Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 11, 2011

11 November 2011

Assalamualaikum.


tabiat mengupdate blog di tengah malam kembali merajai jasad dan minda aku.. tiba-tiba aku rasa semangat nak update sebab blog aku dah comel..

okay, abaikan.

officially, hari ni hari jumaat, 11 November 2011 ataupun 11.11.11..
satu tarikh yang ramai orang pilih untuk bertunang lah, berkahwin lah, beranak lah, bercerai lah, kononnya tarikh ni cantik untuk dijadikan tarikh peristiwa.. bole buat frame gantung kat dinding. pffttt

semua orang kat facebook sibuk nak love love bagai tarikh ni.. tak kurang jugak yang saling mengingatkan tentang mulianya hari Jumaat penghulu segala hari, dan ada jugak yang saling copy paste tentang kononnya kebangkitan anak setan jadah dalam kitab satanic the holy of satan.. pe benda korang? hanya ALLAH Maha Pencipta je yang tahu semua tu.


kalau semua orang ada kisah masing-masing dengan tarikh ni atau bakal ada kisah dengan tarikh ni, aku pun ada.. tapi bukan dengan tarikh ni, aku ada kisah dengan hari Jumaat ni..


pada hari ni iaitu hari Jumaat bersamaan dengan 11.11.11, genap 38 minggu arwah afif pergi mengadap Ilahi pada 25.02.11 yang lepas.. lately kerap sangat aku teringat dekat dia. okay aku tipu. sebenarnya hari-hari aku teringat dekat dia, tapi dah tak sedih dah la... tambah-tambah seminggu lagi nak FASStrain.. semoga aku lebih tabah untuk menghadapi family ASA Explore nanti..

 =)

alhamdulillah, boleh dikatakan aku recovered sepenuhnya.. terima kasih kepada mereka mereka yang menceriakan hari hari aku.. 

kenangan bersama arwah

aku tersenyum sorang sorang bila tengok balik keychain keychain tu... =)

bantal kesayangan dia. =)
dia penah cakap nak bagi bantal ni kat aku, tapi tak kesampaian.

semoga awak berada dalam kalangan orang yang soleh dan para syuhada..i'm always miss u..

enough for today, until then..

wasalam.

nota jari kaki : mak, taknak balik utm lah. boleh? err... *teruskenalecture24jam*
p/s : bila aku nak stop tulis entri pasal orang yang dah pergi? =.=



5 comments:

K said...

bila ko masuk blog aku, hehe :P

NadiRah said...

ahahhha..
suke ayat "rasa semangat nak update sebab blog aku dah comel"
hehehhe..

semoga arwah dicucuri rahmat...

aishareoils said...

take your time....semoga hari esok lebih baik..balik jgn x balik..kang mak bebel lg...hehe

Unknown said...

11.11.11
teman balik utm

Farah Izzati Yussoff said...

alien~ aku masuk blog kau? err. tak faham.. =p

nanad~ comel kan? haha..thanks =)

kak ecah~ heeee, malas jugak nak balik.. thanks akak =)

haziq~ selamatlah =)