Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 25, 2011

cari kembali sinar itu

assalamualaikum

:)

hari ni ada mood nak update bloggie..

okey, first story sedih. sedih sebab UTM takde rezeki nak menang game dengan UiTM tadi petang.. takpe lah, tahun depan cuba lagi. :)

second story, TERIMA KASIH AWAK!

sebab datang tengok saya tadi dekat UM... hati cakap suka sangat~!!



susah payah je awak datang tadi sorang sorang.. nak bagi sokongan walaupun saya tak main tadi :)

dan, mintak maaf sangat sangat atas insiden tadi yang awak tak suka.. saya tak tahu nak elak macam mana..



****************************************************************************

"cari kembali sinar itu, farah... genggam KENANGAN itu sebagai bingkai hidup yang telah berlalu, tapi jangan sesekali hidup dalam kenangan itu. kerna, kenangan, melihatnya amat indah dan manis, namun hidup di dalam nya ibarat RACUN yang memakan diri..."


kata-kata yang mengembalikan semula semangat untuk aku terus hidup... setelah 4 bulan berlalu, 4 bulan arwah pergi menemui yang Maha Esa, dan selama itu juga aku mencari diri ku, dan jiwa ku yang turut dibawa pergi ke alam sana..

ya ALLAH, betapa perit untuk aku menerima hakikat ketika itu, yang aku sudah kehilangan insan yang mampu menjadi pembimbing aku di masa kelak.. tetapi, takdir ALLAH, tak ada siapa pun yang mampu mempersoalkan..

DIA.. yang memberi kata-kata di atas kepada ku, dan juga berusaha untuk melihat ku tersenyum..

dan, ya, DIA telah berjaya mengembalikan senyuman di wajah ku..

  


" hanya hati yang bisa berbicara dengan hati"

ya, hanya hati yang faham hati lain..

dan, itu yang dilakukan oleh DIA..

dan, kepada awk, terima kasih atas segalanya.. kerana awk, sy dapat kenal dengan insan-insan yang cukup mulia hatinya... semangat awk dalam ASA akan sy teruskan selagi sy mampu.. mengenali awk, merupakan satu kenangan yang takkan sy lupakan sehingga akhir hayat sy.. dan pada 12 julai ini, selamat hari lahir yang ke 20.. semoga awk tenang di sana... Al-Fatihah sy hadiahkan kepda awk..


semoga hari esok akan lebih baik daripada hari ini..

:)

nota jari kaki : esok last game dengan UM.. lepas tu boleh balik~!!

No comments: