Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 12, 2010

ohmaiiigucciii~!!! i jumpa miss world malaysia tuh~!!!!!

salam dan selamat malam...

malam ni aku kenyang sebab tadi siang aku makan kat dua tempat kenduri.. best nya tengok orang kawen.. aku nak jugak kawen cam diorang tuh..(farah sila jangan gatal gatal tak bertempat kat sini kalau tak mau kena halau dengan penyapu dengan mak)

oke, kenduri kawen yang aku pi tak de kena mengena dengan tajuk entri aku kat atas.. so what..? tak salah kan~
soo wincci
psst~cantik tak perempuan kat atas tuh? mestila cantik~!! nama dia soo wincci.. wincci ni ialah miss world malaysia 08/09.. dan juga seorang pelakon da penyanyi.. 

korang tau tak mana aku cilok gambar kat atas tu? cehh.. mana main cilok cilok der, gua main tangkap real la der.. 

okeh, tadi siang majlis SEPETANG BERSAMA SOO WINCCI, MISS WORLD MALAYSIA 08/09 merangkap DUTA AVON ANEW WHITE yang berlangsung di butik AVON kat sungai dua, depan usm..

cita dia cam ni, mak aku da jadi ahli avon da bertahun-tahun ku menunggu diri mu lama nya.. so, masa mak aku pi beli barang hari khamis lepas, diorang kat butik tu bagi kad jemputan majlis yang aku sebut tadi tu..
korang tatap la ek gambar miss world malaysia kat bawah ni.. cekkidout~!
cantik dohh
i nak rambut cam u~

dia bole nyanyi lagu melayu beb~!
dia nyanyi lagu bukan cinta biasa-dato' siti nurhaliza 
makcik tuh owner butik avon ni~ 
kakak tuh happy gile~! 


lepas dah nyanyi dah sume, masa untuk bermain telah tiba.. first game main radio karat.. ala, yang main pas-pas ayat tu.. ada 4 kumpulan.. disebabkan suma makcik makcik yang pi depan, aku malas nak turut serta sebab aku still anak dara yang tak kawen lagi muda lagi.. tapi, kumpulan 4 yang last skali tu da desperado nak kan lagi sorang, aku pon dengan bangga jalan memenuhkan kuota last grup tuh..
aku diri dua dari kiri.. kakak yang paling kiri tu jadi mc..
aku jadi orang first yang baca note tu.. mak aihh!! panjang bejela, cam na nak ingat...? aku pon main sedap mulut aku je la pas kat orang sebelah...
masa ni memang lawak siot~
dapat sorang satu cenderahati beg avon tuh~
tangkap gambar dulu~!
pastu turn cabutan bertuah lak.. memang bertuah pon.. first nama yang bertuah tu adalah wan chah binti wan chik iaitu mak aku!! mak aku menang woii~!!
sweet kan mak aku nih~
ade pulak second game.. game ni nama nya game 'poison box'... kena pas-pas kotak masa muzik tengah bunyi.. dalam kotak tu ada la arahan pelik pelik kot yang kita kena buat masa kotak tu stop bila lagu tu pon stop.. ala, yang macam kerusi berirama masa tadika kecik kecik dulu tu.. kan kita kena stop bila lagu tu stop kan? haih, susah nau nak terangkan..

dah sedap sedap dok pas kotak tu, tengok tengok siot gila kotak tu ada kat tangan aku~! memang masak la arahan yang aku kena buat tu.. arahan nya lebih kurang cam ni :
"anda diminta untuk menggoda seekor kuda jantan memandangkan anda seekor kuda betina.. gunakan bahasa kuda bila nak goda tu"
memang cam haremm je kan arahan tu? aku pon dengan selamba segala badak buatla bunyi kuda yang da macam kuda kena asma..=.=
memang aku rasa nak masuk bawah meja bila ada kat depan tu.. malu siot!!
pastu, kena kat kat kakak aku lak.. hahaha.. memang padan muka sebab dia gelak gila gila masa aku kena pi depan.. tapi dia kena buat better sket dari aku.. dia kena buat jalan catwalk pastu terjatuh sambil terlatah "opocott".. cam tu la lebih kurang..
hahahaha...
:p 
i fofular u~!!
dah penat begelak ketawa, jom la balik.. da kaut banyak hadiah, jom la berangkat.. 

eh japp~!! mintak autograf dulu sambil bergambar secara rasmi.. cekkidout~!
my sista~! 
tuan punya belog yang tak comey~!
cantik la soo wincci ni~!!
oke, mata aku da cakap nak tido.. so, aku da nak tido.. best la dapat jumpa miss world malaysia ni walaupon aku baru ja kenal~ hihi...

last pictha~


nyte... salam...=)

nota jari kaki : nak mimpi jadi miss world utm la malam ni..=)

2 comments:

Far8 budak baik said...

nurul tak kenal pun miss world ni =P
haha

farah_kikilala said...
This comment has been removed by a blog administrator.