Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 30, 2011

smile :)


assalamualaikum...

:)

nothing to write and say,

just for u,

"demi senyuman itu"
cameron :)

:)

bye~!

nota jari kaki : 12 hari lagi~





Monday, June 27, 2011

kereta dan keputusan

assalamualaikum..

:)

aku baru je balik dari mengubat hati yang duka lara.. hati aku berduka sebab result sem 2.. aku ubatkan hati aku dengan cite KL Gangster dekat Jusco Balakong.. 

sempoi kan cara aku ubatkan hati aku..? readers semua digalakkan ikut cara aku yea.. :)


maybe aku dah ketinggalan tengok cite ni sebab hari ni dah 27 Jun 2011.. cite tu keluar 9 Jun 2011... tapi, gasak la, janji aku bole tengok.. 

sebelum tu, takziah kepada cik midah, yang baru kehilangan suami tercinta akibat serangan jantung.. cik midah ini kawan kamcing mak aku dekat opis.. muda lagi hubby dia tu.. baru 32 tahun sama dengan kakak aku yang sulung.. cik midah pulak sama abang aku yang second, 29 tahun.. semoga cik midah tabah menghadapi dugaan ini...


AL-FATIHAH

okey, back to the topic..

cerita pertama :

aku eksiden. tak teruk pun. tapi, cina perempuan tu memang macam haremmm gila lah.. aku da bagi lampu nak reverse dia dengan sukacita nya terus meluncur laju di belakang kereta persona milik kakak aku tapi driver nya adalah aku..

dan akibat nya, GEDEBUKK!!

perlanggaran telah berlaku.. ALHAMDULILLAH, kereta kakak aku tidak mengalami kecacatan sedikit pun.. tapi kereta perempuan tu, nah!!! kemek pintu~~

dan, keputusan nya, aku tak tau sapa yang salah..  =.=

*********************************************************************************

cerita kedua :

credit tu http://uzairkate.blogspot.com

seperti yang sedia maklum, result semester kedua keluar hari ni. dan hasilnya, ALHAMDULILLAH, lepas 3 pointer.. tak dapat surat warning dari MARA.. 
walaupun tak macam semester satu, aku bersyukur ya ALLAH kerana dikurniakan rezeki setakat itu..

semester kedua. aku dilanda ujian yang sangat berat.. 
kehilangan MR. BUNCET yang tersayang... hampir 2 bulan, aku cuba stabilkan emosi.. dan, selama itu juga lah, minda aku tiada di kuliah... dan aku yakin, arwah pasti kecewa dengan aku ketika itu..

untuk mak ayah, maafkan adik.. adik janji, akan tebus balik semester depan..

untuk awak, terima kasih kerana sudi ada dengan saya di kala ini.. :)

dan, 

HIDUP PERLU DITERUSKAN.


TABAH KAN HATI FARAH IZZATI

wasalam~

nota jari kaki : hello CAMERON HIGHLANDS~!

Saturday, June 25, 2011

cari kembali sinar itu

assalamualaikum

:)

hari ni ada mood nak update bloggie..

okey, first story sedih. sedih sebab UTM takde rezeki nak menang game dengan UiTM tadi petang.. takpe lah, tahun depan cuba lagi. :)

second story, TERIMA KASIH AWAK!

sebab datang tengok saya tadi dekat UM... hati cakap suka sangat~!!



susah payah je awak datang tadi sorang sorang.. nak bagi sokongan walaupun saya tak main tadi :)

dan, mintak maaf sangat sangat atas insiden tadi yang awak tak suka.. saya tak tahu nak elak macam mana..



****************************************************************************

"cari kembali sinar itu, farah... genggam KENANGAN itu sebagai bingkai hidup yang telah berlalu, tapi jangan sesekali hidup dalam kenangan itu. kerna, kenangan, melihatnya amat indah dan manis, namun hidup di dalam nya ibarat RACUN yang memakan diri..."


kata-kata yang mengembalikan semula semangat untuk aku terus hidup... setelah 4 bulan berlalu, 4 bulan arwah pergi menemui yang Maha Esa, dan selama itu juga aku mencari diri ku, dan jiwa ku yang turut dibawa pergi ke alam sana..

ya ALLAH, betapa perit untuk aku menerima hakikat ketika itu, yang aku sudah kehilangan insan yang mampu menjadi pembimbing aku di masa kelak.. tetapi, takdir ALLAH, tak ada siapa pun yang mampu mempersoalkan..

DIA.. yang memberi kata-kata di atas kepada ku, dan juga berusaha untuk melihat ku tersenyum..

dan, ya, DIA telah berjaya mengembalikan senyuman di wajah ku..

  


" hanya hati yang bisa berbicara dengan hati"

ya, hanya hati yang faham hati lain..

dan, itu yang dilakukan oleh DIA..

dan, kepada awk, terima kasih atas segalanya.. kerana awk, sy dapat kenal dengan insan-insan yang cukup mulia hatinya... semangat awk dalam ASA akan sy teruskan selagi sy mampu.. mengenali awk, merupakan satu kenangan yang takkan sy lupakan sehingga akhir hayat sy.. dan pada 12 julai ini, selamat hari lahir yang ke 20.. semoga awk tenang di sana... Al-Fatihah sy hadiahkan kepda awk..


semoga hari esok akan lebih baik daripada hari ini..

:)

nota jari kaki : esok last game dengan UM.. lepas tu boleh balik~!!

Thursday, June 23, 2011

demi senyuman itu

assalamualaikum..



besar nya smiley.. haha... nak sangat tunjukkan yang aku tengah SENYUM.. ye pakcik tua~

demi sebuah senyuman, dia sanggup memerah otak mencari idea untuk men'suprise'kan aku...

dan yang paling mahal, demi melihat aku tersenyum, dia berjanji dengan ku bahawa dia akan senyum bila tangkap gambar nanti... 

dan, tentang suprise itu, walaupun didesak berulang kali, jawapan ini yang aku dapat..

"aku kan yang nak bagi suprise dekat kau? so, suka hati aku lah nak bagi bila"

dan aku dapat suprise itu pada 6.30 petang tadi... lama aku tunggu daripada semalam..

mesti korang pelik kan kenapa entri kali ni penuh dengan perkataan SENYUM...? sebab pelik sangat ke orang tak senyum time tangkap gambar? bagi aku, pelik kot sebab aku takkan tak senyum or lebih tepat lagi, aku takkan tak sengih bila tangkap gambar.. aku sendiri baru pertama kali berjumpa dengan orang yang muka nya sentiasa blur bila time tangkap gambar... dengan alasan, gigi yang berlapis tidak sesuai untuk senyum.. haha, alasan yang ku rasakan sangat kelakar.. sebab, bagi aku, orang yang gigi berlapis, sangat manis bila tersenyum.. :)

dan, hari ini, aku menangis lagi... tetapi, dalam menangis aku ada ketawa... sebab..?

entri di bawah ini.

entri itu sangat panjang.. tapi, bagi readers yang nak baca, kena tenangkan hati dulu :)

toha hanafi bukan nama sebenar. terima kasih atas surpise kau tu.. kau tak bagi aku nangis, last last, kau yang buat aku nangis.. tetapi, ada ketawa dalam tangisan itu... :)

cerita yang betul betul menyentuh hati aku, walaupun tak lah 100 peratus benar... dan betul kata kau, hanya hati yang dapat berbicara dengan hati...


kau, sangat memahami aku... dan cara kau, lebih kurang sama dengan arwah.. agaknya, orang yang lahir dalam bulan JULAI memang perangai lebih kurang sama kot...

dan, 

TERIMA KASIH SAHABAT..



p/s : kau memang trauma sepanjang masa~!!

:p

nota jari kaki : netball esok UTM lawan dengan UiTM.. doakan kejayaan UTM.. :)



 

Wednesday, June 22, 2011

lagi emosi tak stabil

assalamualaikum..


:)

petang yang sunyi di kala aku tak tidur petang.. *ayat cam haremm*

aku takde mood nak update pasal netball match.. bagi readers yang nak tahu result NETBALL MASUM 2011, korang bole tengok dekat blog UZAIR SUHUD ini...

rasa macam nak marah orang. emosi sangat tak stabil. peduli la kau kenapa aku macam ni. bukan blog kau pun. 
=.=

dan, wajib bagi aku ada rasa sedih bila emosi aku tak stabil. kenapa? sebab aku teringat dekat arwah lagi. 

"come on farah, da dekat 4 bulan dia pergi. yang masih hidup perlu teruskan hidup hingga sampai masa nya. he will never and never come back to u."

okey, da banyak kali sangat aku dengar ayat tu. maybe, telinga aku pun da lali. sejak hari first dia pergi, sampai saat ni, aku tak pernah, even sesaat, aku lupakan dia.. tapi, aku tahu, aku takkan dapat apa-apa pun bila aku berterusan macam ni.. 

dan, aku rasa, dah sampai masa, aku betul-betul lepaskan dia pergi.. lepaskan semua kenangan aku dengan dia, walaupun aku takkan mungkin lupakan semua kenangan tu.. 

FARAH, bina semula hidup baru.. bina semula jiwa dan hati tu.. 


SABAR

yes! memang itu yang aku sedang cuba sekarang ini.. perlahan-lahan, aku buka balik hati aku.. tapi, bukan bermakna aku da mula sayang orang lain.. aku buka hati aku untuk terima jodoh daripada ALLAH...


aku memang sangat-sangat perlukan semangat untuk lepaskan kenangan itu.. selama hampir 9 bulan perkenalan, pelbagai kenangan telah tercipta. 


  dan, kepada KAU, terima kasih sebab sudi jadi kawan yang terbaik di sisi aku dengan diri kau sendiri.. aku sangat-sangat menghargai niat kau...

dan juga, lagu di blog kau sangat-sangat tenangkan hati aku.. terima kasih..

TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.

wasalam~

nota jari kaki : tak sabar nak tunggu hari sabtu. serabut sementara menunggu hari itu!

Tuesday, June 21, 2011

first day MASUM 2011

assalamualaikum..


:)

hari ni aku rajin. rajin buat new entri semata mata nak update result netball MASUM 2011...



btw, MASUM is stand for Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia... or, aku panggil inter-Uni.. haha, suka hati aku je kan nak bagi nama apa pun..

netball game bertempat di Universiti Malaya (UM)... 



whatever lah~

okey, nice starting... hari ni ada dua game... pukul 11 pagi lawan dengan Universiti Sains Malaysia (USM)..



 pukul 4 petang lawan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)..



dan hasilnya....

ALHAMDULILLAH...

UTM menang dua-dua games...


walaupun aku ni lagi banyak menonton daripada bermain, tapi, memang banyak benda baru yang aku belajar dan aku tahu.. well, im still freshie in this team...

:)

nota jari kaki : geram dengan dia!


Sunday, June 19, 2011

baru boleh tarik nafas lega :)

assalamualaikum..

:)

huh!!!!!!!

alhamdulillah, aku masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas dan menghirup udara di muka bumi ini.. dan, aku da bole menarik nafas lega untuk seketika :)

da lama sangat aku tinggalkan bloggie aku ni...  maaf ye readers, aku memang busy~~ *padahal malas gila babeng nak update*

dan aku sekarang sedang bersuka-ria dekat utm kl... MASUM memang betul-betul menguji aku punya ketahanan mental dan fizikal.. ingat senang ke nak wakil universiti..? 
alhamdulillah~ aku da jadi salah sorang team netball UTM walaupun aku ni memang kecikkkkkkk je dalam team tuuuuu...... 

aku tengok member aku sorang ni da seribu lebih follower dia... terbaik lah AZRI~!!

okey, bermula dengan WAVE CAMP dekat tanjung piai, memang terbaik~!! seminggu gerak kerja, 3 hari program, memang best~!! mc majlis penutup memang betul-betul menguji kespontanan aku sebab last minute tukar plan... memang mencabar~~

aku malas nak cite panjang panjang, sebab benda tu da lama... hehe

luv pesatianz~!
:D
unit protokol :)
hujung benua asia :)
:)
>.<
steamboat :)
okey, lompat kepada Kem Remaja Bestari di Bachok, Kelantan.. sumpa best sangat kem ni~!! jadi fasi untuk students yang campur umur dan jantina, memang mencabar... tapi, alhamdulillah, group aku suma baik baik >.<

huhu, tak sempat nak tangkap gambar dengan budak group aku sebab da kalut nak balik...

peace :)

kem kom sengal~
>.<
adik-adik :)

fasi perempuan terbaekk~!!
fasi lelaki sporting~!
p/s : ade budak tu trauma tak habis-habis~
demonstrasi operasi menyelamat
>.<
rindu~! 

banyak sangat pic kem ni... jadi la kan banyak tu je... kenangan terindah~


"kalau awk ada lagi, mesti awk join kan..? sebab program ni under kolej awk.. tapi, sebab awk takde, sy dapat join.. sy bawa semangat awk dalam program ni... dan terima kasih, sebab awk, sy dapat jejakkan kaki sy ke KUIS.. semoga awk tenang di sana... semoga awk ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman... rindu sy dekat awk tak pernah padam walaupun awk tak kan kembali... 
al-Fatihah "



lepas je balik dari bachok, selang 2 hari da pegi FASStrain... ala, program yang aku promote siap wat sticky post tu~~

yang pic FASStrain tu, next post okey :)


alhamdulillah, aku semakin bersemangat untuk meneruskan perjuangan hidup ku.. walaupun sering kali kalah dengan perasaan sedih, tetapi, aku terus mencuba dan mencuba.. dengan orang sekeliling yang ada jugak baru ku kenali, mereka tidak jemu memberiku semangat, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan... 

kak fauzani
gee
kak bella
muaz si budak trauma
rafi

dan ramai lagi yang tidak putus-putus membantu ku.. 

terima kasih ya ALLAH...


wasalam~

nota jari kaki : kaki aku sakit, sakit dan terus sakit.. huhu, rindu sangat nak bertaekwando~!!





Tuesday, June 7, 2011

FASStrain II a.k.a Facilitator Training

entri ini akan melekat sehingga 7 / 6 / 2011 pada 9.00 malam.

assalamualaikum 

:)

entri ini dibuat khas untuk mempromote dan mencari peserta untuk program seperti tajuk di atas. 

FASStrain is stand for FACILITATOR TRAINING.. ada jugak yang cakap FACILITATOR SKILL TRAINING..

sebuah program siri kedua anjuran ASA EXPLORE TRAINING AND CONSULTANCY

siri pertama FASStrain dikatakan berjaya dengan peserta seramai lebih kurang 120 orang, selama 2 hari 1 malam bertempat di Taman Botani Negara, Shah Alam, Selangor.. 





oleh itu, ASA EXPLORE melebarkan sayapnya lagi dengan menganjurkan FASStrain siri yang kedua..


FASSTrain II refer to Facilitator training....Using the slogan 
"Do Anything Give Everything!!" 
will lead the successful of program....Prepare Yourself before you got prepared..(&gt;&lt;)

Basically, always be POSITIVE THINKER....

i. FASSTrain will be held @ Wetland Putrajaya
ii. 10,11 and 12 June 2011
iii. RM35

All candidate/facilitator/new facilitator/ above 18 years old (Lepasan SPM,STPM,IPTA,IPTS) who are interested please send your name, i/c number, no phone immediately for confirmation.. to this numbers
019-3927329 (ukhty anne) 
or 
017-2989715 (ukhty honey) 

Warning!!~ the PARTICIPATION are LIMITED!!!!!!!!(sape cepat die dapat ilmu,sape lambat alaa rugi la nanti (^_^)

Besides,you are required to pay RM35
JUST ONLY RM35!!!
p/s~RM35 nie untuk cover makanan 3 hari,transport,dan sebagainya....

Yang penting,sijil FASSTrain, Tag name,boklet dan macam2 lagi akan diberikan kepada para peserta...InsyaAllah jika ada program luar anda akan diutamakan untuk menjadi Fasilitator bagi kem2 motivasi yang dihandle oleh ASA EXPLORE Training and consultancy antaranya Kem Ibadah, Kem motivasi, kem kepimpinan dan Kem PRS.

Is It TRUE??????
Jangan Tunggu lagi, masa itu emas..... JANGAN BIARKAN DIRI ANDA KERUGIAN ILMU HEBAT INI!! Jap2, Bukan RM350 ker???? Bior bonar......
Biasanya others camp mintak bayaran RM200 or RM300..mesti join niehh @_@

p/s~This is because we trying to making this camp VALUABLE,SINCERELY for sharing the ILMU,always think +VE,in order to be a SUPERB POWER FACILITATOR AMONG MUSLIM and MUSLIMAH!!!!
even Better than other camp...???
(IF you think Of Ukhwah,and all about Allah our LORD,insyaAllah)

JANGAN LEPAS KAN PELUANG KEEMASAN INI!..
what u GIVE n U WILL GET back!!!
insyaALLAH..
 SALAM KEBERSAMAAN~ insyaAllah sahabat-sahabat sekalian

:)