Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 11, 2014

Dua Kosong Satu Empat

Assalamualaikum.

Selesai semester yang ketujuh.
Berbaki lagi satu semester di bumi selatan ini.
Semester tujuh yang penuh dengan dendam.
Satu semester yang hati ini tak pernah tenang daripada masa silam.
Ah. Bodoh yang aku dapat bila aku ingat semua tu.
Abaikan.

Tahun 2014.
Bermakna aku berumur 22 tahun.
Tak pasti aku perlu rasa apa untuk umur itu.
Yang pasti aku bakal genggam ijazah jika tiada aral melintang.

Selamat datang 2014, walaupun sudah sebelas hari menjelang.
Moga tahun ini menjadi saksi kejayaan aku.
Moga tahun ini menjadi saksi kegembiraan aku.
Moga tahun ini juga menjadi tahun yang buat aku tersenyum sepanjang masa.

Tiada yang manis untuk tahun 2013.
Yang tinggal hanya dendam yang tiada pengakhiran.

Manusia,
Ajarkan aku kembali bagaimana mahu menyayangi manusia yang lain,
Kerana aku hanya tahu membenci.
Manusia,
Ajarkan aku bagaimana untuk melupai kepahitan,
Kerana aku tidak pernah bertemu kemanisan.

Berikan aku sedikit cahaya kegembiraan,
Kerana aku sangat lama berada dalam gelap kedukaan.

Semoga dua kosong satu empat ni menjadi satu permulaan untuk kesemuanya.