assalamualaikum.
hai readers. :)
lama aku tak update pasal diri aku... asyik update pasal ala ala segmen "hari-hari" tu kan..
okey, hari ni full day aku teringat kan arwah..
"arwah lagi?"
hmm, ntah kenapa hari ni aku susah untuk senyum.. walaupun dipesan berkali-kali oleh dia, maaf, hari ni memang bad day..
esok hari jumaat.. supposed, sekarang da hari jumaat, sebab da pukul 2 pagi.. okey, da 2 pagi tapi aku tak tido lagi..
aku tak bole tido.. ntah sebab apa..
=.=
jumaat, 8/7/11, cukup 19 minggu aku kehilangannya... satu jangka masa yang agak lama..
dan, aku masih menghitung hari untuk ke tarikh 12/7/11... tarikh yang cukup bermakna untuk aku dan arwah..
bermakna sebab apa?
BIRTHDAY KAMI
12 julai, aku cukup 19 tahun. dan arwah cukup 20 tahun..
tetapi,
ALLAH lebih sayangkan dia.. aku akur dengan ketentuanNYA...
sekadar meringankan rasa hati, aku menangis lagi.. mujur, ramai sangat insan yang sayangkan aku.. tidak putus-putus memberi kata semangat kepada ku...
Ya ALLAH, KAU kekalkan lah ukhuwah yang terbina di antara kami.. KAU kuatkan lah semangat aku untuk meneruskan semangat dia di medan perjuangan ini..
Ya Allah, sekiranya aku jatuh cinta, maka jatuhkanlah cintaku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk lebih mencintai-Mu.. KAU ikhlaskan lah hati ku untuk menerima cinta daripadaMu...
aku masih mengharapkan sinar baru pada keesokkan hari.. sinar yang boleh memberi 1001 sebab untuk membuat aku tersenyum..
readers, doakan aku.
:)
wasalam~
nota jari kaki : mencari masa yang sesuai untuk ke kubur. moga ALLAH permudahkan.
4 comments:
:)
eh ? farah dan dia sama birthday ? Sweeetnyeee. Hmmm bila tarikh 12/7 tu menjelma nanti, jgn lupa utk sambut birthday dia jugak dgn do'a ye :) InsyaAllah, rohnya akan sentiasa tenang di alam sana.
~Kamu boleh bersedih tapi jangan biarkan kesedihan merajai dirikerana sesugguhnya Allah itu sentiasa bersamamu~
*Senyum ! :) :) :) *
SK~ :)
monika~ insyaALLAH.. doa tak pernah putus buatnya... :)
fara,sabar ye..kuatkan semangat..
Post a Comment