Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 22, 2011

tak sia-sia aku demam

Assalamualaikum.


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

daripada tajuk, sudah sedia maklum aku tak sihat.. ya, aku demam hari ni.. panas dalam.. pegi kelas dengan kepala yang sangat ting tong.. nasib baik tak jalan melelong je tadi.. dan sepanjang kelas Institusi-institusi Islam 9 pagi sampai 11 pagi, direct aku tido 2 jam tuh.. dengan harapan dapat kurangkan sakit kepala untuk kelas berikutnya pada pukul 2 petang hingga 4 petang, tapi tidur aku tu sia-sia.. sakit tetap berlarutan hingga ke petang.. 

Alhamdulillah, aku dah sihat lepas maghrib tadi.. err, terus sihat sebab nak tengok final bola malam ni kot.. 


TAHNIAH kepada skuad bola sepak kebangsaan bawah 23 tahun dia atas kemenangan mereka sebentar tadi~!

penalti Malaysia 5 - Indonesia 4, memang cuakkkk gilaaaa masa tunggu sepakan terakhir..

terima kasih BADDROL BAKHTIAR~!


tak sia-sia along ajak aku tengok bola dekat ktr... dan bersedialah untuk sakit tekak minggu ni.. menjerit melebihi kemampuan.. hamekk kau, kan da takde suara..

apa-apa pun, tahniah skuad HARIMAU MUDA~!!

until then, wasalam.

nota jari kaki : esok kemas bilik pesat. tak sabar nak dapat meja bendahari =)

Tuesday, November 15, 2011

Live a Life

Assalamualaikum.


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

sakit kepala menyerang lagi.. haih, kerap pulak lately ni.. panadol pun macam tak berkesan jek.. tapi, dapat la kurangkan sikit.. tidur daripada 9 malam hingga 4 pagi berjaya kurangkan sikit sakit ni walaupun kepala aku still berpinar.. risaukan keadaan yang berlarutan ni, aku pun google lah apa yang patut.


setelah korek mengorek banyak tab yang aku buka, aku dapat yang ni.




okay, setakat ni aku tak pernah lagi loya ataupun muntah-muntah. lagi lalu makan ade laa. T_T

alhamdulillah, everything goes well setakat ni.. apa yang goes well? hati aku. aku dapat hapuskan rasa sakit hati aku sebelum ni.. apa yang pasti, aku kena hadapi kehidupan yang seterusnya walaupun adakala nya sakit.


true! 
ketenangan hidup takkan ditemui selagi kita mengelak daripada kehidupan itu. kenapa nak kena lari daripada kenyataan? setiap orang ada kehidupan masing-masing. setiap orang ada kenyataan hidup masing-masing. 

takkan ada orang yang kena hadapi kehidupan orang lain. kalau ada, cam bongok lak kan. ada ke orang sanggup tanggung kehidupan orang lain? kalau betul lah ada, err, aku speechless.


your life is what you are. kita yang tentukan kehidupan kita sendiri. walaupun sesusah mana keputusan yang kita perlu buat untuk kehidupan kita, kita tetap kena hadapi risiko keputusan itu.

life aku sangat warna-warni. agaknya kalau nak buat novel, boleh la kot nak kalahkan movie Ombak Rindu 1 Disember nanti.

tak sabar nak tengok. ^^
selama 19 tahun, aku dah rasa pahit manis dalam perhubungan walaupun aku rasa pengalaman aku tu ciput jek. tapi, pengalaman lah yang banyak mengajar aku erti kehidupan.

 kepada awak, terima kasih sebab sebab jadi kawan saya.. dan terima kasih tidak terhingga sebab dah kembalikan saya kepada kehidupan saya.. bahkan, saya lebih bersemangat untuk hadapi kehidupan baru saya ini. err, nama kawan saya ni muaz. dia suka senyum nampak gigi. haha. okay tak awak? >.<

dan kepada mereka, aku malas nak layan korang punya ceritera cinta yang ntah apa-apa tu.. perempuan kalau senang je nak tukar tukar sayang kat lelaki, tak payah lah kau nak janji manis bagai. kesian dekat lelaki lelaki berkenaan. tak pasal-pasal aku pulak kan yang kena ganti tempat kau? haih laaa.

so, just live your life because you are live only once in a lifetime!

until then, wasalam.

nota jari kaki : kepada ucuk aku, nanti aku up kan entri untuk kau ea. aku janji. =)




Sunday, November 13, 2011

Sehari Sebelum Balik Utm

Assalamualaikum.


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha mengasihani

esok pagi pagi buta (baca : hari ni) aku da kena gerak balik JB.. Flight pukul 7 pagi.. maknanya, pukul 6 pagi da kena dekat airport.. pukul brapa aku nak bangun..? T__T

sedap kot tido kat umahhhh....

lepas satu masalah settle, masalah lain pulak yang timbul.. haih, apa sebenarnya yang kau nak? aku dah taknak masuk campur dalam hidup korang laa... aku da penat nak suka orang, tapi jangan buat sampai aku dah penat nak kawan dengan orang.


aku dah cuba move on macam dalam entri lepas.. tapi, malam ni da buat aku macam nak baling je pasu bunga kat muka dia.. heh, ingat aku ni murah sangat ke senang senang nak sayang orang balik? nampak sangat aku ni muka tak malu. T______________T

i'm done with all this.

enough. semua ni macam budak budak tau tak.

************************************************************

calm down farah.. okay, im smiling right now. =)

aku suka pink!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


guess what?

lalalalala~~~

until then.

wasalam.

nota jari kaki : esok hari penentuan aku reti masak ke tak. wish me luck~!




Saturday, November 12, 2011

Really Have To Move On

Assalamualaikum.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

entri move on lagi.. ntah kali ke brapa aku asyik tulis move on je dalam blog aku, tapi aku pun tak tahu aku dah move ke tak.. *sigh*

aku buat entri ni bila aku baca entri kat bawah ni,


seriously memang bulu roma aku tegak je bila aku baca entri tuu.. <----- hiperbola sikit

tak, entri tu memang buat aku fikir berkali-kali... selama ni mulut aku je yang lebih lebih nak move on, nak buat semangat baru bagai, tapi takde pape pun yang terhasil... 

betul cakap orang, especially bagi orang yang putus cinta macam aku, kalau kita still ingat benda yang dah lepas, still baca massage massage lapuk dahulu kala dalam inbox phone tu, still lagi terkenang-kenang peristiwa lampau sampai hujan airmata pastu esoknya confirm selsema dan sakit kepala, memang sampai bila bila lah duduk dekat situ je tak move move..

baru aku sedar yang aku hari hari tengok gambar arwah walaupun mengambil masa hanya dua saat sehari.. patutlah aku still jadi macam ni.. =.="

blog sumber inspirasi aku. klik untuk lebih jelas.

dan, ada sebab baru yang membuatkan aku perlu move on.. bukan sebab arwah sebenarnya.. its all about him.. i used to like him before, but the fate is not mine, he choose someone else.. dan disebabkan itu, aku rasa macam dah takde guna hati aku ni.. pffftt..

sumpah macam orang bangang aku rasa bila aku fikir balik aku pernah rasa macam tu.. okay, aku dah penat suka orang.. nak suka kucing pulak lah lepas ni.. =)

so, mahu atau tidak, kuat atau tidak, perjuangan hidup perlu diteruskan walaupun kau dah tersungkur beratus kali dan pernah terfikir taknak bangun balik.. tapi, kau tetap kena bangun balik hadapi hari esok melainkan ajal kau da sampai dan kau memang tak akan bangun sampai bila bila.


jadikan semalam sebagai penentu hari esok dan jadikan hari ini sebagai penentu masa akan datang.


so, just follow the flow of your life.. believe in ALLAH in you will find your happiness in your life..

and dont ever forget to smile although its hurt inside.

=)

La Tahzan.

enough for today, until then.

wasalam.

nota jari kaki : langkah pertama nak move on, aku kena bersemangat untuk pulang ke bumi UTM. erkk.
p/s : terima kasih UZAIR SUHUD. *tetibe

Friday, November 11, 2011

11 November 2011

Assalamualaikum.


tabiat mengupdate blog di tengah malam kembali merajai jasad dan minda aku.. tiba-tiba aku rasa semangat nak update sebab blog aku dah comel..

okay, abaikan.

officially, hari ni hari jumaat, 11 November 2011 ataupun 11.11.11..
satu tarikh yang ramai orang pilih untuk bertunang lah, berkahwin lah, beranak lah, bercerai lah, kononnya tarikh ni cantik untuk dijadikan tarikh peristiwa.. bole buat frame gantung kat dinding. pffttt

semua orang kat facebook sibuk nak love love bagai tarikh ni.. tak kurang jugak yang saling mengingatkan tentang mulianya hari Jumaat penghulu segala hari, dan ada jugak yang saling copy paste tentang kononnya kebangkitan anak setan jadah dalam kitab satanic the holy of satan.. pe benda korang? hanya ALLAH Maha Pencipta je yang tahu semua tu.


kalau semua orang ada kisah masing-masing dengan tarikh ni atau bakal ada kisah dengan tarikh ni, aku pun ada.. tapi bukan dengan tarikh ni, aku ada kisah dengan hari Jumaat ni..


pada hari ni iaitu hari Jumaat bersamaan dengan 11.11.11, genap 38 minggu arwah afif pergi mengadap Ilahi pada 25.02.11 yang lepas.. lately kerap sangat aku teringat dekat dia. okay aku tipu. sebenarnya hari-hari aku teringat dekat dia, tapi dah tak sedih dah la... tambah-tambah seminggu lagi nak FASStrain.. semoga aku lebih tabah untuk menghadapi family ASA Explore nanti..

 =)

alhamdulillah, boleh dikatakan aku recovered sepenuhnya.. terima kasih kepada mereka mereka yang menceriakan hari hari aku.. 

kenangan bersama arwah

aku tersenyum sorang sorang bila tengok balik keychain keychain tu... =)

bantal kesayangan dia. =)
dia penah cakap nak bagi bantal ni kat aku, tapi tak kesampaian.

semoga awak berada dalam kalangan orang yang soleh dan para syuhada..i'm always miss u..

enough for today, until then..

wasalam.

nota jari kaki : mak, taknak balik utm lah. boleh? err... *teruskenalecture24jam*
p/s : bila aku nak stop tulis entri pasal orang yang dah pergi? =.=



Thursday, November 10, 2011

setelah sekian lama..aku kembali

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

hari ni 10/11/2011.. last entri aku bertarikh 09/11/2011.. hampir dua bulan aku biar bloggie aku ni bersawang dan bersarang yang ntah brapa banyak makhluk bermastautin kat dalam bloggie aku ni..

okey, stop merepek.


aku kembali dengan layout blog yang lain.. aku nak sesimple mungkin blog aku sekarang.. aku da malas nak glamer-glamer macam dulu.. kepada sesiapa yang cuba lawat blog aku, maaf, aku privatekan kejap untuk proses penambahbaikan.

ya, aku dah kembali ke bumi UTM JOHOR BAHRU ni lebih kurang 2 bulan yang lalu.. tapi, hari ni baru nak bagitau dalam blog.. takpe, blog aku sendiri so, suka hati aku lah. =)

sebagai pelajar tahun 2, aku rasa awal sem ni aku superb busy gilaa... ditambah pula dengan demam dan sakit kepala yang da macam kawan rapat dengan aku sejak akhir-akhir ni, aku betul betul tak berpeluang nak hupdate BELOG CIK FARAH IZZATI ni..

dan sekarang, aku berada di rumah.. ya, aku cuti pertengahan semester termasuklah dengan cuti hari raya Aidiladha.. walaupun hari ni da 15 Zulhijjah 1432, da habis Hari Tasyrik, aku tetap nak ucapkan Salam Aidiladha kepada semua Muslimin dan Muslimah di atas muka bumi ini.

haha.
cuti aku berbaki lagi 3 hari sebelum aku kembali ke bumi Johor.. tenang sangat aku rasa bila berada di rumah tanpa meeting, kelas, dan rutin harian aku yang tidak menentu bila aku berada di utm.. tapi, itulah tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar.

sepanjang 2 bulan aku tak update blog, macam-macam aku lalui.. dan aku tak mahu cerita kat sini.. biarlah semua tu jadi kenangan lampau yang menguatkan diri aku untuk menghadapi masa akan datang.



yeah, itu lah yang aku sedang lakukan... im trying to smile on whatever condition right now.. eventhough its hurt, at least im trying.. sebab, aku da janji aku kena jaga bibir. =)


MOVE ON FARAH.

readers, pray for me.

wasalam.

nota jari kaki : banyak sangat benda aku kena fikir..ICF da buatkan aku jadi separa waras.
p/s : saya masih rindukan awak walaupun da hampir 9 bulan awak pergi.