Thursday, November 10, 2011

setelah sekian lama..aku kembali

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

hari ni 10/11/2011.. last entri aku bertarikh 09/11/2011.. hampir dua bulan aku biar bloggie aku ni bersawang dan bersarang yang ntah brapa banyak makhluk bermastautin kat dalam bloggie aku ni..

okey, stop merepek.


aku kembali dengan layout blog yang lain.. aku nak sesimple mungkin blog aku sekarang.. aku da malas nak glamer-glamer macam dulu.. kepada sesiapa yang cuba lawat blog aku, maaf, aku privatekan kejap untuk proses penambahbaikan.

ya, aku dah kembali ke bumi UTM JOHOR BAHRU ni lebih kurang 2 bulan yang lalu.. tapi, hari ni baru nak bagitau dalam blog.. takpe, blog aku sendiri so, suka hati aku lah. =)

sebagai pelajar tahun 2, aku rasa awal sem ni aku superb busy gilaa... ditambah pula dengan demam dan sakit kepala yang da macam kawan rapat dengan aku sejak akhir-akhir ni, aku betul betul tak berpeluang nak hupdate BELOG CIK FARAH IZZATI ni..

dan sekarang, aku berada di rumah.. ya, aku cuti pertengahan semester termasuklah dengan cuti hari raya Aidiladha.. walaupun hari ni da 15 Zulhijjah 1432, da habis Hari Tasyrik, aku tetap nak ucapkan Salam Aidiladha kepada semua Muslimin dan Muslimah di atas muka bumi ini.

haha.
cuti aku berbaki lagi 3 hari sebelum aku kembali ke bumi Johor.. tenang sangat aku rasa bila berada di rumah tanpa meeting, kelas, dan rutin harian aku yang tidak menentu bila aku berada di utm.. tapi, itulah tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar.

sepanjang 2 bulan aku tak update blog, macam-macam aku lalui.. dan aku tak mahu cerita kat sini.. biarlah semua tu jadi kenangan lampau yang menguatkan diri aku untuk menghadapi masa akan datang.



yeah, itu lah yang aku sedang lakukan... im trying to smile on whatever condition right now.. eventhough its hurt, at least im trying.. sebab, aku da janji aku kena jaga bibir. =)


MOVE ON FARAH.

readers, pray for me.

wasalam.

nota jari kaki : banyak sangat benda aku kena fikir..ICF da buatkan aku jadi separa waras.
p/s : saya masih rindukan awak walaupun da hampir 9 bulan awak pergi.