Monday, May 9, 2011

Hari Ibu dan ASA Explore

assalamualaikum 


:)

rasa macam malas nak update tapi tetiba rasa rajin sebab mata ni tak reti pulak nak mengantuk..

okey.

SELAMAT HARI IBU

~MAK~

comel tak ?

yang budak kiut macam anak cina tu anak sedara aku yang no 3 a.k.a anak abang aku yang no 2... bila pegi jalan jalan dekat mall or supermarket je, tak sah kalau takdak chinese chinese yang cubit cubit pipi dia..

SOFIA AQILAH MUSTAPHA

mak + kakak
celebrate hari ibu dekat KAYU nasi kandar.. ayah belanja... wee~~

komplot dengan ayah suruh ayah beli kek.. dapat la makan secret recipe hari ni.. lalalala~

maybe mak expect aku tak wish kat mak kot pagi pagi tu.. mak tanya aku kot, "bila hari ibu, adik?" aku pun dengna selamba badak jawab, "hari ni la mak." tapi aku tak wish pon. haha.. saja nak wat mini suprise dekat mak.. haha

tapi, aku tak faham kenapa dah keluar note about TAK BOLEH SAMBUT HARI IBU.. nak tahu KLIK SINI
HARI VALENTINE da tak bole sambut sebab haram.. HARI IBU pun haram jugak..? lepas ni HARI HARI pun jadi haram jugak kot..

adik sayang mak~!

okey, da abis bab Hari Ibu.. beralih kepada ASA EXPLORE..

macam yang aku cakap taip pada entri lepas, aku nak jadi fasi untuk program ASA Explore kan.. inyaALLAH aku join hujung minggu ni.. ouh, aku bukan nak cerita pasal program tu.. aku nak promote satu program lagi yang akan diadakan di TAMAN WETLAND, PUTRAJAYA. *pehal ayat aku skem nak mampus ni?*


okey, chill~
program tu nama nya program FASSTRAIN (facilitator training).. yang aku promote ni FASSTRAIN da siri kedua.. yang siri pertama aku tak join sebab aku ada kat bumi UTM yang tak berapa nak tercinta sebab jauh dari kl.. =.=

tapi, bila aku tengok testimoni peserta FASSTRAIN yang siri first tu, aku bole konfem program ni BEST!

insyaALLAH, aku join.. program tu pada 10,11 dan 12 jun 2011... aku sedih sebab 13 hb tu da kena balik utm balik... memang highway utara selatan ni da kenal la muka aku..<==== aku tipu

nak tahu lebih lanjut, bole baca dekat SINI..

tapi, untuk contact, korang bole contact kak ZAMZURIANA ASMUEE @ kak zam, 014-7247402 or, korang bole PM kat inbox msg FB aku dekat SINI.. nanti aku link kan korang dengan kak zam tu.. korang yang agak agak duk jauh tu, bole join kalau korang sanggup turun kl la.. tapi, peserta akan dikumpulkan di satu tempat, and transport akan diuruskan ke tempat program.. so, transport disediakan jugak la.. :)

yang ni FASSTRAIN untuk siri first dulu aku cilok dari fb..




hope korang try okey~~

okey, currently with ZAMZURIANA ASMUEE now..

sory kak~! cilok pic dari fb.. heeee
kak zam ni sangat la gila gila orang nya.. nasib baik tak gila betul betul.. haha.. sory kak~
alhamdulillah, salah satu hikmah yang aku dapat lepas pemergian arwah, aku rapat sangat dengan kak zam ni... kak zam ni rapat jugak la dengan arwah dulu~

arwah yang baju biru lengan pendek tu

haih, da tengah tengah malam duk sorang sorang ni, aku rindu sangat dekat arwah... huhu... al-fatihah~

hmm, doakan aku lebih kuat untuk hadapi hari hari yang akan datang.. :)

wasalam~

nota jari kaki : best sebab da bole bawak kereta wira yang tersadai kat umah ni.. wee~ pastu esok nak mandi sungai dengan fasi fasi ASA~~~

2 comments:

NadiRah said...

wahh!!!
mcm best jer tu... ^^

aLya maNip said...

selamat hari ibu gak..even da lmbat..hihi

x kesah la bleh k tak smbut, yg pnting niat kita..kan..kan..?