Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 26, 2011

indahnya ukhuwah itu :)

assalamualaikum..

:)

malam ni aku rindukan mereka..

heart u all so much~!!!

kak cha dengan gaya comel nya...

kak zam dengan gaya rock nya...

si kembar kak anne dan kak honey dengan telatah lucu mereka...

aku sangat sangat rindukan mereka tika ini... tika aku jauh daripada mak ayah, kakak abang serta anak anak buah..

tidak lama tempoh aku mengenal mereka.. tetapi lagak nya bagai sudah lama saling mengenali... aku dilayan lebih daripada adik sendiri oleh mereka kerana aku paling muda di antara kami semua.. 

detik perkenalan kami semua sangat unik.. bermula daripada perkenalan aku dengan dia, aku hanya melihat gambar gambar mereka di dalam album FB dia... terdetik juga hati kecil ini untuk mengenali mereka.. aku terus menyatakan hasratku  kepada dia untuk mengenal dan bertemu mereka.. dia hanya mendengar dan mengiakan tanpa balasan.. aku hanya berdiam diri memandangkan dia tidak suka didesak.. akhirnya, aku pun terlupa akan hasratku itu memandangkan kami jarang berjumpa dek jarak yang jauh di antara kami..

ya, aku di JOHOR BAHRU dan dia di BANGI..
tapi, itu dulu…. Sekarang kami benar benar jauh… aku masih di dunia, dan dia telah melangkah ke alam yang seterusnya selepas alam dunia..

aku hanya mengenali teman teman rapatnya iaitu, abg riz, abg fit, man, amir, abg bajau, abg daud, abg mawi, abg sham dan ramai lagi… boleh kata hampir semua kawan lelaki nya aku kenal.. kenal melalui alam maya.. seringkali mereka mengusik nya ketika berbual dengan ku di telefon dan kadangkala ketika ber’webcam’ di skype..

argh!! Rindu nya saat saat itu….


Dia pernah mengatakan kepada ku, yang dia tidak mahu aku mengenal teman teman perempuan nya.. katanya mereka busybody.. haha… ntahkan betul ntah tidak masa itu..

Aku tidak banyak mempersoalkan tentang perkara itu.. takut diri ini dimarahi kerana dia tidak suka membangkitkan perkara yang dia sendiri tidak berminat untuk memikirkan nya..

Sangat indah ketika kami bersama sama mengharungi susah payah kehidupan.. aku menjadi tempat dia mengadu ketika dia menghadapi kesusahan dalam menjalankan tugas sebagai pengarah program untuk satu programbesar yang melibatkan rakan rakan kos nya.. pelbagai masalah dan keluhan daripadanya.. kertas kerja diriject, AJK tidak buat tugas, tidak bekerjasama… macam macam lagilah... aku hanya setia mendengar.. tetapi, sangat risau ketika dia diserang migrain kerana terlalu banyak berfikir.. astagfirullah, hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa risaunya aku ketika itu..

Seringkali diri ku dimarahi kerana cuba memberi semangat kepadanya ketika dia menghadapi peperiksaan akhir semester.. aku hanya membiarkan dia melepaskan tekanan kepadaku walaupun aku sendiri tertekan ketika itu dengan kesibukan di pertengahan sem.. biarlah, aku rela dimarahi daripada terus risau dia diserang migrain..

Tapi, itu dulu… aku ingat lagi, pada hari khamis 24/2/2011, merupakan tarikh keramat baginya kerana hari itu hari terakhir peperiksaan semesternya yang ke 4… dia terus menelefonku dengan suara yang sangat girang, menyatakan dia sudah merdeka.. mengejek ku yang masih berbaki 3 bulan sebelum peperiksaan akhir semester ku yang ke 2.. masih terngiang-ngiang suaranya di telingaku ketika ini..

Tetapi, keesokkan harinya, hari Jumaat, 25/2/2011, aku merasakan nyawaku turut melayang.. tepat pukul 4.45 petang, aku menerima berita kematiannya daripada pegawai trafik IPD Kajang ketika aku menelefon telefon bimbitnya..

Ya ALLAH, mengigil tubuhku ini… aku merupakan orang pertama menerima berita ini kerana polis itu berpesan kepada ku untuk memaklumkan kepada keluarganya... saat itu juga aku menelefon mak dan ayahku sambil menangis, menyatakan hasrat untuk terus pulang ke KL.. mujur, mereka memahami.. aku terus ke sri putri menaiki bas jam 5.30 petang dan sampai di Serdang jam 10.00 malam. Serabut sangat kepala ku ketika itu.. bibirku tidak putus berdoa agar ditenangkan hati ini..

Saat aku berdiri di sebelah jenazah nya yang telah siap dikafan oleh pihak hospital, sangat tenang wajahnya walaupun dipenuhi dengan kesan lebam dan luka… hatiku sayu.. pilu sangat ketika itu.. alangkah indah nya bagi ku jika aku telah menjadi halal, akan ku kucup dahinya sebagai tanda perpisahan yang abadi.. tetapi, apakan daya, kami masih lagi tidak mempunyai ikatan yang halal.. aku hanya mampu melihat wajahnya sahaja..

Kini, 3 bulan telah berlalu… selama tempoh itu, aku mencari diriku.. mencari hatiku… yang turut pergi bersama nya… hari demi hari, aku cuba senyum, gelak ketawa bersama mereka yang tidak jemu memberi semangat kepadaku.. begitu susah untuk aku melakukan itu semua dengan ikhlas.. tetapi, alhamdulillah, sedikit demi sedikit, senyuman itu bertukar menjadi ikhlas..

Dan, ketika ini lah aku mengenali mereka… insan insan yang sangat istimewa selepas pemergiannya… kak ANNE, kak HONEY, kak ZAM kak TIQ, kak ATIE dan kak CHA...






dan ramai lagi insan insan yang sangat berharga yang tidak jemu memberiku semangat di alam maya walaupun tidak pernah bersua muka.. kak FAUZANI, kak LUTHFIAH, kak BELLA, kak FAD, JEE, FIQA, kak AISYAH, kak NAZIRAH, dan ramai lagi...

dan kepada TIKAH, SYUK dan KHAI, thanks sebab sudi jadi adik akak~! tidak terasa bahawa akak ni sebenarnya anak bongsu.. :)

luv u budak kecik gemuk >.<

syuk... toitt...toittt... >.<
khai :)


sungguh indah kebesaran ALLAH kan..? dia mengambil seorang yang aku sayang, tetapi dia mengurniakan ramai insan yang istimewa yang sudi menyayangi aku... 
ALHAMDULILLAH, SYUKUR YA ALLAH..

terima kasih kerana mengurniakan mereka ini, yang sangat istimewa di hatiku.. kekosongan di hatiku diisi oleh mereka.. bahkan, aku terasa lebih disayangi berbanding dahulu..

aku tidak putus berdoa, agar dipanjangkan ukhuwah ini sehingga ke Jannah.. sesungguhnya, ukhuwah itu terlalu indah.. tiada kata dapat menggambarkan keindahan itu... hanya ALLAH mengetahui nya..



dan kepada MAK, AYAH, OKDIK, KAKAK, ABG ZAM, ABANG, KAK EZA, terima kasih yang tidak terhingga adik ucapkan, kerana sentiasa berada di sisi adik ketika adik cuba mengumpul semula semangat yang hilang selepas ketiadaan nya.. adik sayang semua~!!

readers, doakan aku menemui kebahagiaan yang hakiki.. kebahagiaan yang berhak dimiliki oleh ku dengan izinNYA...

wallahua'alam...

nota jari kaki : mengimbau kenangan bersamanya... semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya.. 

AL-FATIHAH







Monday, May 23, 2011

aku pun nak review NUR KASIH THE MOVIE jugak :)

assalamualaikum...

:)

alhamdulillah, aku selamat sampai JB pagi tadi pukul 8.. tunggu dekat sejam plus plus lepas aku call sorang member aku untuk fetch aku dari airport... takpe la, aku rela tunggu daripada nak kena bayar RM33.00 unuk naik limo airport ke utm skudai... padahal bukan jauh mana pun... =.=

aku taktau kenapa sejak aku dah booked tiket flight online, aku asyik terfikir yang flight aku naik nanti akan terhempas or alami apa apa kerosakan yang bole buat kitorang semua mati... *pengaruh tv kuat budak ni*

agak agak kalau air asia yang aku naik tadi terhempas macam ni, aku hidup lagi tak...? wallahua'lam...

mintak dijauhkan ya ALLAH

tapi, 
MENGINGATI MATI ADALAH SEBAIK-BAIK MOTIVASI. 

>.<

okey, back to the topic~

lepas amik luggage, perut aku memang da nyanyi lagu rock kapak plus parang da... aku pun kedek kedek dengan troli pegi makan KFC breakfast kat daam airport tu... almaklumlah, tak penah lagi aku breakfast sepanjang ak mastautin kat rumah tuu....


ini lah ghupe breakfast KFC tuu... aku makan A.M. RISER yang dekat bawah tu...

okey, dipendekkan story, bertemankan teman teman yang meman suke benor meronggeng, kitorang 4 orang terus menuju ke City Square dengan hasrat untuk menghabiskan duit... heeeee *duit ayah bagi tu tak kacau pun lagi*

pendekkan story lagi, kami terus menuju ke kaunter tiket wayang.... asalnya nak tengok NUR KASIH THE MOVIE yang pukul 1, tapi konpem konpem la seat tak best sebab masa tu tiket tengah selling fast.. so, kitorang tengok pukul 3 petang....

superb best~!
masuk je panggung, aku da rasa lain macam.. lagu dia memang menusuk jantung laa... muvi ni ada la dalam sejam 40 minit.... sepanjang aku ada dalam panggung tu, fikiran aku hanya tertumpu pada DIA... dia yang dah pergi... dia yang tiada lagi di muka bumi ni... so, terus menangis... tunggu apa lagi kan...? 





cite ni suwittt sangat... kisah cinta ADAM dan NUR yang tidak pernah putus walaupun pelbagai ujian mendatangi mereka... ohh, sangat kuat ya semangat mereka untuk menghadapi ujian ALLAH yang sangat berat... aku ni takde la reti review muvi sangat... nak tau lebih lanjut, SILA KE PAWAGAM BERHAMPIRAN ANDA SECEPAT MUNGKIN... :)

alhamdulillah, aku masih lagi diberi peluang untuk terus hidup, dan untuk meneruskan semangat arwah sehingga ajal yang menjemputku... hidupku bertambah tenang, walaupun kadang kadang rebah juga akibat permainan perasaan... perlahan lahan aku cuba kuatkan hati, untuk terus hidup tanpa rasa putus asa...

ALHAMDULILLAH YA ALLAH 

:)

okey.. tak sabar nak tunggu TRANSFORMER 4 keluar panggung bulan 6 nih~!! HARRY POTTER yang keluar bulan 7 ni, aku tak janji nak tengk ke tak sebab, dulu aku pernah janji dengan arwah, kami nak sambut besday sama sama time tengok cite ni... tapi, semua nya tinggal kenangan... hukhukhuk

okey bye~!

nota jari kaki : tengah tunggu mcD yang sangat lama... =.=.. perut aku da mula memberontak....

Sunday, May 22, 2011

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU

assalamualaikum..


:)

ouh, aku sangat boring di utm bila orang lain semua balik bercuti dan aku kena stay sebab ada program. oky, titik.
kembali kepada hobi lama, JOIN SEGMEN :)


takde sapa pun tag aku, aku je yang rajin lebih nak join sendiri...

aku jumpa segmen ni dekat blog BUDAK KECIK ni... 

okey, jom jawab soalan ABGTEROR ni... :)

1. Dimana anda dilahirkan?

aku dilahirkan di PULAU PINANG pulau mutiara.. *tapi, aku tak nampak pun mutiara kat penang tu*
lebih tepat lagi, di HOSPITAL BERSALIN PULAU PINANG... belakang HOSPITAL BESAR PULAU PINANG.. detail tak...? hikhikhik

2. Dimana anda dibesarkan?

dibesarkan pun di PULAU PINANG... lebih sepesifik,di BALIK PULAU... ekceli, dari lahir sampai aku umur 4 tahun, aku duk dekat BATU MAUNG... tapi, lepas tu pindah pi umah tok aku dekat SUNGAI PINANG, BALIK PULAU... sampai lah sekarang.... *orang penang je kot yang tau tempat tempat yang aku sebut tu*


3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.

ofkos la PULAU PINANG.. walaupun masa menuju kedewasaan aku banyak dihabiskan di JOHOR.. utm skudai~

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.

sebab.... bak kata ABGTEROR lah, TANAH TUMPAH DARAHKU... so, darah aku tertumpah di PULAU PINANG.. aku pilih PULAU PINANG lah... :D

ouh, banyak pulak aku potpet dekat sini...

bye~!

entri ni takde nota jari kaki.

Friday, May 20, 2011

malam ni...... hmmm

assalamualaikum..


malam ni aku rasa ak meepek je kat bloggie aku ni... biar la, ada orang nak baca ke tak... kesah pulak aku... sepatutnya aku rasa happy sikit sebab ayah aku baru ja amik astro mustika hari ni... matlamat utama sebab nak tengok maharaja lawak..
aku suka nabiljozansepah
selama ni aku tengok kat youtube je.. tapi malam ni bole tengok live :)

hmm, tapi, aku memang tak rasa happy malam ni... dan aku ada sikit rasa cemburu.. ya, C.E.M.B.U.R.U...
dah lama aku tak rasa perasaan tu... sejak arwah takde, hampir 3 bulan, selama tu jugak la hati aku kosong... tapi, malam ni, datang balik perasaan tu...dan aku betul betul tak pasti kenapa aku perlu rasa macam tu...

okey, aku betul betul TAK SUKA! sebab aku memang tak patut rasa macam tu... 

chill la farah~~ dengan dia pun hang nak jeles ka...???? 

huh!!!

jeles sebab dia pun baik dengan dia tu... WTH..??!!!?!

farah, ingat dia tu hang sorang punya ka...?

mereka comel
 hati aku masih berbelah bagi nak balik johor... tiket da booking.. hari ahad aku fly balik johor... tapi, ntah la apa yang aku rasa saat ini... 

*aku memang tak suka perasaan ni*

astagfirullahala'zim...

Ya ALLAH, Kau tenangkan lah hatiku ini... Kau berikan lah hidayah kepada ku, Kau tunjukkan lah jalan yang benar kepada ku, agar aku tak lagi berada dalam kegelisahan ini...

hmm, maharaja lawak pun da abis... minggu ni lawak yang sekata... <--- ayat mintak lempang dari apek

okey la.. terus takde mood... bye!

nota jari kaki : seringkali teringat kan arwah sejak kebelakangan ni... semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman... Al-Fatihah.. 
*sy rindukan awk*

Wednesday, May 18, 2011

terima kasih Ya ALLAH

terkadang aku kuat, terkadang aku lemah,
dalam mencari cinta hakiki, 
terlalu banyak dugaan mendatangiku,
pemergiannya benar-benar menguji imanku,
kehilangannya meruntuhkan kekuatanku,
berat sangat rasa hati ini ya ALLAH,
untuk meneruskan hidup yang sangat mencabar ini.

dalam usaha membina semula kekuatan diri,
alhamdulillah,
ALLAH mengurniakan insan-insan yang sangat berharga,
sedikit sebanyak mengisi kekosongan hati,
mengubati kerinduanku yang terlalu mendalam,
kepadanya yang tidak akan kembali lagi ke dunia ini.

syukur kepada ALLAH,
kerana mengembalikan semula semangat dalam diriku,
KAU meneruskan semangatnya melalui diriku,
aku masih lagi dapat merasai kehadirannya dalam kalangan mereka,
walaupun hampir 3 bulan kami dipisahkan oleh perpisahan yang abadi.

ya ALLAH,
KAU berikanlah kekuatan kepadaku,
agar aku dapat terus mencintaiMU,
tetapkan hatiku,
hanya untuk mencintaiMU,
KAU jadikanlah segala kenangan bersamanya,
sebagai kenangan yang paling terindah dalam hidupku,
biarlah masa yang menentukan segalanya,
aku serahkan hidup dan matiku,
hanya untukMU ya ALLAH....

p/s : semoga awk bahagia di atas sana.. kami di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan awk.. terima kasih, kerana menemukan sy dengan family ASA.. semoga ukhuwah yang terjalin kerana ALLAH, akan kekal sehingga maut yang memisahkan.. betul kata orang, setiap yang berlaku, ada hikmahnya.. dan menjadi salah seorang family ASA merupakan hikmah yang paling besar buat sy selepas pemergian awk.. sesungguhnya ALLAH itu Maha Berkuasa...

Subhanallah....

assalamualaikum..

:)

okey, ekceli aku buat note dalam fb yang kata kata kat atas ni.... korang bole tengok dekat SINI... tapi, aku nak jugak copy masuk blog... takde orang kesah kan..? sebab note tu aku jugak yang buat, blog ni pun aku jugak yang punya, so, apedehall... :)

aku tak la sedih time tulis note tu, cuma hati aku sayu sangat... bila kenangkan balik semua kenangan antara aku dengan dia dulu... tapi, ALLAH lebih sayangkan dia... aku redha...

aku da tak nak nangis... da penat da nangis masa program yang lepas... 

time to build new life... tapi, dia tetap dalam hati aku.. insyaALLAH sampai bila bila.. life must go on no matter what happen in our life... no such 'backward' word in my life's dictionary...

insyaALLAH, semoga ALLAH permudahkan segala urusan aku walaupun sangat susah untuk aku menghadapinya...

TERIMA KASIH YA ALLAH



:)

wasalam~

nota jari kaki : esok nak pi maktab... nak pi tayang muka budak jdm yang dapat spc kat maktab... :)

Tuesday, May 17, 2011

lesen dan adik kesayangan :)

assalamualaikum


:)

sekarang hujan lebat dan aku rasa nak tido..<----- memang nak kena lempang dengan mak aku

attention~!!

aku da sah jadi pemandu halal yang sekarang... :)

:)
kepada semua readers yang da ada lesen, bagi peluang sekali kat aku nak bangga sikit bole..? heeeee~
ingat senang ke nak dapat lesen tu..? berpeluh-peluh tau blajar keta kat tampoi tu...

alhamdulillah, bole bawak kereta selalu pas ni... nak berhenti jadi penunggang moto sekejap :)

okey, kepada adik kesayangan aku.... tetiba akak rindu nak begosip dengan awak~!!

NUR ATIKAH AZHAR
budak kecik plus tembam ni memang suka camwhore sendiri... >.<

dia turun penang hari selasa minggu lepas... so tido umah aku sampai hari khamis... hari rabu meronggeng dekat QB... da boring da aku pi QB tu~

aku malas nak story panjang panjang... let see da pictures :)

tengok 3D tuuu....



 kitorang tengok cita THOR....  not bad laa... rating aku bagi 4/5...

hensem la thor... mintakkk signnnn >.<


aku agak ketinggalan tengok cita ni sebab cita ni da lama da kuar panggung... tapi, ada aku kesah..? *gaya yus dalam ML*

muka dugong

naik moto tau pi QB :)

:D

buruk !

luv u sis :)

haha... tak bole bla pic ni :p
okey.. da takdak idea nak tulis apa... sebab aku memang tengah mengantuk sekarang ni...

=.=

okey bye~!!

nota jari kaki : malas nak kemas baju.. tapi dah kena bebebebel dengan mak....=.="

Monday, May 16, 2011

first program ASA :)

assalamualaikum...


:)

hhuuuiiiii~!!!! lama bebenor aku tak hupdate bloggie aku ni... da tebal gila sawang kat bloggie aku ni... maafla ea... aku busy mengalahkan PM sejak sejak akhir ni... 

banyak sangat benda aku nak story kat sini... seminggu aku balik penang, hanya beberapa jam saja aku lekat kat umah... bersama dengan team ASA, puas kami bersuka ria selama 5 hari di penang.. *ayat macam aku orang luar je kan*


ALHAMDULILLAH~!
terlalu indah kebesaran ALLAH... mengurniakan sahabat sahabat yang terlalu baik kepada ku.. sedikit sebanyak dapat mengubat rindu aku pada arwah... :)

okey la... aku baru je balik dari first program aku dengan team ASA dekat SK TAMAN SENANGAN, butterworth... akhirnya, dengan rasmi aku da jadi salah sorang fasilitator dalam team ni...

kelakar pulak muka aku dalam ni :p
 akhirnya, dapat jugak aku pakai vest fasilitator tu.. :)

syukur alhamdulillah.... dapat jugak aku tunaikan hajat arwah nak tengok aku jadi fasi ASA... tapi, aku terkilan sangat sangat sebab tak dapat jadi fasi sekali dengan dia... :(

sama tak vest? :)
masa dekat program, aku terlalu rindu kan dia... tapi, aku yakin, dia dapat tengok kitorang program walaupun berada di dunia yang berbeza...

AL-FATIHAH...

walau macam mana pun, sy tetap tak boleh lupakan awk.. semoga awk tenang di alam sana... sy sentiasa mendoakan kesejahteraan awk di sana... semoga ALLAH menemukan kita di akhirat kelak... insyaALLAH...

maafkan sy sebab selalu sy tulis pasal awk dekat blog sebab sy da tak bole tulis ape ape dekat wall awk...

kepada family ASA, terima kasih sebab sudi menerima farah menjadi sebahagian daripada family ni.. 

untuk kak zam, kak anne, kak honey dengan kak cha, terima kasih sangat sangat sebab sudi melayan kerenah adik kakak yang sorang ni... :)

insyaALLAH, hati ini akan tetap bersama ASA sampai bila bila....

wallahualam..

nota jari kaki : semakin busy.. tak dapat nak update blog selalu.. maaf ya :)


Tuesday, May 10, 2011

.:saya blogger muslim vs saya blogger muslimah:.

assalamualaikum 


:)

aku tak mengantuk lagi di saat ini, jadi, aku nak join segmen.. takde sapa pun tag aku, aku jumpa segmen ni kat blog budak cerdik pandai ni.. SYAFIQ NAIM~~

So, aku perempuan kan..? mesti la aku.......


aku suka terjah melawat blog yang anjurkan segmen ni... jarang la aku jumpa blog yang ciri ciri nya macam blog ni.. ciri yang macam mana? korang fikir sendiri ea~~

aku mengaku, blog aku ni takde pun ciri ciri keislaman yang mendalam sebab blog aku ni aku suka merapu dan merepek.. tapi, im still a muslimah blogger :)

okey, tak nak bebel taip panjang panjang.. nak tag dua budak yang pandai sebab dorang ni bakal jadi cikgu dengan pharmacist..


nite~!!

wasalam~

nota jari kaki : terima kasih Ya ALLAH sebab berikan aku pelbagai hikmah selepas ketiadaan arwah.. syukur ALHAMDULILLAH.. :)

Monday, May 9, 2011

Hari Ibu dan ASA Explore

assalamualaikum 


:)

rasa macam malas nak update tapi tetiba rasa rajin sebab mata ni tak reti pulak nak mengantuk..

okey.

SELAMAT HARI IBU

~MAK~

comel tak ?

yang budak kiut macam anak cina tu anak sedara aku yang no 3 a.k.a anak abang aku yang no 2... bila pegi jalan jalan dekat mall or supermarket je, tak sah kalau takdak chinese chinese yang cubit cubit pipi dia..

SOFIA AQILAH MUSTAPHA

mak + kakak
celebrate hari ibu dekat KAYU nasi kandar.. ayah belanja... wee~~

komplot dengan ayah suruh ayah beli kek.. dapat la makan secret recipe hari ni.. lalalala~

maybe mak expect aku tak wish kat mak kot pagi pagi tu.. mak tanya aku kot, "bila hari ibu, adik?" aku pun dengna selamba badak jawab, "hari ni la mak." tapi aku tak wish pon. haha.. saja nak wat mini suprise dekat mak.. haha

tapi, aku tak faham kenapa dah keluar note about TAK BOLEH SAMBUT HARI IBU.. nak tahu KLIK SINI
HARI VALENTINE da tak bole sambut sebab haram.. HARI IBU pun haram jugak..? lepas ni HARI HARI pun jadi haram jugak kot..

adik sayang mak~!

okey, da abis bab Hari Ibu.. beralih kepada ASA EXPLORE..

macam yang aku cakap taip pada entri lepas, aku nak jadi fasi untuk program ASA Explore kan.. inyaALLAH aku join hujung minggu ni.. ouh, aku bukan nak cerita pasal program tu.. aku nak promote satu program lagi yang akan diadakan di TAMAN WETLAND, PUTRAJAYA. *pehal ayat aku skem nak mampus ni?*


okey, chill~
program tu nama nya program FASSTRAIN (facilitator training).. yang aku promote ni FASSTRAIN da siri kedua.. yang siri pertama aku tak join sebab aku ada kat bumi UTM yang tak berapa nak tercinta sebab jauh dari kl.. =.=

tapi, bila aku tengok testimoni peserta FASSTRAIN yang siri first tu, aku bole konfem program ni BEST!

insyaALLAH, aku join.. program tu pada 10,11 dan 12 jun 2011... aku sedih sebab 13 hb tu da kena balik utm balik... memang highway utara selatan ni da kenal la muka aku..<==== aku tipu

nak tahu lebih lanjut, bole baca dekat SINI..

tapi, untuk contact, korang bole contact kak ZAMZURIANA ASMUEE @ kak zam, 014-7247402 or, korang bole PM kat inbox msg FB aku dekat SINI.. nanti aku link kan korang dengan kak zam tu.. korang yang agak agak duk jauh tu, bole join kalau korang sanggup turun kl la.. tapi, peserta akan dikumpulkan di satu tempat, and transport akan diuruskan ke tempat program.. so, transport disediakan jugak la.. :)

yang ni FASSTRAIN untuk siri first dulu aku cilok dari fb..




hope korang try okey~~

okey, currently with ZAMZURIANA ASMUEE now..

sory kak~! cilok pic dari fb.. heeee
kak zam ni sangat la gila gila orang nya.. nasib baik tak gila betul betul.. haha.. sory kak~
alhamdulillah, salah satu hikmah yang aku dapat lepas pemergian arwah, aku rapat sangat dengan kak zam ni... kak zam ni rapat jugak la dengan arwah dulu~

arwah yang baju biru lengan pendek tu

haih, da tengah tengah malam duk sorang sorang ni, aku rindu sangat dekat arwah... huhu... al-fatihah~

hmm, doakan aku lebih kuat untuk hadapi hari hari yang akan datang.. :)

wasalam~

nota jari kaki : best sebab da bole bawak kereta wira yang tersadai kat umah ni.. wee~ pastu esok nak mandi sungai dengan fasi fasi ASA~~~