Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 14, 2011

wahai umat manusia, SEDAR LAH.....

assalamualaikum...

entri kedua untuk hari ini.. rajin pulak kan aku nak buat entri lebih dari satu dalam satu hari... haaaa, itu menunjukkan aku banyak masa nak luangkan dekat bloggie tersayang aku ni...

okey, back to the title above.. 

sekarang, dunia digemparkan dengan kes tsunami dengan gempa bumi kat JEPUN... negara jiran kita Malaysia.. negara satu benua dengan negara kita Malaysia... so, tak salah kan kita concern about them kan..? they are humans, like us.. 

tanggal hari JUMAAT, 11/3/2011, JEPUN dilanda gempa bumi berskala ritcher 8.9.. tinggi kan...? pastu, pakej sekali dengan tsunami... habis tanah jepun musnah sama sekali..





ASTAGFIRULLAHALA'ZIM... Maha Suci ALLAH yang berkuasa ke atas sekalian alam.. 

korang tengok sendiri kan..? betapa teruknya keadaan kat JEPUN sekarang ni... 



tragedi 26/12/2004 berulang kembali... 

masa tu aku darjah 6, aku ingat lagi, aku dengan family aku dalam perjalanan ke kenduri dekat gelugor... pastu, dengar berita yang tsunami melanda MALAYSIA khususnya PULAU PINANG dan KEDAH... tapi, main area yang kena tsunami masa tu ialah ACHEH dekat INDON...



kat tempat aku pun kena jugak... yang paling teruk kat PASIR PANJANG dengan KUALA SUNGAI PINANG.. *sory, takde picture aku nak tunjuk*

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

point aku tulis semua ni sebab aku nak bagi peringatan... peringatan untuk aku sekali sebenarnya... sejak sejak akhir ni, banyak sangat benda yang jadi pada hari JUMAAT.. first, cik BUNCET aku eksiden and meninggal pada hari JUMAAT, rumate aku eksiden hari JUMAAT jugak, nasib baik tak jadi apa apa.. pastu ada satu weekend aku balik kl hari JUMAAT, ada eksiden kat senawang.. aku nampak cebisan daging manusia bertaburan kat jalan highway... astagfirullah, ngeri sangat~! and the latest, tsunami dengan gempa bumi jadi kat JEPUN pun jadi hari JUMAAT... 

ASTAGFIRULLAHALA'ZIM...

ALLAH SWT da tetapkan, KIAMAT akan jadi pada hari JUMAAT... adakan kita semua sedar, yang da banyak sangat tanda tanda kecil hari KIAMAT jadi di sekeliling kita..? aku tak nak cakap tulis tanda tanda tu sebab aku yakin, korang semua mesti da tahu sendiri...

sampai bila kita nak terus hidup macam ni...? hidup sendirian tanpa menghiraukan keadaan sekeliling... 

sedangkan ALLAH da berfirman, 

"habluminallah wa habluminannas"

~jagalah hubungan dengan ALLAH dan juga jagalah hubungan dengan manusia~

bila kita asyik menjaga ibadat untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak, tapi, kita zero tentang hubungan dengan manusia, tak da guna jugak kan..? aku takde la pandai sangat nak cakap pasal agama ni, tapi, aku menyampaikan sekadar yang termampu.. 

wahai bloggers dan silent readers sekalian, marilah kita bersama sama berdoa agar keadaan di JEPUN semakin reda dan pulih... dan juga agar kita sentiasa terpelihara daripada bencana dan bala yang diturunkan oleh ALLAH SWT... tak kena bayar pun berdoa ni... even korang nak masuk toilet awan pun kena bayar duit kan... kecuali la toilet dekat hentian tepi highway tu....

wallahua'lam...

PRAY FOR JAPAN

salam

:)

nota jari kaki : semakin hari, kelas bi semakin best.. >.<

1 comment:

meme said...

gud2..anda blogger yg concern!!