Friday, May 6, 2011

akhirnya~

assalamualaikum..


:)

shhuuhh!! sambil halau cicak dengan labah-labah yang memenuhi bloggie aku ni.. <---- aku tipu


yes~!! aku dapat tunaikan janji aku dengan tidak mengupdate sebarang entri di minggu peperiksaan.. tahniah FARAH IZZATI~!

sekarang da pukul 2.30++ pagi... aku baru je habis clearkan barang barang aku yang superb banyaaaaaaak gila... terima kasih kepada emak dan aunty ku yang tersayang sebab sudi melipat lipat dan menyusun nyusun baju yang kalah kedai jual baju... :D

ALHAMDULILLAH... aku da selesai tahun pertama di UTM pukul 12 tengahari tadi... dan aku da jadi pemandu yang halal da sekarang ni~!!

TERIMA KASIH ENCIK JPJ.. KALAU UMUR PANJANG TAKNAK JUMPA LAGI
:)

:)
ouh, encik jpj yang test aku tu ialah dr. norzieha punya hubby~! sembang panjang la kitorang... aku bawak keta kat jalanraya tu tak sampai 10 minit... dia suh patah balik.. kembang kuncup je aku sebab dia puji aku da terer bawak keta... *tengah kembang masa tu*

tapi, lesen siap minggu depan... tak best nya!

okey, balik terus kemas barang sampai aku rasa nak pengsan dalam bilik... baru la aku sedar yang betapa banyak dan banyak gila barang aku...

banyak event yang menanti aku di penang.. and the most important is aku tak sabar nak jumpa fasi2 ASA~!


insyaALLAH, aku akan join diorang minggu depan... first program dekat taman senangan.. dekat teluk air tawar kot tak salah aku... 

aku nak teruskan semangat arwah dalam family ASA ni.. arwah nak sangat tengok aku join sekali jadi fasi.. tapi, dia tak bagi aku join selagi aku tak cuti sem... so, aku join first program ni sebab aku da start cuti.. tercapai jugak hajat arwah nak aku join sekali walaupun dia tak sempat ada sekali time aku join.. :'(

*sy sentiasa rindukan awk dan awk sentiasa hidup dalam 
hati dan jiwa sy*

okey, aku still lagi tak kuat nak hadapi hari hari yang akan datang dengan hati yang tenang.. still lagi tak kuat nak lawan perasaan sedih.. dan aku still lagi menangis, menangis dan menangis.. hati aku hanya akan tenang lepas aku menangis.. da 70 hari da dia pegi... dan aku kena teruskan hidup walau macam mana pun.. 

doakan aku kuat dan tabah untuk terima ujian ni..


-AL-FATIHAH UNTUK ARWAH AFIFF  aka MR.BUNCET-

doakan aku selamat sampai ke kampung halaman.

HELLO PENANG :)

wasalam~

nota jari kaki : terima kasih kepada GENG UTM BLOGGERS sebab da buat aku addict dengan bowling.. korang memang terbaekk~!!



4 comments:

siti zulaiha said...

nak gak maen bowling...

NadiRah said...

Al-fatihah buat arwah...
nad rasa sedih pulak...btw, siapa dia tu?
best friend?

AppleAppleTerbang said...

wuishh wuishh, ultraman datang menyerang!

farah izzati yussoff said...

Ct- jom jom men bowling.. :)

Nad- huhu.. Orang yg tersayang :(

Apple- haha.. Tak takut la :D