Tuesday, November 22, 2011

tak sia-sia aku demam

Assalamualaikum.


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

daripada tajuk, sudah sedia maklum aku tak sihat.. ya, aku demam hari ni.. panas dalam.. pegi kelas dengan kepala yang sangat ting tong.. nasib baik tak jalan melelong je tadi.. dan sepanjang kelas Institusi-institusi Islam 9 pagi sampai 11 pagi, direct aku tido 2 jam tuh.. dengan harapan dapat kurangkan sakit kepala untuk kelas berikutnya pada pukul 2 petang hingga 4 petang, tapi tidur aku tu sia-sia.. sakit tetap berlarutan hingga ke petang.. 

Alhamdulillah, aku dah sihat lepas maghrib tadi.. err, terus sihat sebab nak tengok final bola malam ni kot.. 


TAHNIAH kepada skuad bola sepak kebangsaan bawah 23 tahun dia atas kemenangan mereka sebentar tadi~!

penalti Malaysia 5 - Indonesia 4, memang cuakkkk gilaaaa masa tunggu sepakan terakhir..

terima kasih BADDROL BAKHTIAR~!


tak sia-sia along ajak aku tengok bola dekat ktr... dan bersedialah untuk sakit tekak minggu ni.. menjerit melebihi kemampuan.. hamekk kau, kan da takde suara..

apa-apa pun, tahniah skuad HARIMAU MUDA~!!

until then, wasalam.

nota jari kaki : esok kemas bilik pesat. tak sabar nak dapat meja bendahari =)