Sunday, April 24, 2011

UTM Bloggers Gathering VS Final Exam

assalamualaikum 


:)

hari ni hari ahad aka hari last study week..

dan AKU DEMAM!

okey, lupakan pasal demam kejap.. aku nak story sikit pasal GATHERING semalam..

UTM BLOGGERS GATHERING

tak jauh, kitorang buat kat tasik ilmu je.. event yg ad hoc ni walaupun kejap sangat, around 1 hour je, tapi, BEST~!
aku gerak dengan CAHAYA AMIRA pegi amik AFIF AMALI OTHMAN dekat ktgb pastu terus pegi pulai nak beli pisang goreng... pegi je aku terus amik plastik letak pisang goreng sume.. then, ade la sorang perempuan yang comel datang tanya pakcik tu, 'ubi goreng tinggal banyak ni je ke pakcik?' pastu pakcik tu pun iyakan je... sambil sambil tu dia tengok la kat aku yang laju je amik semua pisang goreng kat situ.. pastu perempuan tu pun pegi la kat kereta dia, then dia datang kat aku balik, then tanya. ' UTM BLOGGER EA..?' haha... dia kata nasib baik tak beli lagi sebab aku da beli.. rupa-rupanya perempuan yang comel tu ialah 


pastu, aku cakap ah, 'takpe, biar sy je yang beli'... haha.. lawak sikit..

okey, gather dekat tasik ilmu... member blogger yang datang ada 17 orang... ada 3 orang admin.. 

NADIRAH SI ITIK KUNING

nak letak pic banyak banyak, tapi malas nak upload. hehe.. so, ni je la yang ada.. aku copy dari blogger comel HIDAYAH ISA..

utm bloggers best~!
credit to photographers HIDAYAH ISA dan AFIF AMALI OTHMAN

aku copy sebab ada pic aku.
haha~
antara bloggers kat atas tu, ada 2 pasangan merpati sejoli... 

SIAPAKAH MEREKA..??

cari sendiri la yea.. :D

da abis bab UTM BLOGGERS GATHERING, sekarang masuk bab FINAL EXAM SEMESTER 2..

and aku tengah demam... DEMAM EXAM KE..?


ni je keja aku time study week.
T___T
aku taktau apa yang aku dapat sepanjang study week ni... T_____T

start hari ahad lepas sampai hari rabu, memang aku serabut sangat sangat... and, as usual, aku menangis sebab teringatkan arwah..

 :'(
ni jadual exam aku

aku betul betul rasa nak balik sekarang... :(

okey la, aku puasa blogging sampai aku abis exam.. 

~SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR~


p/s : awk, sy betul betul rindukan awk skrg.. awk doakan sy kuat nak hadapi ujian yang sangat berat ni.. awk sentiasa hidup dalam hati sy walaupun awk dah takde kat dunia ni.. sy sentiasa sayangkan awk..

wasalam~

nota jari kaki : sedang cari semangat nak jawab exam esok.. T_____T





Sunday, April 17, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

assalamualaikum..

:)


first time join~!

:)

klik header kat atas untuk lebih lanjut :)

Friday, April 15, 2011

penat lelah aku da nak abis tapi aku perlukan kekuatan lagi.. mood : homesick

assalamualaikum.. 


:)

hello guys.. *pelik pulak bila aku tulis macam ni *

sekarang da pukul 2.30++ pagi.. tapi aku tak tido lagi.. lek r bro, malam masih muda.. muda kepala otak kau.. abis berbukit lagi la muka aku sebab tido lambat.. @.@

esok pagi kelas pukul 9 pagi.. kelas yang terakhir untuk sem 2 tahun 1.. kelas DIFFERENTIAL EQUATION 1.. bila ada 1 kat hujung nama subjek tu, maksudnya ada la sambungan nya kan..? sem brapa tah aku nak amek DE 2.. 

okey, aku baru je abis karang esei HUBUNGAN ETNIK yang part aku panjang nya 5 muka surat.. hadoi~~
da lama tak buat esei, susah aku nak buang karat kat otak aku ni... tapi, ALHAMDULILLAH, siap jugak...

comel macam aku
sedar tak sedar, minggu depan da study week.. pastu final exam... pastu cuti... pastu aku da nak masuk SECOND YEAR kat UTM ni.. masa berlalu sangat cepat... aku rasa macam aku baru lepas spm.. *okey, aku tipu*

aku rasa macam aku baru masuk UTM masa forecast dulu.. tapi, sekarang da setahun lebih da aku kat bumi johor yang jauh dari family aku... 

sekarang, baru aku sedar yang sangat susah nak hidup kat tempat orang.. dulu masa kat maktab, setiap minggu mak aku pi maktab jumpa aku.. ye la, umah dengan maktab tu 5 minit ja.. masa aku tak masuk maktab lagi, hari hari aku lalu jalan depan maktab tu sebab umah pakcik aku kat taman depan maktab aku tu..

konon nya maktab kesayangan aku
tapi sekarang, aku kat kutub selatan, mak ayah aku kat kutub utara.. aku kat johor, mak ayah aku kat penang.. kan ujung dengan ujung tu..? so, memang JARANG sangat la aku jumpa mak ayah aku.. 

masa first dulu aku dapat masuk UTM kat JOHOR ni, mak ayah aku memang tak yakin aku bole h duk sorang kat sini.. mana tak nya, dari kecik sampai abis form 5 tak penah jauh dari mak ayah aku.. tup tup, dapat futher jauh gila pas abis form 5 tu.. 



takpa, anak mak ayah yang sorang ni bole hidup lagi.. :)

tu pun, dulu masa forecast, hari hari aku call mak aku.. bukan sebab aku anak-manja-yang-kena-report-setiap-hari-dekat-mak-aku, aku call sebab mak aku yang pesan suh call.. kalau kau termiss call satu malam, mak akan call balik pagi tu.. hehe.. tapi takpe, bukan aku yang bayar bil telefon.. :p

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sem ni, aku saaannngggaaatttt busy... ntah apa yang busy aku pun taktau..

PESAT
netball training
GOP

3 komitmen yang sangat penting untuk aku.. setakat ni, ALHAMDULILLAH, takde satu pun yang terabai lagi walaupun kadang kadang meeting PESAT dengan GOP terclash.. :)

tapi, aku dapat rasakan yang pointer sem ni bakal drop.. adoi, dalam sem 1 aku da borderline je... carry mark subjek subjek aku sem ni memang cukup cukup makan.. memang sakit abis ar final nanti..

paper final aku sem ni start 25/4, abis 5/5.. pastu, abis je last paper 5hb tu, aku terus pecut pegi test JPJ kereta.. doakan aku lulus ea.. kalau tak lulus, mati la aku nak repeat balik... da tak da masa.. *_*



di saat ni, aku betul betul perlukan KEKUATAN.. KEKUATAN nak lawan perasaan sedih, rasa malas nak study and yang paling penting, LAWAN NAFSU TIDO~!

aku ada lagi 1 assignment, tapi, esok la buat memandangkan rumate aku da sedap tido tak sedar pape.. assignment ni aku buat dengan dia, sebab syarat je nak dapat 10% untuk carry mark.. subjek DE.. 

kepada readers and silent readers blog aku sekalian, 
DOAKAN AKU DAPAT HABISKAN SEM NI DENGAN HATI YANG TENANG..



:)

okey, adios~ 

wasalam..

nota jari kaki : aku addict dengan cadbury balik... kembang balik laa badan aku.... T__T



Saturday, April 9, 2011

terima kasih REITHWAN BAKHTIAR, IRMA HASMIE, PESATIANZ :)

assalamualaikum..


:)

fuhh~!!

lega sangat rasa hati ni... sebab da habis semua test jadah ni... sekarang hanya menunggu untuk final...

asyik exam je kan..? tu la bahana jadi PELAJAR.. tapi, aku jugak yang nak kan..? so, terima je la..

okey, point entri aku malam ni bukan nak luahkan perasaan lagi... aku dah takde perasaan nak diluahkan.. 

:)

first of all, credit to REITHWAN BAKHTIAR... sebab sudi menurut menerima rayuan aku suh amik gambar aku dengan IRMA HASMIE... mesti ada antara korang yang cakap, ala, irma hasmie je pon... so what..? ada aku kisah korang kisah ke tak..? takde kan.. :)

so, inilah hasil nya..

irma dengan aku comel~!
okey, point aku nak sangat amik gambar dengan irma ni bikan sebab dia artis, *tapi, ada jugak sikit kot. haha*... aku nak sangat amik gambar dengan dia sebab dia da berubah... berubah atau berhijrah kepada kebaikan.. irma hasmie da berhijab... sumpa comel kan dia..?


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

comel :)

aku tak tau sebab utama irma kenapa dia berubah sebab da banyak minggu dan da banyak bulan da aku tak pegang paper.. nak baca apatah lagi kan... tapi, dengar dengar khabar angin kata yang irma ni bertudung sebab dia da clash dengan nabil.. okey, aku tak tau sejauh mana kesahihan nya.. :)



well, aku ni bukan lah seorang yang rajin nak mengambil tahu hal hal artis kat internet apatah lagi kat paper.. almaklumla, student yang sangat busy kan.. *tangan di dada, mata ke atas* hahaha

haih, merepek pulak.. aku ni tak rajin sangat nak surf2 internet untuk mengambil tahu hal hal dan isu isu semasa.. teruk gak en aku ni..? takpe la, hidup jugak kan aku sampai sekarang.. alhamdulillah.. *okey, takde kena mengena*

i luv pesatianz~!
orang orang dalam gambar tu adalah sebahagian daripada keluarga pesat ku.. *ayat skem*

ekceli, banyak lagi pic masa pesta konvo ni.. tapi, ada dekat REITHWAN BAKHTIAR... tak bole nak paparkan kat bloggie aku ni.. haha

last word : aku sayang PESATIANZ~!!

ok bye~!

wasalam.. 

nota jari kaki : esok friendly netball dengan sekolah sukan bandar penawar.. doakan aku dapat main yea~ :)




Wednesday, April 6, 2011

hari ni genap 40 hari

assalamualaikum..


:'(

aku baru lepas nangis.. aku tak peduli orang lain nak kata apa, tapi janji hati aku da tenang..



hari ni hari rabu, 6/4/2011... da genap 40 hari arwah pergi... 

mesti korang semua da meluat bosan kan baca entri entri kat blog aku ni..? asyik asyik entri sedih ja.. so what..? ni blog aku, suka aku la kan nak tulis apa pun...

okey, emo sekejap...

orang cakap, 40 hari arwah ada dekat dengan kita.. dia boleh tengok kita, dengar suara kita, tengok apa yang kita buat.. then, lepas 40 hari, dia still ada dengan kita, tapi da jauh sikit... sampai la hari yang ke 100... 
so, means 60 hari dia still ada dengan kita tapi da jauh sikit..

pastu, lepas 100 hari, dia betul betul pergi dari dunia ni.. betul betul da tinggalkan kita..

wallahua'lam setakat mana kebenarannya...

aku just nak luahkan rasa sedih aku kat bloggie aku ni, memandangkan aku tak bersedia nak nangis depan orang... bila aku nangis, aku mesti peluk BUNCET aku ni..

:'(
kalau la pooh kat atas tu boleh cakap, mesti dia da boring tengok aku nangis... hmm, nasib la kan...

aku lagi nangis bila layan lagu ni..


PERPISAHAN INI..

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu



lirik lagu ni memang betul betul boleh buat mata aku automatik nangis tanpa disuruh suruh..

:'(

kepada awk :
sy doakan awk ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman di sana... maafkan sy sebab sy menangis lagi... sy hanya nak tenangkan hati sy... hati sy hanya akan tenang dengan sy menangis sambil membaca ayat ayat suci Al-Quran.. sy doakan awk tenang di alam sana.. walaupun sy tak boleh melihat awk, tapi, sy yakin, awk sentiasa berada di sisi sy sehingga awk betul betul pergi dari dunia ini.. sy redha da sy relakan awk pergi... doakan sy kuat dan tabah untuk menghadapi hari hari seterusnya...

ya ALLAH, KAU kuatkan lah hati ku ini.. agar aku tidak mudah tersungkur mengikut langkah syaitan yang sentiasa menginginkan hambaMU ini terpesong jauh dari landasanMU... KAU tetapkan lah hati ku ini hanya untuk mencintaiMU...

ASTAGFIRULLAHAL'AZIM..

feels better now..

terima kasih pada semua yang baca entri ini.. aku sangat sangat menghargai nya..

wasalam..

nota jari kaki : makin hari makin dekat final exam.. bila aku nak start prepare ni..? 

FARAH IZZATI, PLEASE WAKE UP...!!

Sunday, April 3, 2011

kembali seperti sedia kala :)

assalamualaikum..


:)

syukur alhamdulillah...

selesai sudah sesi pembelajaran kereta di pusat latihan memandu... (okey, ayat skema nak mampus!)

hari ni last aku belajar keta kat tampoi tu... jauh tak jauh, 20 minit je aku bawak moto dari UTM... :)

esok pagi, test QTI... so, aku sedang cuak... kalau tak lepas QTI ni, memang delay lagi ah aku nak dapat lesen keta...

nak dapat sebelum cuti sem :)

oh pakcik/makcik/abang/kakak JPJ, tolong bagi sy pass test JPJ nanti ea..? tarikh akan diberitahu kemudian.. :)

kena goda sikit kalau jpj tu laki.. hahahaha
btw, kak gee sangat best~!! aku da cuak da bila kena buat jalanraya dengan da.. sebab ramai orang kata dia tu sangat garang...

okey, pindah cerita kepada meronggeng...

ekceli, bukan ronggeng sangat pon, just habiskan masa yang terluang... padahal penakut tak berapa berani nak duk aras ni sorang sorang sebab semua budak forecast pegi meronggeng dekat jb... aku tak ikut sekali sebab lesen keta lagi penting dari jb.. :)

aku pun call la NUR NISHA NADHIRA yang sentiasa on kalau aku ajak keluar... aku pun g la amek dia kat KP and terus menuju ke U MALL... 

aku dapat beli baju untuk dinner kos nanti... lepas beli baju tu, aku da buat satu hipotesis, semakin banyak hari aku kuar meronggeng, semakin penuh almari baju aku... =.=

cam ne ea aku nak hentikan kurangkan penyakit suka membeli aku ni...? semakin hari semakin kritikal.....

lepas U MALL, destinasi wajib setiap minggu aku ialah JUSCO TAMAN U... jusco ni pon da kenal muka aku.. (aku tipu)

ehsan pakcik google yang ensem

lepas penat jalan jalan buang habiskan duit, aku dengan nisha pon pegi mencekik... dekat MAMA CHOPS PAPA GRILLS..

cekkidout da pictures guys~!!



sumpa skema !

yang bawah ni makanan nisha .. ORIENTAL CHICKEN.. 

rm 10.90
 yang ni pulak makanan aku... MUSHROOM CHICKEN... 

rm 10.90 jugak

nisha nadhira yang agak sengal orang nya
gabungan makanan~
pedulikan background belakang..

mahal tapi berbaloi.. aku sangat kenyang sampai aku plan takmau makan esok.. (okey, aku tipu lagi)

ouh, lupa, esok ada high tea anjuran kolej "kesayangan" aku iaitu KDSE.. dekat hotel tau uollsss~!!

:)
tema : evening dress... 
aku hentam je la pakai baju apa yang aku ada... tak larat da nak pi cari baju kat jusco.. (kenapa kena mention jusco..?)

haha

hmm, aku da ngantuk... nak tido sebab esok pagi nak semangat nak test QTI... esok petang pulak semangat nak pi high tea..

bila aku nak semangat study untuk exam final ni...?

ok bye~!!

wasalam :)

nota jari kaki : alhamdulillah, hari ini lebih baik dari semalam... moga ALLAH jadikan esok lebih baik lagi daripada hari ini.. :)















Saturday, April 2, 2011

K.E.M.B.A.L.I.S.E.M.U.L.A

assalamualaikum..


:)

last entri aku pada 26 mac lepas.. hari ni da 1 april.. bermakna bulan mac da habis... 

MASA SANGAT CEPAT BERLALU...

hari ni, hari jumaat, 1 april 2011, hari yang ke 35 arwah pergi... tiada perubahan pada diri ku... sentiasa merindui dirinya yang pasti tidak akan kembali ke dunia ini...

tetapi,

aku merasa sangat BERDOSA... kerana...? sebab...?

tujuan hidup

aku TIDAK MERINDUI KEPADA SEPATUTNYA YANG DIRINDUI....

ALLAH SWT

RASULULLAH SAW

MAK AYAH AKU

ABANG KAKAK AKU

berdosa kan aku...? setiap hari aku menangis kerana teringat kan arwah, tetapi, bila je aku nangis sebab teringat kan Yang Maha Esa...?

betul, aku sangat lalai.. aku sangat leka... aku sangat tak bersyukur atas apa yang telah berlaku...

sedangkan, begitu BANYAK hikmah yang aku dapat disebalik pemergian arwah...

malam ni, air mata menitis lagi seusai solat maghrib... menitis bukan sebab merindui arwah, tetapi, menitis sebab terlalu rasa berdosa pada Yang Maha Esa... rasa kerdil... rasa hina... rasa malu yang teramat...

selalu je aku call mak aku, kakak aku... tapi, aku tak penah kata yang rindukan diorang...? berdosa kan aku...?

aku memang sangat 

MENYESAL... 

YA ALLAH, aku sangat bersyukur kerana tidak terlambat lagi untuk aku sedar akan semua ini... tidak terlambat lagi untuk aku kembali ke jalan-MU.. tidak terlambat lagi untuk aku mengubah segala nya...

YA ALLAH, kau istiqamahkan lah rasa ku ini.. kau tetapkan lah hati ku ini hanya untuk mencintai-MU... sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa melainkan KAU YA ALLAH...

:)

untuk awk, 

maafkan sy andai sepanjang perkenalan kita, sy ada mengguris hati awk.. bukan niat sy untuk lakukan sedemikian.. sy sentiasa doakan awk bahagia di alam sana... 

maafkan sy kerana menangis setiap hari rindukan awk.. sy tahu, awk tak suka sy nangis.. tapi, dengan nangis je sy dapat redakan perasaan sy...

dan, maafkan sy sebab tulis semua ni kat blog...

:'(

awk, semua orang rindukan awk... kak luth pun rindukan awk... yang paling best, part dia panggil awk buncet kan..? hehe.. tapi, semua tu da jadi kenangan... 

kak luth, sama sama kita kuatkan semangat ea.. :)

kepada readers blog aku, thanks so much sebab sudi jugak baca entri entri luahan perasaan kat blog aku ni yang sangat ntah apa apa... i really really appreaciate ur guys... :)

kepada kak zam : farah sayangkan akak~!!

video akak ni memang buat farah sentiasa tersenyum macam arwah.. :)


for the first time, aku tunjukkan buncet aku kat blog aku ni... kepada korang korang yang tak kenal sapa buncet yang dalam blog aku ni, video kat atas da menerangkan segala-galanya...

terima kasih kepada semua yang tak putus putus memberi semangat kat aku... terlalau banyak untuk aku senaraikan di sini...

insyaALLAH, aku akan teruskan semangat arwah untuk bersama dalam family ASA... aku sangat berharap family ASA tidak keberatan untuk menerima kehadiran ku bersama mereka...

:)

terima kasih ALLAH..

wasalam..

nota jari kaki : silibus da habis belajar.. final da dekat... so, cuti pun da nak dekat.. yeay~!!

FARAH IZZATI, be a strong girl~!!