Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 22, 2011

kau punya pasal la.

entri ini adalah entri sentap. sesiapa yang terasa, aku minta maaf.

assalamualaikum...


pagi ni aku sangat rajin untuk menaip sebab aku tak tido lepas solat subuh. *alhamdulillah

entri ni random lagi.. aku taktau apa yang aku rasa.. 

obviously, aku memang happy bila kawan kawan di sekeliling aku happy.. tapi, happy ke diri aku yang sebenarnya..?


tapi yang pasti, aku memang sentap bila kawan aku buat dekat aku macam ni.

tapi perlu ke aku diheret sekali bila kau ada personal problem..? perlu ke kau nak block fb aku sekali bila ex kau da kapel dengan kawan aku? come on laaa.... kau dengan ex kau tu kawan aku, awek ex kau pon kawan aku jugak.. semua kawan aku... tapi bila kau da sakit hati dengan dorang, dengan aku sekali kau nak benci..? pehh.. perangai sumpah budak-budak.. =.=

okey, maybe alasan kau sebab aku satu uni dengan dorang.. and aku support relationship dorang.. memang kejadah kau.. macam aku ni batak sangat ke nak dorang kapel..? tu dorang punya pasal laa... aku tak kesah sikit pon dorang nak bercinta ke, nak berkasih sayang ke.. tapi, kau kesah kan..?? tu kau punya pasal la..

dulu, masa aku kena dengan whole maktab banned aku, ada kau nak kesah..? kau lagi la suka sebab aku yang kena.. bukan kau yang kena.. tapi, ada aku heret sesapa dalam masalah aku? ada aku report sebijik sebijik apa korang buat? takde kan? sebab hati aku  takde la sebusuk hati kau.. sory to say kalau aku cakap macam tu, sebab aku takde perkataan lain yang aku boleh bagi dekat kau.

please, aku memang tak suka cari pasal dengan orang.. tapi, kau yang cari pasal dengan aku dulu kan? tunggu la ALLAH balas balik dekat kau.. aku tak nak buat apa-apa sebab aku ni manusia macam kau, makan nasi jugak macam kau.. lain la kalau kau makan mekdi dengan kyepsi hari-hari.. memang kau kaya la.. aku takde hak nak hukum manusia sebab aku pon manusia.

aku doakan hati kau bersih.. dah la kau cari pasal dalam bulan Ramadan ni.. haih, taktau lagi la apa aku boleh cakap..

sekian sahaja.. aku tak hadap sangat la nak kawan dengan kau.. sama la dengan kawan kau yang maki-maki kawan aku tuu... mak aku cakap, orang yang suka maki-maki ni sebenarnya orang yang kurang kasih sayang. 

ni khas untuk kau,


okbai.

aku tumpang gembira

assalamualaikum..


=)

aku sanggup bersengkang mata demi kawan-kawan aku.. *tahan air mata*

akhirnya, mulut aku memang masin.. aku laa yang sibuk sibuk gosipkan dorang dengan budak budak forecast yang lain.. 

and finally,


bak kata IZZAT AZIM, amik berkat bersatu dalam bulan Ramadan.. kejadah kau. haha

dalam blog CAHAYA AMIRA ada yang ni,



and, dalam blog SYAFIQ NAIM ada yang ni,


thats all..

korang, aku tumpang happy..

=)

nota jari kaki : masih mencari KEREDHAAN dalam KEHIDUPAN =)



Friday, August 19, 2011

Random. =(

assalamualaikum..


entah kenapa, tangan ku rajin untuk menaip malam ni.. mungkin kerana keseorangan di rumah, aku dilanda kesunyian.. hatiku dipagut rindu.. rindu yang amat dalam.. rindu yang amat kuat kepada insan yang telah tiada.. 

hatiku menangis lagi.. air mata ku mengalir lagi.. maaf, aku tidak dapat tahan sebak di dada.. maaf, aku gagal tunaikan janji aku untuk tidak menangis lagi..


aku kalah lagi dengan perasaan sedih malam ni.. tatkala melihat wajahnya yang jernih dan bersih, teringat kembali wajahnya yang aku tatap 6 bulan lepas di bilik mayat bahagian forensik di Hospital Serdang.. walaupun dipenuhi lebam, tetapi wajahnya masih bersih, masih jernih.. alhamdulillah, mungkin kerana ayat-ayat suci Al-Qur'an yang dihafalnya, menjadikan wajahnya dipelihara ALLAH SWT..

Astagfirullahal'azim.. kenapa dengan aku malam ni?? kepala aku masih lagi terasa sakit sejak petang tadi.. Ya ALLAH, apa kena dengan aku malam ni..?

biarlah malam ni aku menangis lagi... tapi tolong, jangan sesiapa mempersoalkan kenapa aku menangis malam ni... biarlah aku terus mengingati segala kenangan yang tidak mungkin akan kembali lagi.. walaupun akan ada orang yang kecewa dengan sikap aku malam ni. tolong biarkan aku... =(


memang aku da redhakan pemergian dia.. memang aku da relakan pemergian dia.. memang aku da gembira dan bersyukur dengan kehidupan aku sekarang.. 
tetapi, syaitan itu tidak akan pernah jemu untuk menghasut umat manusia ini supaya berpaling daripada ajaran Islam.. kesedihan dan kemurungan yang berpanjangan oleh manusia, adalah satu kejayaan dan kemenangan kepada makhluk ALLAH yang bernama syaitan..

aku tidak mahu kesedihan ku menjadi kemenangan musuh Nabi Adam a.s itu.. Ya ALLAH, kau berilah kekuatan kepadaku untuk terus menghadapi hari-hari yang akan mendatang... berilah kekuatan kepada hatiku untuk terus mencintaiMU.. hanya KAU yang layak dicintai oleh manusia melebihi cinta kepada manusia..

semoga REDHA MU sentiasa bersama ku Ya ALLAH... aku memerlukan kekuatan hati Ya ALLAH.. semoga aku tidak keseorangan dalam menjalani ujian daripadaMU... kurniakanlah teman yang boleh membimbing ku ke jalan MU Ya ALLAH..



 =(

wasalam..

nota jari kaki : terlalu rindukan family ASA. T____T

atas permintaan kes buli di'entri'kan

assalamualaikum..


kepada readers sekalian, selamat membaca entri aku kena buli..

disebabkan entri aku yang INI dapat liputan meluas, so ada request daripada senior aku nak baca cerita toha hanafi dengan farah izzati tu.. so, aku pun bagi la link kat dia..

klik untuk tumbesaran.

part 1 dengan part 2 cerita tu korang boleh tengok dekat entri sebelum entri ini.. so, komen punya komen, sedap je diorang buat ending sendiri.. si penulis cerita tu pun tak tahu lagi nak buat ending macam mana..
korang tengok ni..

klik untuk tumbesaran.

naik pelamin bhai~! tak mengagak langsung ending tuh.. sebab apa aku cakap macam ni? sebab cerita tu 70% berdasarkan kisah benar.. mana bole nak taruk ending lagi sebab hidup kita pun tak tahu berakhir bila..

then, mula lah misi dan visi diorang nak kenenkan aku dengan toha hanafi tersebut~! ops, salah... toha hanafi bukan nama sebenar ye kawan-kawan... suka-suka hati ayam itik diorang je kan.. siap nak add korek rahsia bagai... 

klik untuk tumbesaran.

kalau diorang betul-betul add toha ni, memang balik utm pakai purdah la aku... =.=

pastu, dengan sukacita lepas mengusik dan mengkenen kan aku, memang diorang suka hati lah buli aku kan.. siap nak jadi femes dalam blog aku bagai.. haha 
*macam-la-blog-aku-ni-ramai-orang-tengok-kan*

klik untuk tumbesaran.

okey.. lepas ni konfem bilik pesat tu heboh dengan gosip-tak-betul yang dorang sibuk kat atas ni.. haha..
selamat famous la abg MADHI dengan kak DOYOT =)

klik untuk tumbesaran.

dah siap okey~

selamat malam~!

nota jari kaki : kitorang takde pape okey.. ALLAH je yang berhak tentukan =)







Wednesday, August 17, 2011

Hanya Hati Bisa Berbicara Dengan Hati

assalamualaikum..

hanya hati yang bisa berbicara dengan hati.


kata-kata itu yang menjadikan bibir ku tersenyum.. tiada apa yang special, tetapi sesuatu yang unik terselit di dalam kata-kata itu..

atas permintaan nya, aku tunaikan jua. haha, bila diingat balik, kelakar rasanya.. aku berhutang satu entri dengan dia.. entri sebagai pengganti hadiah sempena hari lahirnya yang ke 19 pada 22/7 lepas.. dah lama kan aku tangguh hadiah dia ni..? dengan niat, SENGAJA =)

aku baru habis baca novel karya HLOVATE lagi.. kali ini, 


ouh, sangat sweet novel ni.. Addin Shah + Benz Alif = Aman Bahagia.. 
tetapi, kehidupan tidak seindah yang disangka.. tunggak utama kehidupan, ialah hati.. jika hati bersih dan suci, maka bahagialah kehidupannya.. jika hati kotor dan gelap, maka berduka lah kehidupannya.. 

...............................................................................................................................................................

kepada awak, hanya entri ini sahaja yang dapat saya buat untuk tunaikan permintaan awak.. saya tak reti nak buat cerita sudu lekat kat dahi tu.. tak reti nak buat cerita sampai orang menangis sambil ketawa.. saya tak pandai nak buat semua tu..

awak, terima kasih kerana mengembalikan senyuman saya.. terima kasih kerana hadiahkan *torchlight* dalam hidup saya...

kerana cerita DEMI SENYUMAN ITU dan HADIRMU KALA INI, memang sangat bermakna buat saya.. cerita itu betul-betul menemukan balik saya dan diri saya yang sebenar.. setelah diuji dan diduga sebegini, akhirnya, saya mengaku, saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang.. dikelilingi oleh teman-teman yang sangat sayangkan saya, sudah cukup untuk menggantikan kasih sayang saya yang telah hilang dibawa pergi..


dua cerita itu dah banyak buat sesiapa sahaja yang membacanya, menangis.. even kakak saya sendiri mengalirkan air mata ketika menatap membaca isi cerita itu.. kakak saya sangat memuji cara penulisan awak.. =)

bermula perkenalan di Bachok, Kelantan.. diselangi gaduh yang tak sudah.. sehingga menjadi rakan fasilitator dalam satu konsultant.. walaupun tidak pernah berprogram sekali, tetapi akhirnya disatukan di bawah satu unit untuk satu acara besar yang bakal tiba November ini.. sungguh indah susunan kehidupan yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT..


akhir kata, TERIMA KASIH kerana sudi jadi SAHABAT saya.. moga ukhuwah ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.. =)


cukup tak awak..? heee~~

nota jari kaki : menantikan 10 malam  Ramadan terakhir =)




Thursday, August 11, 2011

Renungan Bersama

assalamualaikum.


shhuuhh!! hhhuusss!!
banyak sangat sawang kat bloggie aku ni.. maklum lah, tuan blog malas tahap cipan.. =)

malam ni baru ada mood nak update.. bak kata uzairkate, nak update blog ni kena ada mood.. baru ada feel.. haha, feel la sangat kan..

takde apa yang special pon entri ni.. just nak taip apa yang aku rasa nak taip...

ingat nak buat wordless wednesday petang tadi, tapi maaalllaaaasss menguasai jasad aku.. so takdela~

okey, nak cakap cerita pasal ni sebenarnya..


novel KEDUA karya Hlovate yang aku baca.. first novel yang ni,

aku bagi 4.8 stars out of 5.. credit to CAHAYA AMIRA :)

mungkin, aku tak seliar dan tak senakal watak-watak hitam dalam both novels ni.. tapi, aku juga tak sebaik watak-watak putih dalam novel-novel ni.. kenapa aku cakap cam ni? sebab,

both novels ni sangat buat aku TERASA dan MAKAN DALAM. terasa dan makan dalam yang aku cakap ni bukan aku "terasa" dengan novel ni.. tapi, novel ni da buat aku rasa kenapa aku hidup di dunia sebagai seorang ISLAM..

taknak cakap lebih, kang ada yang cakap aku riak.. but, both of them had turn me upside down.. da buat aku rasa menyesal sangat-sangat dengan semua benda yang aku penah buat sebelum ni.. benda yang salah dan mendatangkan dosa. benda yang buat aku lalai untuk ingat yang aku ni seorang ISLAM.

mungkin, ALLAH da buka pintu hati aku. mungkin, aku sedar lepas arwah pegi. dan mungkin juga, keadaan sekeliling yang da akhir zaman buat aku rasa macam ni.. Astagfirullah..

bukan aku nak menunjuk kat sini, tapi, korang semua boleh fikir kan.. untuk apa kita hidup atas dunia ni sebagai seorang ISLAM? *kalau ada non-muslim baca blog aku, mintak maaf yea*
untuk jadi muslimin dan muslimat yang sejati? untuk dapat REDHA ALLAH dalam kehidupan kita? ataupun kita just follow the flow je tanpa tujuan yang pasti.. 


dah banyak sangat petanda akhir zaman sekarang ni.. banyak notes yang kawan aku tag pasal dajjal lah, murtad lah, pasal ajaran sesat lah.. aku akui, aku tak baca betul betul pun note tu. aku baca sekali imbas je. sebab apa? sebab kalau tak baca pun kita tau benda tu jadi jugak.. sebab apa jadi jugak? sebab benda-benda macam tu ada je kat sekeliling kita.. 
tak payah cakap dajjal la, tengok pasangan bukan muhrim (baca : kapel) pun da cukup.. pegang sana sini, peluk sana sini, kat tempat awam pulak tu.. even orang yang da kawen pun tak buat macam tu.. aku tak berniat nak tuding jari kat sapa-sapa, sebab semua tu mesti satu KESILAPAN.. 

KESILAPAN LAH YANG BANYAK MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN


tapi, kesilapan memerlukan kesedaran.. macam mana nak baiki yang silap kalau hati tu tak sedar? aku juga mengaku, aku banyak sangat buat silap sebelum ni.. tapi, kita manusia biasa yang TAKKAN pernah lari daripada melakukan kesilapan.. sebagai HAMBA ALLAH, wajib bagi kita untuk saling mengingati antara satu sama lain..

aku sedih sangat bila kawan-kawan sebaya aku, yang aku pernah kawan rapat dulu, da hilang tudung di kepala, da hilang lengan baju.. nak salahkan siapa? tepuk dada, tanya iman..

alhamdulillah, walaupun aku hidup sorang tanpa keluarga di johor selama setahun lebih ni, aku masih lagi terpelihara daripada benda-benda yang buat aku lupa bahawa aku masih lagi seorang MUSLIMAH. *walaupun selalu jugak buat benda lagha*


dunia semakin dekat dengan hari kiamat.. kenapa? Da banyak petanda.. baru-baru ni, negara kita digemparkan dengan tanah runtuh di Brinchang, Cameron Highlands, kes mayat yang dikerat 15, kes bunuh.. kes bunuh tu macam da biasa kan kat MALAYSIA ni?
Pastu, lagi besar dunia pula dikecohkan dengan kes rusuhan di London.. dan ada pelajar MALAYSIA yang kena pukul.. apa kes ni?
Bukan lah hak manusia untuk menamatkan riwayat seseorang dengan cara yang kejam macam tu.. mungkin orang akan cakap, da ajal dia nak kena bunuh, kena la terima kan?
Okey, aku akui semua tu memang TAKDIR.. tapi, apa hukum kalau bunuh manusia lain? Tetap ada hukuman jugak kan? So, orang tu nak cakap jugak, hukuman tu pun takdir dia jugak? Pikirlah sendiri.

entri ni datang daripada hati aku.. walaupun aku ni memang bukan baik sangat, tapi tak salah kan?
Hari ni da masuk hari ke 11 bulan Ramadan.. hari bermulanya FASA MAGFIRAH iaitu FASA KEAMPUNAN.. 10 hari lepas merupakan FASA RAHMAT.. aku yakin, taubat yang dibuat pada fasa ini dengan hati yang ikhlas, insyaALLAH akan diterima ALLAH SWT kerana ALLAH itu MAHA PENGAMPUN.


Terima kasih sebab sudi baca entri yang panjang-panjang ni.. marilah kita sama-sama perbaiki kesilapan kita agar hidup kita sentiasa DIREDHAI oleh ALLAH SWT.

InsyaALLAH.

sekian, wassalam :)

*rasa macam entri lari dari tujuan asal. haha >.<

nota jari kaki : hello KUALA LUMPUR :)








 

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday #2

Bismillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum.

:)


p/s - The man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh.

wasalam~

nota jari kaki : needs support :)... btw, thanks cikdya~!