Sunday, July 31, 2011

Saya bertudung dan saya sangat Pretty.

assalamualaikum.


:)

alhamdulillah, kehidupan semakin lancar sekarang..

okey, tangan rasa gatal gatal nak join giveaway petang ni.. hikhikhik >.<

seperti tajuk di atas, aku join GA Cik Dya... blog dia sumpa comel~!

okey, aku pertaruhkan gambar ini...

korang jangan gelak tau~!

tadaaaa~!!!!

:)

ouh, aku tak cakap aku pretty hokey~~~

ni syarat-syarat nak join GA Cik Dya ni,

1. Mestilah warganegara Malaysia yang beralamat di Malaysia.
2. Mesti mempunyai blog dan akaun facebook.
3. Mesti menjadi follower blog CikDya.
4. Mesti LIKE CikDya[dot]com fan page di facebook.
5. Mesti klik SINI dan SINI.
6.Buat satu entry di blog dengan tajuk : Saya bertudung dan saya sangat Pretty.

7. Letak satu gambar korang yang bertudung.Tudung syria ke, shawl ke, tudung bawal ke, tudung express ke,tudung saji ke...yang penting cover rambut korang kay!hehe.
8. Mesti letak link htt://www.cikdya.com/ di bloglist korang.
9. Tag seorang kawan.Make sure she knows.
10. Kemudian tinggalkan link korang di sini.

pemenang kontest ni akan dinilai berdasarkan komen yang paling banyak.

pelis pelis, aku harap sangat korang sudi komen pada entri aku yang tidak seberapa ini...

aku tak minta pujian, aku hanya minta komen... 

okey...? sayang korang~!!

nak tag,

okey bye~!


nota jari kaki : hanya untuk suka suka :)



durian.. lempuk.. tempoyak.. PUASA

assalamualaikum.

:)

burps~! alhamdulillah... kenyang :)
hari ni aku semakin gemok.. sebab hari ni aku makan banyak :)

okey, lupakan pasal makan.. back to the title~

DURIAN.


siapa yang tak suka durian sila angkat tangan dan kaki macam aku..*tengah angkat tangan dan kaki*

okey, turunkan tangan balik sebab nak sambung entri.. 

ouh, aku sangat tak suka durian! sangat-sangat tak suka!!



durian durian di atas aku snap masa teman sepupu aku pegi amek durian dekat bakal abang ipar dia..
btw, sekarang da habis musim durian.. :)

BALIK PULAU :)

sekarang, tiba lah masa untuk menggunakan lebihan durian dengan sewajarnya.
iaitu,

LEMPUK

lempuk yang siap dipek.
dan juga,
TEMPOYAK

tempoyak :)
apa jadah aku cita semua ni kan..?
nak share je kat sini, tadi aku kacau lempuk dengan mak aku.. bepeluh kau~! tapi takde okey titik titik peluh yang menitik dalam lempuk tuu...
tadi petang, mak aku da susah payah asingkan isi durian yang da agak agak tak sedap bila dimakan untuk dibuat lempuk.. tapi, bila biar durian tu lama lagi, bole buat tempoyak.. yekks! aku tak suka bau tempoyak~!

cekkidout hasil lempuk kacauan aku dengan mak :)

1.
2.
3.
4.
Aku tunjukkan 4 warna yang berbeza... gambar first tu baru start kacau, gambar last tu lempuk yang da siap.. sedap tak korang nampak ? >.<

senang gilaa nak buat lempuk ni... firstly, letak lah gula yang agak-agak sepadan dengan isi durian tadi ke dalam kuali.. make sure gula tu dicairkan dahulu dengan bantuan API sahaja.. lepas da cair, baru masukkan isi durian tadi dan kacaulah sehingga kau rasa da masak dan sedap :)

senang kan...? lempuk tu omputih panggil durian cake.. mai kot mana cake tu pon aku taktau.. tapi aku panggil jem durian.. ouh, aku sangat suka hati nak bagi nama apa pun.. :)

esok last day yang bole makan waktu siang... so, keinginan nak pecahcepat *breakfast* esok pagi dengan roti dan lempuk sangat membuak-buak sekarang ni.

*farah izzati sila sabar sampai esok pagi*

apa-apa pun, 


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN HATI YANG IKHLAS :)

kepada readers sekalian, ampun dan maaf daku pinta andai selama berblogging ni ada perkataan or ayat yang mensakitkan hati korang or membuat korang terasa.. semoga RAMADAN kali ini akan lebih bererti daripada RAMADAN sebelumnya..


wasalam :)

nota jari kaki : ramadan dan aidilfitri tahun ni tanpa kehadiran CIK BUNCET.. semoga ALLAH kuatkan hati aku.. *sy sentiasa rindukan awk sayang*


Wednesday, July 27, 2011

hajat tertunai =)

assalamualaikum.

:)

da lama kan aku tak update? ouh sebab line berukband yang macam hari hari mintak penyepak dengan aku bila aku bukak blog. lembab nak mampush!
dan aku rasa memang nak bagi penyepak jugak sebab line berukband laju gilaaaa time bukak facebook.. kalau aku bole update blog guna facebook kan bagussss~~~~~~

okey, back to title.. aku banyak benda nak cita... :)

aku selamat sampai penang pukul 2 pagi hari isnin lepas, means semalam lah.. setelah hampir 2 bulan aku melepakkan diri di skudai, setapak, UM, serdang, bangi, klang, bukit jalil~
banyak lagi tempat sebenarnya aku pegi tapi, takkan semua aku nak sebut dalam ni, kang korang baca nama tempat je la yang banyak...

okey, tak tahu nak mula dari mana... tapi, yang penting, hajat aku da tertunai..

alhamdulillah, aku berkesempatan pegi menziarah kubur arwah afiff.. tenang sangat hati aku bila ada depan kubur dia, walaupun kejap sangat... tenang macam aku ada depan jenazah arwah 5 bulan lepas..

dan, aku betul betul REDHAkan afiff pegi..

dah dah, aku da takmo sedih... :)

and at last, dapat jugak aku jumpa kak ASMALIA RAZALI~!!

sumpa macam kembar~!
woot woot.. sampai skang aku tak caya aku da jumpa dia, lepak lepak dengan dia, makan makan dengan diadan yang paling penting, tengok bola dengan family dia~!! ouh, family kak lia sangat fanatik HARIMAU MALAYA :)

thanks kak lia, abg yif, dan kak fasya sebab sudi tunjukkan kubur arwah afiff.. :)

btw, HAPPY BIRTHDAY YG KE 23 ABG YIF :)

okey, next event, seharian di kampus UIA PJ... bersama dakpipimerah dan dakpipitembam..
drive kereta merentasi lautan kereta, akhirnya sampai jugak aku kat uia ni.. padahal, bukan jauh mana pon.. zzzzz~~ =.=

senyum nak cover je kan?
minah camwhore. :p
perasan comel. haha
camwhore lagik
kenny rogers :)
:D
okay, setakat itu dulu ye.. nanti aku rajin aku update lagi.. kalau aku rajin lah :)

ouh, aku cuba menjadi pemandu yang berhemat sekarang sebab da kena bawak kereta manual.. kalau dekat kl tu takpelah, kereta auto.. belasah saja...

doakan aku jadi lebih feminin.. *sumpa takde kena mengena*

okey bye~!

nota jari kaki : sedih kian hilang, hati betul betul dah redha :)

Tuesday, July 19, 2011

12 julai...

assalamualaikum..

:)

sekarang da pukul 1.30 am dan bertarikh 19 julai 2011....


7 hari selepas ulang tahun kelahiran aku yg ke 19 tahun...

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah Ya ALLAH, aku masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini... untuk terus mensyukuri atas segala nikmat dan rezeki yang KAU kurniakan kepada ku..

masa sangat pantas berlalu...

dan, dia juga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ku...

awak, SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 20... 



semoga awak terus tenang di alam sana... sangat ramai yang mendoakan awak sempena ulang tahun kelahiran awak...

pada hari tersebut, aku sedih dalam gembira... aku menangis dalam ketawa... gembira dan ketawa kerana hari lahirku, dan sedih dan menangis kerana tidak dapat sambut bersama...

semoga ALLAH terus kuatkan hati ku untuk meneruskan hidup ini...

kepada mereka yang wish hari lahirku, tidak kira di facebook, mesej, call dan wish depan depan,

TERIMA KASIH 

aku ucapkan... hanya ALLAH yang mampu membalas jasa anda semua yang sentiasa mendoakan kebahagiaan ku...




terima kasih :)

dan, terima kasih MUSTAPHA YUSSOFF & FAIZAH OTHMAN, atas kek dan cerita TRANSFORMERS :)



nice one :)
dan kepada awak, terima kasih di atas hadiah yang sangat bermakna ini...

klik HADIAH ini...

cerita itu sangat bermakna untuk saya... dan, maafkan saya atas segalanya... bukan niat saya untuk jauhkan diri, tetapi, diri saya perlukan ruang untuk bersendiri, meskipun awak sentiasa ada dengan saya... im so sorry.. :'(

hati cakap nak sendiri.. hati betul betul minta maaf....

aku dah azam, hidup baru perlu dibina.. bak kata kak luth, aku harus melupakannya...

maaf kak, farah tak mungkin melupakannya, tetapi, farah percaya, perlahan-lahan farah boleh menerima kehilangannya..

wallahua'lam...

:)

nota jari kaki : tidak mahu memikirkan soal perasaan.. :)










Saturday, July 16, 2011

Graduan Aspire-Kita Jumpa Di Sana

assalamualaikum..

:)

setelah mereka berhempas pulas mengupdate blog pasal mende alah ni, skang turn aku pulak... 

okey, sila like dan komen video kt bawah ni....

ops~! sila ke 1tube.my dulu ye~!!

tadaaa~!!!




video ni hasil daripada 3 orang jejaka yang sangat berdedikasi..




okey bye~!!

nota jari kaki : esok jalan jalan dan makan makan ramai ramai :)



Friday, July 8, 2011

terasa dekat dengan dia.

assalamualaikum.


hai readers. :)

lama aku tak update pasal diri aku... asyik update pasal ala ala segmen "hari-hari" tu kan..

okey, hari ni full day aku teringat kan arwah..

"arwah lagi?"

hmm, ntah kenapa hari ni aku susah untuk senyum.. walaupun dipesan berkali-kali oleh dia, maaf, hari ni memang bad day..

esok hari jumaat.. supposed, sekarang da hari jumaat, sebab da pukul 2 pagi.. okey, da 2 pagi tapi aku tak tido lagi..
aku tak bole tido.. ntah sebab apa.. 

=.=

jumaat, 8/7/11, cukup 19 minggu aku kehilangannya... satu jangka masa yang agak lama.. 
dan, aku masih menghitung hari untuk ke tarikh 12/7/11... tarikh yang cukup bermakna untuk aku dan arwah..
bermakna sebab apa?

BIRTHDAY KAMI

12 julai, aku cukup 19 tahun. dan arwah cukup 20 tahun.. 


tetapi,

ALLAH lebih sayangkan dia.. aku akur dengan ketentuanNYA...

sekadar meringankan rasa hati, aku menangis lagi.. mujur, ramai sangat insan yang sayangkan aku.. tidak putus-putus memberi kata semangat kepada ku...


Ya ALLAH, KAU kekalkan lah ukhuwah yang terbina di antara kami.. KAU kuatkan lah semangat aku untuk meneruskan semangat dia di medan perjuangan ini.. 
Ya Allah, sekiranya aku jatuh cinta, maka jatuhkanlah cintaku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk lebih mencintai-Mu.. KAU ikhlaskan lah hati ku untuk menerima cinta daripadaMu...

aku masih mengharapkan sinar baru pada keesokkan hari.. sinar yang boleh memberi 1001 sebab untuk membuat aku tersenyum..

readers, doakan aku.

:)

wasalam~

nota jari kaki : mencari masa yang sesuai untuk ke kubur. moga ALLAH permudahkan.





Thursday, July 7, 2011

Spontaneos Thursday #1

assalamualaikum.


:)

aku tak reti nak guna lagi laa...

readers, tolong ajar aku.. :)



okey bye~!

nota jari kaki : complete!

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #1

assalamualaikum.

:)

nyum.. nyum..

>.<

okey bye~!

nota jari kaki : new phone :)

Tuesday, July 5, 2011

Tuesday of Truth #1

assalamualaikum..


saya sangat rajin ya hari ni.. :)

On Tuesday, blogger should tell one true fact about themselves. In any medium necessary.

the truth about me is,


yes, i do love listening music. whatever kind of music.

okey bye~!

nota jari kaki : takde nota hari ni.

Segmen Mudah-Jom Join Bloglist Nizam Ijam

assalamualaikum..


dan, selamat pagi~! *err, pagi lagi ke? da pukul 11 da ni...

chit. bagi aku pagi lagi laa...

pagi pagi da rajin join segmen.. *bangun awal la katakan...

Nizam Ijam Jr

sila sila lah join ea~!

nak tag,





okeh bye~!

nota jari kaki : mines :)

Monday, July 4, 2011

Melody Monday #1

assalamualaikum.

:)

~first time~


cute!

okey bye !

nota jari kaki : menantikan 12 julai :)


Contest Blog Saya Comel

assalamualaikum.


:)

aku kembali. yeah~!!

first time join contest. haha... kuno gila aku kan..?

di tag oleh enchek SYAIM perasan hensem. hahaha~

Photobucket

sesiapa yang rasa blog dia comel, sila tekan header comel dia atas untuk join.. :)

btw, blog aku comel ke...? lalalalalala~~~

nak tag,





sekian.

okey bye~!!

nota jari kaki : dalam otak ada fon baru!

Friday, July 1, 2011

kelahiran semula blog aku

assalamualaikum.. 


:)

blog aku telah dilahirkan semula.

tadaaa~!!

merahnya mak ngah oii~!!

dan header yang comel sebab ada muka aku yang gedabak tu telah disponsorkan oleh ehem ehem....

dan, ehem ehem itu adalah...

ENCHEK ZAMANI ayah kepada NAJLA ZAFRINA (anak buah aku) dan hubby kepada NURUL HUDA (kakak aku)..

so, pensponsor header tu ialah abg ipar aku~~~

TERIMA KASIH DAUN KELADI ABG ZAM

=)

jeng jeng jeng~~

=)

sempena dengan 1 Julai hari ni, *ada kena mengena ke?*
ouh, ada kena mengena sebab bulan ni akan menyebabkan aku cukup umur 19 tahun di bumi ini...
orang ramai da tak nak aku bersedih lagi.. so, untuk memulakan hidup baru, blog pun kena la baru... baru la semangat nak hidup.. >.<

*handphone bila nak baru?* okey, sumpa takde kena mengena.

11 hari lagi~

okey, bye~!

nota jari kaki : aku cukup 19 tahun, arwah cukup 20 tahun. pada tarikh yang sama.. *smile*