Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 23, 2011

Bunga-bunga ^^

Assalamualaikum.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Dah lama tinggalkan bloggie secara tak sengaja. Maafkan aku bloggie. Aku sibuk =(

Dan juga kepada readers, sorry aku tinggalkan korang dengan entri yang dah berhabuk serta bersawang tuu.
Sampai kan orang tu tegur aku blog da lama tak update.

Minggu lepas serius aku busy. 2 test yang memang macam hape lagi, assignment yang daripada bukit dah jadi gunung, ditambah lagi dengan tanggungjawab sebagai ajk protokol untuk Program Rahsia Kecemerlangan Mahasiswa 2011, memang betul-betul menguji tahap ketahanan antibody aku.

Dan akhirnya aku kalah, aku selsema start hari rabu malam dan mungkin bakal demam. Doakan aku sembuh.

Okay, cukuplah sebagai pembuka kata.
Nak bagitau, aku da daftar subjek untuk Semester II 2011/2012.

klik untuk membesar

Takut tak tengok nama-nama subjek aku semester depan? T___T
Aku tertanya-tanya kenapa mesti ada KAEDAH MATEMATIK III. Dah la KAEDAH MATEMATIK II dulu aku kantoi =(

Hmm takpe, ni motivasi untuk diri aku supaya aku akan terus cemerlang. Eh? Tiap-tiap sem aku akan cakap macam ni.

Untuk final exam, next entri aku cerita =)

Sekarang da pukul 1.30 am dan bertarikh 23/12/2011. Maknanya da hampir 10 bulan arwah afif pergi. Lagi dua bulan cukup setahun. Masa cepat sangat berlalu. Antara sedar dan tidak je. Semoga ALLAH tempatkan awak dalam kalangan orang yang beriman.

Okay, entri kali ni aku nak taip-taip pasal soal hati dan perasaan. Ramai orang tak percaya yang aku SINGLE dan SOLO. So what? Apa yang peliknya? =.=

Ouh memang aku pelik bila orang pelik dengan aku sebab aku tak kapel. Pffft

Asal? Muka aku ni macam orang yang WAJIB kapel ke? Ngeng.

Aku tipu kalau aku takde suka sapa-sapa lepas arwah afif pegi. Hampir 5 bulan aku cari balik kekuatan untuk aku teruskan hidup dan akhirnya aku jumpa. Terima kasih kepada korang dan orang yang tak jemu-jemu support aku. Aku sayang korang ketat-ketat. *baca dengan nada manja dan gedik*

ida yang kuruss ^^

Aku suka gambar ni. Malam dinner INTERNATIONAL CULTURAL NIGHT (ICF).

geram okay dengan budak-budak ni XD 

Dan malam dinner tu aku happy ^^ Mungkin sebab… sebab… sebab…

Ouh, tak boleh, dia dah berpunya. Err? Kawan je boleh ea wahai farah izzati =)

Bila tengok besties aku keluar dating, aku pun teringin jugak. Haha. LOL.
Takdelah, gurau jek. Aku teringat kenangan 29/1/2011. Kali terakhir aku keluar ‘dating’.. hmm, nak buat macam mana, jodoh pertemuan ajal maut di tangan ALLAH. Aku terima dengan redha.

Aku happy bila orang di sekeliling aku happy.. hidup aku dah makin better sekarang. Thanks ALLAH for giving them to me to colourful my life. =)

khidmat masyarakat PEKAN

Aku suka hidup aku sekarang. Aku suka dia, tapi hanya dari jauh. Bukan masa nya lagi untuk aku berkomitmen kepada benda yang tak berapa nak penting buat masa sekarang. Tetapi, aku akan terus suka dia. ^^

cukup membebel setakat ni.

until then, wasalam.

nota jari kaki : eksaited sebab msg balik. ingatkan dah lost contact ^^






Wednesday, December 14, 2011

Strength

Assalamualaikum.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Malam ni tenang. Sangat tenang aku rasa. Mungkin tenang baru lepas test Discrete Mathematics. Mungkinlah.

Semalam terjadi satu peristiwa. Mungkin first time. Di hadapan lelaki-lelaki yang kitorang da anggap macam abang, Ida menangis teresak-esak. Hanya kerana hp nya hilang. 
Aku tak penah tengok Ida macam tu. Seriously tak penah. Selama ni aku tengok Ida seorang yang kasar luaran nya, tapi sangat mudah tersentuh bila datang hal remeh-temeh macam ni.

Maafkan adik ye alang, adik nak alang beringat je. Selalu sangat careless.

Chill okay? J

Along, angah, acik, andak, ude, alang : terima kasih sebab sudi panggil adik. Walaupun kadang-kadang adik sedar adik gedik tak bertempat, tapi itulah adik.
dan kepada uteh, err, asal tak boleh ea nak panggil kau macam aku panggil along, angah sume tu? *wondering*


Sekadar berkongsi karenah kawan-kawan aku di universiti.

Kembali kepada aku. Dalam perjalanan ke tempat test, aku hampir menangis. Memandu keseorangan ke tempat test, fikiran aku melayang. Tidak pasti berfikir tentang apa, tapi yang pasti ia KOSONG.
Fikiran aku kosong. Hilang segala benda yang aku study sehari suntuk, segala yang aku hafal, dan segala yang aku baca. Dan aku hanya mampu menjawab test dengan ala kadar sahaja.

Aku sendiri tak pasti apa sebabnya.

*sigh*

I need some time to be alone.
Away from here. Far away.
Just want to find myself back.
Really need the strength to face the final exam.


Aku taknak kesilapan semester lepas berulang kembali semester ini. Aku gagal menggembirakan mak dan ayah dengan keputusan peperiksaan semester lepas. Aku kalah dengan emosi. Aku terlalu mengikut perasaan. Dan akhirnya, aku sendiri yang terima padah.

Really need someone to cry on. But who?  L
Aku tau ramai yang ada di samping aku, tapi aku rasa susah nak share. Sebab aku tak tau apa yang aku nak share.

Susah nak cari kawan time betul-betul susah.

Tapi, kepada mereka-mereka yang concernkan aku, thanks so much guys. I really-really appreciate that.


till then, wasalam.

nota jari kaki : I need him tonight. But i know he must tired after the 3 days programme. Nvm.

Saturday, December 10, 2011

Random About Heart

Assalamualaikum.


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

petang yang panas dan angin sepoi-sepoi tak reti bahasa. dua keadaan tu memang buat aku rasa nak peluk Cik Buncet aku atas katil (baca-tidur).

such a nice SATURDAY. 
sebab aku boleh duduk senang lenang dekat bilik.. sebab apa? aku da lama tak duduk dekat bilik masa weekend.. 
bermula dengan ICF, Khidmat Masyarakat di Pekan, Pahang, Program Pesat... memang aku rindu untuk stay di bilik time weekend.. tapi yang tak best, sabtu je aku dapat senang lenang macam ni. esok kembali membusykan diri dengan booth GOP untuk Run 4 Ur Heart. -.-

okay, hari ni perasaan da stabil balik berbanding semalam. entri sebelum ni sumpah aku merepek sebab aku bosan semalam. dah, abaikan.

aku rindukan budak ni.


si gemuk + pendek. haha

akak rindu kamu. serius.

tikah, i have so many things to share with u. tapi, tak best lah share through the phone jek. sila lah datang johor kalau nak tau full of the latest story.. haha

*sigh*

its empty inside here. just.. random. full stop.

sampai bila nak rasa macam ni?


i really mean it. i really hope that u are the wrong guy that come at the right time. 
but, only ALLAH knows.


kadang-kadang aku rasa hidup aku sentiasa kat bawah. bukan lagi macam roda. kejap kat atas, kejap kat bawah. aku juga berhak nikmati kegembiraan hidup. tapi hakikatnya, kegembiraan yang aku ada sekarang, maybe its a fake happiness.

aku sangat menghargai orang-orang di sekeliling aku yang sering kali berusaha keras untuk membuat aku tersenyum dan bergelak ketawa. sometimes it works, sometimes does not.

aku tak faham kenapa lately aku seringkali rasa dipinggirkan dari kegembiraan dalam kehidupan. hidup aku sekarang macam tak smooth. ada je yang tak kena. tapi, ntah kat mana yang tak kena tu, aku pun tak tau. #lifeconflict

aku tak nak sentuh soal hati dan perasaan. sebab mungkin aku dah serik untuk menyayangi. dan jugak aku mungkin takut untuk disayangi. tapi, itu DULU.

sekarang aku dah bersedia dengan segala kemungkinan. aku memberanikan diri untuk menyayangi walaupun aku rasa mustahil, rasa sayang itu akan terbalas. i take the risk.


aku taknak kacau hak orang. i just want him to be happy. 

*trying to smile*
=')

till then, wasalam.

nota jari kaki : trying to hide the sadness, but i failed when ALONG asked me about this. *sigh*



no reasons

Assalamualaikum.


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

malam ni sucks. aku benci hati aku malam ni sebab terlalu rindu. rindu kepada semua orang.. random.
he, she, them.
and the most important, MAK and AYAH.


yes. rindu itu menyakitkan. rindu yang tidak berbalas lagi sakit. 

malam ni aku sunyi. serius lonely. keseorangan dekat blok sebab yang lain pegi seminar wajib. aku tak pegi sebab aku tak suka seminar. tak, aku gurau je. aku memang tak payah pegi sebab aku dah berkhidmat untuk masyarakat dua minggu lepas.. so tak yah pegi seminar tu.

then, pegi dinner dekat mcD dengan dua orang kakak, balik tu hantar dayah pegi sri putri sebab dia nak balik Kedah. kan best kalau aku pun boleh balik Penang skali. Kalau tak bole pun, balik KL pun jadi lah. tapi, tak boleh balik pun. -.-


HOPE. HOPING. HOPELESS

im started to like someone but it seems useless.  there is a HOPE, then im HOPING on him, then it turns to HOPELESS.
so, i have NOTHING.


why i must know u? kenapa aku mesti kenal kau? haish.. i know it is fated. tapi aku rasa better tak kenal kau sebab aku da TERsuka kau bila aku kenal kau. aku harap dia tak baca blog aku.

Farah Izzati sekarang bukan lagi macam dulu. she's different. whats wrong with me now? =.=

i can say im happy now in UTM. in here, i have along, angah, acik, andak, uteh, ude and jebon as my brothers.. and i also have alang, fara, mike as my buddies.. but inside, no one knows. along and angah know some of my crush stories, their advice is only comforting my heart. 


final tinggal lagi 3 minggu. semester ni rasa macam aku belajar atas angin. cepat sangat. dan cepat jugak aku nak masuk 20 tahun.. tak sukaaaa umur ada angka 2 kat depan.

wish me luck !


okay, cukuplah aku merepek.. blog je lah tempat aku merepek kalau aku nak merepek.

till then, wasalam.

nota jari kaki : aku perlukan tidur yang cukup sekarang ni tapi taktau celah mana aku nak amik masa untuk dapatkan tidur yang cukup.

p/s : awak, saya minta maaf. jangan persoalkan isi kandungan entri ini.