assalamualaikum..
:)
sekarang da pukul 1.30 am dan bertarikh 19 julai 2011....
7 hari selepas ulang tahun kelahiran aku yg ke 19 tahun...
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah Ya ALLAH, aku masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini... untuk terus mensyukuri atas segala nikmat dan rezeki yang KAU kurniakan kepada ku..
masa sangat pantas berlalu...
dan, dia juga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ku...
awak, SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 20...
semoga awak terus tenang di alam sana... sangat ramai yang mendoakan awak sempena ulang tahun kelahiran awak...
pada hari tersebut, aku sedih dalam gembira... aku menangis dalam ketawa... gembira dan ketawa kerana hari lahirku, dan sedih dan menangis kerana tidak dapat sambut bersama...
semoga ALLAH terus kuatkan hati ku untuk meneruskan hidup ini...
kepada mereka yang wish hari lahirku, tidak kira di facebook, mesej, call dan wish depan depan,
TERIMA KASIH
aku ucapkan... hanya ALLAH yang mampu membalas jasa anda semua yang sentiasa mendoakan kebahagiaan ku...
terima kasih :)
dan, terima kasih MUSTAPHA YUSSOFF & FAIZAH OTHMAN, atas kek dan cerita TRANSFORMERS :)
nice one :) |
dan kepada awak, terima kasih di atas hadiah yang sangat bermakna ini...
klik HADIAH ini...
cerita itu sangat bermakna untuk saya... dan, maafkan saya atas segalanya... bukan niat saya untuk jauhkan diri, tetapi, diri saya perlukan ruang untuk bersendiri, meskipun awak sentiasa ada dengan saya... im so sorry.. :'(
hati cakap nak sendiri.. hati betul betul minta maaf....
aku dah azam, hidup baru perlu dibina.. bak kata kak luth, aku harus melupakannya...
maaf kak, farah tak mungkin melupakannya, tetapi, farah percaya, perlahan-lahan farah boleh menerima kehilangannya..
wallahua'lam...
:)
nota jari kaki : tidak mahu memikirkan soal perasaan.. :)
4 comments:
harap tabah okay
La tahzan InnaAllaha ma'ana ..
Al fatihah buat arwah afif...
jangan la sedih2 lg..kuatkan smngat.. :)
bersabar lh ... jgn sedih2 lagi .. arwah xske ko sedih taw ... ko mesti hepi ,,, dia kn yumpang hepi di sana .. ingat 2 ...
Post a Comment