan kes tsunami dengan gempa bumi kat JEPUN... negara jiran kita Malaysia.. negara satu benua dengan negara kita Malaysia... so, tak salah kan kita concern about them kan..? they are humans, like us.. 

tanggal hari JUMAAT, 11/3/2011, JEPUN dilanda gempa bumi berskala ritcher 8.9.. tinggi kan...? pastu, pakej sekali dengan tsunami... habis tanah jepun musnah sama sekali..





ASTAGFIRULLAHALA'ZIM... Maha Suci ALLAH yang berkuasa ke atas sekalian alam.. 

korang tengok sendiri kan..? betapa teruknya keadaan kat JEPUN sekarang ni... 



tragedi 26/12/2004 berulang kembali... 

masa tu aku darjah 6, aku ingat lagi, aku dengan family aku dalam perjalanan ke kenduri dekat gelugor... pastu, dengar berita yang tsunami melanda MALAYSIA khususnya PULAU PINANG dan KEDAH... tapi, main area yang kena tsunami masa tu ialah ACHEH dekat INDON...



kat tempat aku pun kena jugak... yang paling teruk kat PASIR PANJANG dengan KUALA SUNGAI PINANG.. *sory, takde picture aku nak tunjuk*

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

point aku tulis semua ni sebab aku nak bagi peringatan... peringatan untuk aku sekali sebenarnya... sejak sejak akhir ni, banyak sangat benda yang jadi pada hari JUMAAT.. first, cik BUNCET aku eksiden and meninggal pada hari JUMAAT, rumate aku eksiden hari JUMAAT jugak, nasib baik tak jadi apa apa.. pastu ada satu weekend aku balik kl hari JUMAAT, ada eksiden kat senawang.. aku nampak cebisan daging manusia bertaburan kat jalan highway... astagfirullah, ngeri sangat~! and the latest, tsunami dengan gempa bumi jadi kat JEPUN pun jadi hari JUMAAT... 

ASTAGFIRULLAHALA'ZIM...

ALLAH SWT da tetapkan, KIAMAT akan jadi pada hari JUMAAT... adakan kita semua sedar, yang da banyak sangat tanda tanda kecil hari KIAMAT jadi di sekeliling kita..? aku tak nak cakap tulis tanda tanda tu sebab aku yakin, korang semua mesti da tahu sendiri...

sampai bila kita nak terus hidup macam ni...? hidup sendirian tanpa menghiraukan keadaan sekeliling... 

sedangkan ALLAH da berfirman, 

"habluminallah wa habluminannas"

~jagalah hubungan dengan ALLAH dan juga jagalah hubungan dengan manusia~

bila kita asyik menjaga ibadat untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak, tapi, kita zero tentang hubungan dengan manusia, tak da guna jugak kan..? aku takde la pandai sangat nak cakap pasal agama ni, tapi, aku menyampaikan sekadar yang termampu.. 

wahai bloggers dan silent readers sekalian, marilah kita bersama sama berdoa agar keadaan di JEPUN semakin reda dan pulih... dan juga agar kita sentiasa terpelihara daripada bencana dan bala yang diturunkan oleh ALLAH SWT... tak kena bayar pun berdoa ni... even korang nak masuk toilet awan pun kena bayar duit kan... kecuali la toilet dekat hentian tepi highway tu....

wallahua'lam...

PRAY FOR JAPAN

salam

:)

nota jari kaki : semakin hari, kelas bi semakin best.. >.<

tag..tag..tag

assalamualaikum.. 


:)

*dah tak nak sedih sedih*

aku baru ada masa nak jawab tag yang di tag oleh rakan-semaktab-yang-baru-aku-kenal-betul-betul-bila-masuk-UTM...


budak ni sengal sengal ubi kentang sikit.. :p

so, lets move on to da questions...

cekkidaut~!!

1.Adakah anda rasa anda hot?

HOT tu PANAS kan..? aku rasa sejuk gila sekarang sebab kat luar tengah hujan..
:p

2.Upload gambar wallpaper/lappy



story about the picture:

kepingan gambar aku dan kakak aku yang paling banyak.. pastu ada satu gambar mak ayah aku.. aku paling rapat dengan kakak aku yang dalam gambar tu sebab dia sorang tak kawen lagi.. masa ni dekat kelantan dengan terengganu time spupu aku kawen..
agak agak korang, mak ayah aku tu umur brapa..?
>.<

Kali terakhir anda makan ayam:

tadi masa lunch kat SUB.. kedai selera RAFI..
mahal

Lagu terakhir yang anda dengar:

KITA SATU by SPIDER... mendalam sangat maksud lagu ni.. :(

Apa yang anda sedang lakukan selain menyelesaikan tag nie?

dengar insturmental music dari blog CIK KACANG.. sambil tunggu orang tu reply mesej.. =.=

Selain nama sendiri, anda dipanggil apa?

budak kecik.. kecik ke aku ni...? +.+

Tag 8 blogger:


Siapakah num 1 anda tag?

puan cik nur syamimi.. aku dengan dia tak ngam kot masa maktab dulu.. tapi sekarang kamceng nak mati gila.. 
:p

katakan sesuatu tentang num 5 anda tag?

suza~! kawan aku yang paling slamber yang penah aku jumpa..

Orang yg ke 3 berhubungan dgn siapa?

ada ke..? budak ni hati keras gila.. batu pon tak keras cam hati dia...

bagaimana dgn num 4?

jamal~kaunselor aku masa kat maktab dulu :)

Pesanan buat num 6:

jaga diri cikgu.. sayang awak~!

Kata-kata cinta buat num 2:
i lap u la mel~! jangan lupa first anni kita nanti :)

adakah num 7&8 de persamaan?

dua-dua student UTM :)

Berikan 5 perkara yang anda tau tentang orang yg 
ditag num 1:

-ex Mrsm Balik Pulau sama cam aku
-Student UIA.. asasi JURURAWAT kat uni tu...
-orang perak, pekat kot loghat perak dia
-otak gila gila sama cam aku
-suka pakai skirt dengan kemeja.. sweet kot dressing dia~

persamaan antara lembu dgn kambing:

dua-dua ada kaki empat  >.<

Perasaan ketika jwp tag nie:

homesick nak balik penang...
makk!! nak balikkkk....

adakah anda tahu rizman itu sengal?

pejadah tu..? kalau sengal itu rizman aku tau ah~

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

okey.. sekian sudah soalan tag itu tadi.. kepada 8 orang yang aku tag tu, rajin rajin kan diri anda jawab tag tu okey...

adios...

ok bye~!

nota jari kaki : hilang mood nak terus belajar sebab markah test terrruuukkkk gilaaaaaa.... +.@ 



Saturday, March 12, 2011

muhasabah kan diri

assalamualaikum...


*sekarang suma entri da bagi salam penuh* 

:)

aku boring di saat ini... rumate aku balik, ada yang pi kem, pi cuci longkang bowling, pi tengok HIKAYAT MERONGMAHAWANGSA... aku tinggal sendiri kat sini...

tutorial..? masih senyap di atas meja.. mood dan emosi aku yang tak stabil menyebabkan aku tak sentuh pun tuto tuto kejadah tu.. =.=

sampai bila aku nak macam ni...? aku tak suka sangat bila emosi aku sangat sangat tak stabil... 

aku m.e.n.a.n.g.i.s lagi... buat yang entah ke berapa kali.. dan tak pasti aku untuk apa aku menangis..

dugaan di saat ini benar benar mengajarku untuk menjadi kuat.. sangat berat hati aku ni untuk menerima segala takdir yang telah ditentukan ke atas ku.. 

aku tahu, Allah telah merancang yang terbaik untuk setiap hambaNya.. aku terima dengan redha semua dugaan ini.. kekuatan yang aku miliki sekarang, sangat tidak mampu untuk menanggung kesedihan yang aku sedang hadapi..

Takdir Allah untuk aku.. aku percaya dan yakin, masih ada yang terbaik untuk ku walaupun aku kehilangan yang paling baik.. 



VERSUS karya Hlovate..
 sangat memberi kesan kat hati aku.. walaupun aku tak abis baca lagi, Ya Allah, tiada kata kata yang aku mampu ungkapkan nak gambarkan perasaan aku ni.. 

its turn upside down.. berubah 180 darjah... buat pertama kali nya, aku rasa jahil sangat diri dan jiwa aku ni bila aku baca novel ni.. sangat jahil walaupun aku seorang islam sejak aku dilahirkan.. terlalu banyak kekhilafan dalam diri aku ni.. 
wajib baca :)
kepergian nya benar benar menguji kekuatan aku.. benar benar menguji keimanan aku.. 

Ya Allah, terima kasih kerana menyedarkan aku.. aku sangat bersyukur kerana diberi peluang ini... peluang untuk kembali ke jalan yang sepatutnya...



" jalan ini jalan JAUH, matlamat akhir itu HAKIKI. mencapainya memerlukan KESABARAN dan KETEKUNAN. ujian ialah KAYU UKUR iman. tinggi rendah iman diukur daripada NATIJAH di akhir ujian. tenang lah SAHABAT, janjiNya PASTI."

kepada awk, sy doakan awk tenang di SANA.. semoga awk ditempatkan dalam kalangan orang yang BERIMAN.. terima kasih kerana pernah membahagiakan hidup sy walaupun hanya seketika.. kehadiran awk membawa erti sayang yang sebenar dalam diri sy.. semoga awk bahagia di SANA.. doa dan rindu sy akan sentiasa bersama awk.. doakan sy tabah untuk hadapi dugaan dan takdir yang telah ditentukan untuk sy..

wallahu'alam

:)

nota jari kaki : masih mencari kekuatan untuk melalui hari hari yang akan datang.. kuatkah aku...?

Friday, March 11, 2011

cukup 2 minggu :'(

asalamualaikum...


malam ni aku rasa aku tak bole tido... 

aku rindukan dia....

aku rindukan arwah... 

Ya Allah, betapa aku amat merinduinya di saat ini... sudah dua minggu dia pergi menemuiMu ya Allah... tidak terasa masa berlalu begitu pantas... :'(


menangis. menangis dan menangis lagi.. aku cuba untuk tidak menangis, tetapi, mata ini tetap berdegil..

masih mencari kekuatan untuk menerima takdir ini.. masih mencari kekuatan untuk meneruskan hari hari yang akan datang dengan sempurna.. diri dan hati ini masih lemah... hanya luaran yang nampak kuat, tapi hakikatnya, aku masih menangis bila seorang diri..

alhamdulillah, aku diberi peluang untuk meneruskan kehidupan.. aku masih diberi peluang untuk kembali sepenuhnya ke jalanMu ya Allah.. Kau jadikan lah aku seorang wanita dan muslimah yang sentiasa tabah dalam menghadapi apa jua ujian yang telah ditentukan ke atas ku.. aku redha akan ketentuanMu.. aku percaya, semua ujian ini mempunyai hikmah nya yang tersendiri..

aku nekad.. menyerahkan semua urusan hidupku kepada Allah SWT.. 


jika seseorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis kerana takut dengan kekuasaan Allah...

justeru, menangislah kerana ketidakmampuan itu....

mengharapkan hari hari esok akan lebih baik daripada hari hari sebelumnya...

Ya Allah, permudahkan lah urusan harian ku.. berkatilah semua pekerjaan ku..

jadikan dia sebagai satu kenangan yang terindah yang tidak mungkin akan aku lupakan sepanjang hayat ku..

new day, new life, new chapter to move on..

Allah give me strength to face my fate..

life must go on no matter whats going on..

Laa Tahzan Farah Izzati...

salam

..Al-Fatihah..

Monday, March 7, 2011

KAMI BLOGGER AKTIF UTM :)

salam dan selamat petang.. :)


*cuba untuk ceria kembali*


nama : FARAH IZZATI BINTI YUSSOFF 
panggil farah :)
umur : 19 tahun..

tempat menarik nak buat gathering ni : aku rasa bbq kat balai cerap... *best* scenery pon cantik... lagi cantik kalau banyak DSLR masa gathering tu.. *wink wink*

aku rasa, blogger UTM ni banyak yang otai otai.. :)
lagi best kalau aizul marcello dapat join gath ni.. he is one of UTM bloggers oke~
aku suka berkenalan dan suka diperkenalkan.. pergh, ayat bajetttttt.....

tu je kot...

bye~! 
:)

nota jari kaki : semangat kian pulih.. tetapi kerinduan terhadap nya semakin menebal.. Ya ALLAH, berikan aku kekuatan untuk melalui hari hari yang akan datang tanpa si dia di sisi ku di dunia ini..

Astagfirullahal'zim...



Saturday, March 5, 2011

tiada lagi MR. BUNCET.. :'(

assalamualaikum...


da lama aku tak jenguk bloggie sayang aku ni.. :(
maaf yea, aku serabut sangat minggu ni... sangat sangat serabut... :'(



innalillahiwainnailaihirajiuun...

pergi nya insan yang aku sayang... MR.BUNCET aku.... pergi buat selama lamanya...

Ya Allah, luluh hati aku saat mendengar berita kepergian nya, kehilangan nya, dan kematian nya...

tinggal kenangan
:'(

hari jumaat, 25/2/2011, hari yang aku rasa nyawa aku pun turut melayang... hari jumaat yang mulia, arwah pergi menemui Yang Maha Esa... aku sangat sangat terasa dengan kehilangan nya... 

3/3/2011, genap 6 bulan perkenalan kami... sepanjang 6 bulan, tidak pernah sehari pun kami miss contact.. even satu mesej sehari... manakala, 4/3/2011, genap seminggu arwah pergi buat selama lama nya..

Ya Allah, masih terngiang ngiang suara nya di telingaku, umpama baru semalam kami bercakap di telefon.. betapa susah aku hendak melalui hari hari ku setelah ketiadaan nya...

tiada lagi teman gaduhku, peneman studyku, pendengar setia masalahku dan tiada lagi cik BUNCET yang aku sayang...

sepanjang 8 hari ketiadaan nya, tidak pernah sehari pun aku tidak menangis... air mataku kini menjadi sangat murah... aku percaya, ada hikmah di sebalik semua ini...

aku percaya, Allah telah menyediakan percaturan hidup yang terbaik untuk setiap hambaNya.. aku juga percaya, Allah akan menggantikan sesuatu dengan yang lebih baik setelah Dia mengambil sesuatu yang terbaik.. aku sangat sangat perlukan kekuatan untuk meneruskan hari hari ku tanpa nya di sisi aku...

mujur, ramai yang menyayangi ku.. ramai sangat yang care pasal aku... kepada keluarga ku, terima kasih kerana memahami adik.. terlampau berat dugaan yang adik hadapi di saat adik berumur 19 tahun.. terlalu muda untuk menerima kematian orang yang adik sayang.. 

kepada team ASA EXPLORE, terima kasih sangat sangat kerana sudi mengenali dan tidak jemu memberi semangat kepada farah yang sering lemah semangat setelah ketiadaan arwah... insyaAllah, farah akan teruskan semangat arwah dalam team kalian nanti jika ada rezeki.. insyaALLAH...

kepada teman teman yang tidak putus putus memberi semangat, aku sangat terharu dengan korang.. sentiasa bersamaku tidak kira susah atau senang...

kepada keluarga arwah, farah tahu, lebih sukar untuk kalian menerima ketiadaan arwah daripada farah.. tetapi, percaya lah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya.. insyaAllah..

aku bersyukur, walaupun arwah tiada lagi di dunia ini, tetapi, kehadiran teman teman rapat nya dalam hidup ku, sedikit sebanyak dapat mengubat sedih di hati ku ini... masih terasa kehadiran arwah dalam kalangan diorang.. astagfirullahala'zim..

Ya Allah Ya Tuhan ku, aku memohon, berikan lah aku kekuatan untuk aku meneruskan hidup ku.. perjalanan hidup masih jauh.. masih banyak liku liku kehidupan yang perlu aku aku tempuh.. aku tahu, kau mengujiku kerana aku mampu menghadapi nya, tetapi, sangat berat bagi aku untuk melalui nya..

doakan aku lebih tabah untuk menerima setiap dugaan yang Allah berikan untukku..

salam..

:'(