Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 20, 2010

ANDAI

andai,
aku tidak berdaya lagi menyayangiMu,
pimpinlah aku kembali kepadaMu, 
eratkanlah genggaman tanganku ke arahMu,
jangan palingkan lagi mukaku ini selain kepadaMu.

andai,
aku terpesong dari jalanMu, 
luruskan kembali niatku,
sedarkanlah kembali jasadku,
yang sering berada dalam keawangan,
sering terjatuh ke dalam khayalan,
dan tidak mampu bertahan keseorangan.

andai, 
aku jatuh cinta kepadanya,
kuatkanlah cintaku kepadaMu berbanding cintanya,
cintakanlah aku lebih kepadaMu daripadanya,
sesungguhnya aku mengejar cinta abadi,
dan menjadikannya sebagai semangatku,
untuk aku menemui cinta itu.

andai, 
aku tidak lagi bernyawa,
ampunkanlah segala dosaku,
halalkan segala perbuatanku di dunia ini,
pejamkanlah mataku setelah kesalahanku dimaafi,
oleh semua hambaMu di dunia ini.
aku sangat mengharapkan sinarMu, cahayaMu, dan Nur dariMu,
agar aku sentiasa dapat melihat jalan di hadapanku,
dan tidak lagi terpesong daripada arahku yang sebenar.

andai,
tiada lagi kemaafan buat diri sehina ini,
ikhlaskanlah hati melepaskan aku pergi,
relakan kepergian diriku ini dengan aman,
sesungguhnya,
aku amat mengharapkan doa kalian,
agar aku bahagia di sana.

janganlah kau palingkan mukaku selain daripada menghadapMu,
YA ALLAH...

-FIY1207-

Sunday, October 10, 2010

-perhatian-

salam...

u/p : EN.BUNCET

perhatian kepada en.BUNCET, tolong jangan cari pasal malam-malam dengan saya lagi oke.. saya dah tak larat nak marah awak da..

sila ambil perhatian lagi sekali..

sekian..

terima kasih...

yang benar,
-FIY1207-

kena tinggal

salam...

aku boring!!!!!

KHADIJAH AQILAH, balik umah on da spot tadi lepas dia balik dari dsi... da la aku kena duk sorang dalam bilik da whole morninng and evening tadi, malam pun kena duk sorang jugak... waaaa!!! boring tahap cipan binti cipanzi betol!

yang BUNCET lak, call td tengahari sekali je... pastu senyap sampai tengah malam... menyirap kan???
oke, aku tau la dia pi sungai congkak sebab member dia ajak, tak kan la sampai ke malam tak bole nak send 1 mesej kat aku? oke...

fine.... aku memang boring tahap...... statistics memang semakkan otak aku... yang literacy computer lak, memang nak buat aku cam nak koyak+rebus+minum air nota tu...

moga-moga, esok aku bole study dengan lancar... ameenn.....


adios...amigos... nak berambos...-FIY1207-

Saturday, October 9, 2010

~peliharalah aku~

bismillahirrahmanirrahim...

salam...

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada 
seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatan diriku untuk 
mencintai diriMu..

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku 
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut
padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang 
cinta nafsu..

ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku 
padanya agar tidak berpaling dariMu..

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku 
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, 
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
 indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, 
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam 
perjalanan menyeru manusia kepadaMu..

aku mohon kepadaMu Ya Allah...

-FIY1207-


Friday, October 8, 2010

:|sunyi|:

salam..

aku keseorangan..
seperti ditinggalkan..
jiwaku kosong..
sekosong-kosongnya..
aku sunyi..

malam ini aku sunyi...
tiada yang menemani..
tiada yang mengiringi...
malam sepi berlalu begitu sahaja..
tanpa sepatah kata..
tanpa sebarang makna..
aku sunyi..

pergilah sepi..
jangan hantui diriku..
cukuplah sekadar sekali..
aku tidak ingin lagi..
bersama malam sepi..
walaupun sebenarnya..
aku kesepian..

=(

-FIY1207-


Sunday, October 3, 2010

~bile dua hati di satu kan~

kesayanganku

salam,
sebelum sy lnjut kan lg bahasa puisi sy,,sy bak tye pde korg,,
ape yg di mksud kan ngn tjuk di atas??
(bile dua hati di satu kan)

ia mstinye mnjadi satu hati yg sme memahami antara satu sama len.
dan ia jga akn brikan kite lbih bhgia apabila mnmui yg 
sehati,sejiwa,sedondon,sesize,sehodoh,sehensem, dll..

smga ia bri makna kpda kite..

mnx2,hbgan antara
BUNCIT & GEMPAP ni,,

bekekalan hgga "dua hati mnjadi satu"

aminn,salam..