Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 26, 2011

indahnya ukhuwah itu :)

assalamualaikum..

:)

malam ni aku rindukan mereka..

heart u all so much~!!!

kak cha dengan gaya comel nya...

kak zam dengan gaya rock nya...

si kembar kak anne dan kak honey dengan telatah lucu mereka...

aku sangat sangat rindukan mereka tika ini... tika aku jauh daripada mak ayah, kakak abang serta anak anak buah..

tidak lama tempoh aku mengenal mereka.. tetapi lagak nya bagai sudah lama saling mengenali... aku dilayan lebih daripada adik sendiri oleh mereka kerana aku paling muda di antara kami semua.. 

detik perkenalan kami semua sangat unik.. bermula daripada perkenalan aku dengan dia, aku hanya melihat gambar gambar mereka di dalam album FB dia... terdetik juga hati kecil ini untuk mengenali mereka.. aku terus menyatakan hasratku  kepada dia untuk mengenal dan bertemu mereka.. dia hanya mendengar dan mengiakan tanpa balasan.. aku hanya berdiam diri memandangkan dia tidak suka didesak.. akhirnya, aku pun terlupa akan hasratku itu memandangkan kami jarang berjumpa dek jarak yang jauh di antara kami..

ya, aku di JOHOR BAHRU dan dia di BANGI..
tapi, itu dulu…. Sekarang kami benar benar jauh… aku masih di dunia, dan dia telah melangkah ke alam yang seterusnya selepas alam dunia..

aku hanya mengenali teman teman rapatnya iaitu, abg riz, abg fit, man, amir, abg bajau, abg daud, abg mawi, abg sham dan ramai lagi… boleh kata hampir semua kawan lelaki nya aku kenal.. kenal melalui alam maya.. seringkali mereka mengusik nya ketika berbual dengan ku di telefon dan kadangkala ketika ber’webcam’ di skype..

argh!! Rindu nya saat saat itu….


Dia pernah mengatakan kepada ku, yang dia tidak mahu aku mengenal teman teman perempuan nya.. katanya mereka busybody.. haha… ntahkan betul ntah tidak masa itu..

Aku tidak banyak mempersoalkan tentang perkara itu.. takut diri ini dimarahi kerana dia tidak suka membangkitkan perkara yang dia sendiri tidak berminat untuk memikirkan nya..

Sangat indah ketika kami bersama sama mengharungi susah payah kehidupan.. aku menjadi tempat dia mengadu ketika dia menghadapi kesusahan dalam menjalankan tugas sebagai pengarah program untuk satu programbesar yang melibatkan rakan rakan kos nya.. pelbagai masalah dan keluhan daripadanya.. kertas kerja diriject, AJK tidak buat tugas, tidak bekerjasama… macam macam lagilah... aku hanya setia mendengar.. tetapi, sangat risau ketika dia diserang migrain kerana terlalu banyak berfikir.. astagfirullah, hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa risaunya aku ketika itu..

Seringkali diri ku dimarahi kerana cuba memberi semangat kepadanya ketika dia menghadapi peperiksaan akhir semester.. aku hanya membiarkan dia melepaskan tekanan kepadaku walaupun aku sendiri tertekan ketika itu dengan kesibukan di pertengahan sem.. biarlah, aku rela dimarahi daripada terus risau dia diserang migrain..

Tapi, itu dulu… aku ingat lagi, pada hari khamis 24/2/2011, merupakan tarikh keramat baginya kerana hari itu hari terakhir peperiksaan semesternya yang ke 4… dia terus menelefonku dengan suara yang sangat girang, menyatakan dia sudah merdeka.. mengejek ku yang masih berbaki 3 bulan sebelum peperiksaan akhir semester ku yang ke 2.. masih terngiang-ngiang suaranya di telingaku ketika ini..

Tetapi, keesokkan harinya, hari Jumaat, 25/2/2011, aku merasakan nyawaku turut melayang.. tepat pukul 4.45 petang, aku menerima berita kematiannya daripada pegawai trafik IPD Kajang ketika aku menelefon telefon bimbitnya..

Ya ALLAH, mengigil tubuhku ini… aku merupakan orang pertama menerima berita ini kerana polis itu berpesan kepada ku untuk memaklumkan kepada keluarganya... saat itu juga aku menelefon mak dan ayahku sambil menangis, menyatakan hasrat untuk terus pulang ke KL.. mujur, mereka memahami.. aku terus ke sri putri menaiki bas jam 5.30 petang dan sampai di Serdang jam 10.00 malam. Serabut sangat kepala ku ketika itu.. bibirku tidak putus berdoa agar ditenangkan hati ini..

Saat aku berdiri di sebelah jenazah nya yang telah siap dikafan oleh pihak hospital, sangat tenang wajahnya walaupun dipenuhi dengan kesan lebam dan luka… hatiku sayu.. pilu sangat ketika itu.. alangkah indah nya bagi ku jika aku telah menjadi halal, akan ku kucup dahinya sebagai tanda perpisahan yang abadi.. tetapi, apakan daya, kami masih lagi tidak mempunyai ikatan yang halal.. aku hanya mampu melihat wajahnya sahaja..

Kini, 3 bulan telah berlalu… selama tempoh itu, aku mencari diriku.. mencari hatiku… yang turut pergi bersama nya… hari demi hari, aku cuba senyum, gelak ketawa bersama mereka yang tidak jemu memberi semangat kepadaku.. begitu susah untuk aku melakukan itu semua dengan ikhlas.. tetapi, alhamdulillah, sedikit demi sedikit, senyuman itu bertukar menjadi ikhlas..

Dan, ketika ini lah aku mengenali mereka… insan insan yang sangat istimewa selepas pemergiannya… kak ANNE, kak HONEY, kak ZAM kak TIQ, kak ATIE dan kak CHA...






dan ramai lagi insan insan yang sangat berharga yang tidak jemu memberiku semangat di alam maya walaupun tidak pernah bersua muka.. kak FAUZANI, kak LUTHFIAH, kak BELLA, kak FAD, JEE, FIQA, kak AISYAH, kak NAZIRAH, dan ramai lagi...

dan kepada TIKAH, SYUK dan KHAI, thanks sebab sudi jadi adik akak~! tidak terasa bahawa akak ni sebenarnya anak bongsu.. :)

luv u budak kecik gemuk >.<

syuk... toitt...toittt... >.<
khai :)


sungguh indah kebesaran ALLAH kan..? dia mengambil seorang yang aku sayang, tetapi dia mengurniakan ramai insan yang istimewa yang sudi menyayangi aku... 
ALHAMDULILLAH, SYUKUR YA ALLAH..

terima kasih kerana mengurniakan mereka ini, yang sangat istimewa di hatiku.. kekosongan di hatiku diisi oleh mereka.. bahkan, aku terasa lebih disayangi berbanding dahulu..

aku tidak putus berdoa, agar dipanjangkan ukhuwah ini sehingga ke Jannah.. sesungguhnya, ukhuwah itu terlalu indah.. tiada kata dapat menggambarkan keindahan itu... hanya ALLAH mengetahui nya..



dan kepada MAK, AYAH, OKDIK, KAKAK, ABG ZAM, ABANG, KAK EZA, terima kasih yang tidak terhingga adik ucapkan, kerana sentiasa berada di sisi adik ketika adik cuba mengumpul semula semangat yang hilang selepas ketiadaan nya.. adik sayang semua~!!

readers, doakan aku menemui kebahagiaan yang hakiki.. kebahagiaan yang berhak dimiliki oleh ku dengan izinNYA...

wallahua'alam...

nota jari kaki : mengimbau kenangan bersamanya... semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya.. 

AL-FATIHAH







3 comments:

Syafiq Salim said...

Gambar kat btang kelapa tu style...
Btawm facebook pages kat sidebar tu, kecilkan sedikit width around 5px ++ supya ianya nampk full view...

p/s: hidup utm bloggers... :D

Unknown said...

sedeyh...
alfatihah bt arwah.smoga ditempatkan dikalangan org yg beriman.
kuatkan smgt shbtku...Allah kurniakan pelangi yg indah buatmu.teruskan perjalanan hidup dengan senyuman.

Farah Izzati Yussoff said...

syafiq~ terima kasih :)

titisan hujan~ insyaALLAH.. mudah2an... :)