Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 11, 2011

Renungan Bersama

assalamualaikum.


shhuuhh!! hhhuusss!!
banyak sangat sawang kat bloggie aku ni.. maklum lah, tuan blog malas tahap cipan.. =)

malam ni baru ada mood nak update.. bak kata uzairkate, nak update blog ni kena ada mood.. baru ada feel.. haha, feel la sangat kan..

takde apa yang special pon entri ni.. just nak taip apa yang aku rasa nak taip...

ingat nak buat wordless wednesday petang tadi, tapi maaalllaaaasss menguasai jasad aku.. so takdela~

okey, nak cakap cerita pasal ni sebenarnya..


novel KEDUA karya Hlovate yang aku baca.. first novel yang ni,

aku bagi 4.8 stars out of 5.. credit to CAHAYA AMIRA :)

mungkin, aku tak seliar dan tak senakal watak-watak hitam dalam both novels ni.. tapi, aku juga tak sebaik watak-watak putih dalam novel-novel ni.. kenapa aku cakap cam ni? sebab,

both novels ni sangat buat aku TERASA dan MAKAN DALAM. terasa dan makan dalam yang aku cakap ni bukan aku "terasa" dengan novel ni.. tapi, novel ni da buat aku rasa kenapa aku hidup di dunia sebagai seorang ISLAM..

taknak cakap lebih, kang ada yang cakap aku riak.. but, both of them had turn me upside down.. da buat aku rasa menyesal sangat-sangat dengan semua benda yang aku penah buat sebelum ni.. benda yang salah dan mendatangkan dosa. benda yang buat aku lalai untuk ingat yang aku ni seorang ISLAM.

mungkin, ALLAH da buka pintu hati aku. mungkin, aku sedar lepas arwah pegi. dan mungkin juga, keadaan sekeliling yang da akhir zaman buat aku rasa macam ni.. Astagfirullah..

bukan aku nak menunjuk kat sini, tapi, korang semua boleh fikir kan.. untuk apa kita hidup atas dunia ni sebagai seorang ISLAM? *kalau ada non-muslim baca blog aku, mintak maaf yea*
untuk jadi muslimin dan muslimat yang sejati? untuk dapat REDHA ALLAH dalam kehidupan kita? ataupun kita just follow the flow je tanpa tujuan yang pasti.. 


dah banyak sangat petanda akhir zaman sekarang ni.. banyak notes yang kawan aku tag pasal dajjal lah, murtad lah, pasal ajaran sesat lah.. aku akui, aku tak baca betul betul pun note tu. aku baca sekali imbas je. sebab apa? sebab kalau tak baca pun kita tau benda tu jadi jugak.. sebab apa jadi jugak? sebab benda-benda macam tu ada je kat sekeliling kita.. 
tak payah cakap dajjal la, tengok pasangan bukan muhrim (baca : kapel) pun da cukup.. pegang sana sini, peluk sana sini, kat tempat awam pulak tu.. even orang yang da kawen pun tak buat macam tu.. aku tak berniat nak tuding jari kat sapa-sapa, sebab semua tu mesti satu KESILAPAN.. 

KESILAPAN LAH YANG BANYAK MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN


tapi, kesilapan memerlukan kesedaran.. macam mana nak baiki yang silap kalau hati tu tak sedar? aku juga mengaku, aku banyak sangat buat silap sebelum ni.. tapi, kita manusia biasa yang TAKKAN pernah lari daripada melakukan kesilapan.. sebagai HAMBA ALLAH, wajib bagi kita untuk saling mengingati antara satu sama lain..

aku sedih sangat bila kawan-kawan sebaya aku, yang aku pernah kawan rapat dulu, da hilang tudung di kepala, da hilang lengan baju.. nak salahkan siapa? tepuk dada, tanya iman..

alhamdulillah, walaupun aku hidup sorang tanpa keluarga di johor selama setahun lebih ni, aku masih lagi terpelihara daripada benda-benda yang buat aku lupa bahawa aku masih lagi seorang MUSLIMAH. *walaupun selalu jugak buat benda lagha*


dunia semakin dekat dengan hari kiamat.. kenapa? Da banyak petanda.. baru-baru ni, negara kita digemparkan dengan tanah runtuh di Brinchang, Cameron Highlands, kes mayat yang dikerat 15, kes bunuh.. kes bunuh tu macam da biasa kan kat MALAYSIA ni?
Pastu, lagi besar dunia pula dikecohkan dengan kes rusuhan di London.. dan ada pelajar MALAYSIA yang kena pukul.. apa kes ni?
Bukan lah hak manusia untuk menamatkan riwayat seseorang dengan cara yang kejam macam tu.. mungkin orang akan cakap, da ajal dia nak kena bunuh, kena la terima kan?
Okey, aku akui semua tu memang TAKDIR.. tapi, apa hukum kalau bunuh manusia lain? Tetap ada hukuman jugak kan? So, orang tu nak cakap jugak, hukuman tu pun takdir dia jugak? Pikirlah sendiri.

entri ni datang daripada hati aku.. walaupun aku ni memang bukan baik sangat, tapi tak salah kan?
Hari ni da masuk hari ke 11 bulan Ramadan.. hari bermulanya FASA MAGFIRAH iaitu FASA KEAMPUNAN.. 10 hari lepas merupakan FASA RAHMAT.. aku yakin, taubat yang dibuat pada fasa ini dengan hati yang ikhlas, insyaALLAH akan diterima ALLAH SWT kerana ALLAH itu MAHA PENGAMPUN.


Terima kasih sebab sudi baca entri yang panjang-panjang ni.. marilah kita sama-sama perbaiki kesilapan kita agar hidup kita sentiasa DIREDHAI oleh ALLAH SWT.

InsyaALLAH.

sekian, wassalam :)

*rasa macam entri lari dari tujuan asal. haha >.<

nota jari kaki : hello KUALA LUMPUR :)








 

7 comments:

Uzair said...

novel ape pulak ni, macam best je. tunggu dalam list ek. novel hari tu tak abes lagi (x

NadiRah said...

menarik...
cerita tntng khidupan sebagai org Islam yer??

Anonymous said...

buku tu mengajar kt erti kehidupan sbnr...utk ap kt hidup sbnr nyer..utk berubah memg susah...tpi bkn mustahil..calculus91

Farah Izzati Yussoff said...

UJ~ novel ni best sangat. pasal kehidupan art student yg lifena hanya dekat studio jamming =)

nad~ yup. tapi tak islamik sangat =)

calculus91~ =)

mijahamiza said...

aku setuju kesedaran pnting. tp tulahh. manusia iman turun naek :(

Anyyss Shuhaimi said...

suka entry ini..insaf.

kiki00lala said...

hidup xleh nak jangka.mn tau arini kita pakai tudung litup,esok pakai skirt seksi?arini kita xsolat langsung,esok siap solat berjemaah lagi?semua adalah untuk menguji siapa yang lebih dekat di sisi Allah