Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 29, 2012

EKSTIVAL KUIS 15. Jom Meriahkan~!

Assalamualaikum w.b.t.


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Entri ini adalah entri formal. Atas arahan seseorang. Haha. Tahu la dia pegang jawatan tinggi kan. Okay, bebelan ini akan diteruskan pada next entri. Entri ini khas untuk mempromote event di bawah ini.



Mesti readers ni pelik kenapa aku promote event KUIS sedangkan aku student UTM? Err dan aku sendiri tiada jawapan. Tapi yang aku boleh jawab, ada orang suruh jugak-jugak aku buat entri khas utuk promote event ni.

Kalau dekat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) *tempat study aku la kan*, event ni dikenali sebagai PESTA KONVOKESYEN (PESKON). Kepada budak IPT yang tak tahu apa itu pesta konvokesyen, sila pergi terjun lombong. *okay gurau je*

KUIS atau nama panjang nya KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA ISLAM SELANGOR akan menganjurkan EKSPO & FESTIVAL (EKSTIVAL) pada 4-7 Julai 2012 bertempat di KUIS, bandar Putra Mahkota. Hmmm dekat je dengan Bangi tu. Banner rasmi adalah seperti di atas. Aku cilok je dekat fesbuk. Banyak acara menarik sepanjang ekstival ni berlangsung. Tapi yang paling penting, semua nya adalah berunsurkan islamik :)

Majlis Perasmian EKSTIVAL KUIS 15 akan belangsung pada 4 Julai 2012 iaitu pada hari Rabu pukul 9.00 malam di Tapak Astaka KUIS. Majlis perasmian ada malam first, tapi acra paling best berlangsung pada malam last. Tadaaaaaaaa~!!



Siapa tak kenal USTAZ DON? yang 30 minit bersama Ustaz Don kat TV9 tuuu. Okay, untuk pengetahuan semua, Ustaz DON adalah pensyarah di KUIS. Seringkali mendapat jemputan menyampaikan ceramah agama di seluruh Malaysia. *ayat nak gempak je kan*
So, siapa nak jumpa dan nampak Ustaz DON ni face to face, datanglaaaaa KUIS ea 7.7.2012 nanti. Acara DAI'E MEGA SHOW ini juga menampilkan Nabil Raja Lawak, Farah Asyikin yang kini telah berhijab dan jugak kumpulan nasyid MESTICA. Kalau Ustaz AZHAR IDRUS biasa bergandingan dengan Zizan Raja Lawak, so same goes to Ustaz DON and Nabil Raja Lawak. 

Ehemmmm banyak lagi okay acara yang lain. Yang kat atas tu aku cita acara kemuncak, kira klimaks program la kan. So kat bawah ni aku senaraikan acara yang akan berlangsung sepanjang ekstival KUIS 4-7 JULAI 2012 nanti.








Err aku tak susun event ni ikut tarikh. Pandai-pandai korang ea take note. Contact contact lah person in charge yang tertera nombor telefon mereka di setiap poster event tu. Dah besar panjang kan? *tetiba*

Kepada sesiapa yang nak tau lebih lanjut pasal ekstival ni, boleh like page rasmi EKSTIVAL KUIS 15 dekat link bawah ni.


ataupun, masuk je web rasmi KUIS ni walaupun korang bukan student KUIS macam aku. heeeeee. Tekan kat link bawah ni ea.


hmmm ada apa-apa lagi tak yang aku tertinggal? 

haaaaaa yang ni aku nak promote sesuka hati aku. Kepada mereka yang meminati jubah, tudung, niqab dan segala jenis barang, boleh laaa datang shopping ekstival KUIS ni. InsyaALLAH murah kot. Haha. Tapi ingat, jangan sampai membazir. Membazir tu kan amalan syaitonnirrajim.
:)

Penyiar rasmi ekstival KUIS ni adalah NasyidFM. NasyidFM ni radio online. Korang boleh dengar dekat link ni.


Cukup tak Timbalan Pengarah 1 dengan semua info dekat atas ni? haha
*mampus aku kena dengan dia*

Setakat ini sahaja dulu entri promote mempromote ni ea.
Esok keja. Nak jumpa baby Zuhair.
Selamat malam :)

nota jari kaki : kalau arwah ada lagi, dia akan konvo pada ekstival ni sebagai pelajar Diploma Tahfiz Wal Qiraat. Sesungguhnya percaturan hidup yang ALLAH tentukan itu sangat indah. Banyak sangat hikmah di sebalik kehilangan itu :')