Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 19, 2011

Random. =(

assalamualaikum..


entah kenapa, tangan ku rajin untuk menaip malam ni.. mungkin kerana keseorangan di rumah, aku dilanda kesunyian.. hatiku dipagut rindu.. rindu yang amat dalam.. rindu yang amat kuat kepada insan yang telah tiada.. 

hatiku menangis lagi.. air mata ku mengalir lagi.. maaf, aku tidak dapat tahan sebak di dada.. maaf, aku gagal tunaikan janji aku untuk tidak menangis lagi..


aku kalah lagi dengan perasaan sedih malam ni.. tatkala melihat wajahnya yang jernih dan bersih, teringat kembali wajahnya yang aku tatap 6 bulan lepas di bilik mayat bahagian forensik di Hospital Serdang.. walaupun dipenuhi lebam, tetapi wajahnya masih bersih, masih jernih.. alhamdulillah, mungkin kerana ayat-ayat suci Al-Qur'an yang dihafalnya, menjadikan wajahnya dipelihara ALLAH SWT..

Astagfirullahal'azim.. kenapa dengan aku malam ni?? kepala aku masih lagi terasa sakit sejak petang tadi.. Ya ALLAH, apa kena dengan aku malam ni..?

biarlah malam ni aku menangis lagi... tapi tolong, jangan sesiapa mempersoalkan kenapa aku menangis malam ni... biarlah aku terus mengingati segala kenangan yang tidak mungkin akan kembali lagi.. walaupun akan ada orang yang kecewa dengan sikap aku malam ni. tolong biarkan aku... =(


memang aku da redhakan pemergian dia.. memang aku da relakan pemergian dia.. memang aku da gembira dan bersyukur dengan kehidupan aku sekarang.. 
tetapi, syaitan itu tidak akan pernah jemu untuk menghasut umat manusia ini supaya berpaling daripada ajaran Islam.. kesedihan dan kemurungan yang berpanjangan oleh manusia, adalah satu kejayaan dan kemenangan kepada makhluk ALLAH yang bernama syaitan..

aku tidak mahu kesedihan ku menjadi kemenangan musuh Nabi Adam a.s itu.. Ya ALLAH, kau berilah kekuatan kepadaku untuk terus menghadapi hari-hari yang akan mendatang... berilah kekuatan kepada hatiku untuk terus mencintaiMU.. hanya KAU yang layak dicintai oleh manusia melebihi cinta kepada manusia..

semoga REDHA MU sentiasa bersama ku Ya ALLAH... aku memerlukan kekuatan hati Ya ALLAH.. semoga aku tidak keseorangan dalam menjalani ujian daripadaMU... kurniakanlah teman yang boleh membimbing ku ke jalan MU Ya ALLAH..



 =(

wasalam..

nota jari kaki : terlalu rindukan family ASA. T____T

2 comments:

NadiRah said...

sabar yer...Allah ada..
tu je mmpu nad ucap...

Qi Razak said...

fara..this entry wat me strong 2..