Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 17, 2011

Hanya Hati Bisa Berbicara Dengan Hati

assalamualaikum..

hanya hati yang bisa berbicara dengan hati.


kata-kata itu yang menjadikan bibir ku tersenyum.. tiada apa yang special, tetapi sesuatu yang unik terselit di dalam kata-kata itu..

atas permintaan nya, aku tunaikan jua. haha, bila diingat balik, kelakar rasanya.. aku berhutang satu entri dengan dia.. entri sebagai pengganti hadiah sempena hari lahirnya yang ke 19 pada 22/7 lepas.. dah lama kan aku tangguh hadiah dia ni..? dengan niat, SENGAJA =)

aku baru habis baca novel karya HLOVATE lagi.. kali ini, 


ouh, sangat sweet novel ni.. Addin Shah + Benz Alif = Aman Bahagia.. 
tetapi, kehidupan tidak seindah yang disangka.. tunggak utama kehidupan, ialah hati.. jika hati bersih dan suci, maka bahagialah kehidupannya.. jika hati kotor dan gelap, maka berduka lah kehidupannya.. 

...............................................................................................................................................................

kepada awak, hanya entri ini sahaja yang dapat saya buat untuk tunaikan permintaan awak.. saya tak reti nak buat cerita sudu lekat kat dahi tu.. tak reti nak buat cerita sampai orang menangis sambil ketawa.. saya tak pandai nak buat semua tu..

awak, terima kasih kerana mengembalikan senyuman saya.. terima kasih kerana hadiahkan *torchlight* dalam hidup saya...

kerana cerita DEMI SENYUMAN ITU dan HADIRMU KALA INI, memang sangat bermakna buat saya.. cerita itu betul-betul menemukan balik saya dan diri saya yang sebenar.. setelah diuji dan diduga sebegini, akhirnya, saya mengaku, saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang.. dikelilingi oleh teman-teman yang sangat sayangkan saya, sudah cukup untuk menggantikan kasih sayang saya yang telah hilang dibawa pergi..


dua cerita itu dah banyak buat sesiapa sahaja yang membacanya, menangis.. even kakak saya sendiri mengalirkan air mata ketika menatap membaca isi cerita itu.. kakak saya sangat memuji cara penulisan awak.. =)

bermula perkenalan di Bachok, Kelantan.. diselangi gaduh yang tak sudah.. sehingga menjadi rakan fasilitator dalam satu konsultant.. walaupun tidak pernah berprogram sekali, tetapi akhirnya disatukan di bawah satu unit untuk satu acara besar yang bakal tiba November ini.. sungguh indah susunan kehidupan yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT..


akhir kata, TERIMA KASIH kerana sudi jadi SAHABAT saya.. moga ukhuwah ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.. =)


cukup tak awak..? heee~~

nota jari kaki : menantikan 10 malam  Ramadan terakhir =)