Assalamualaikum.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Malam ni tenang. Sangat tenang aku rasa. Mungkin tenang baru lepas test Discrete Mathematics. Mungkinlah.
Semalam terjadi satu peristiwa. Mungkin first time. Di hadapan lelaki-lelaki yang kitorang da anggap macam abang, Ida menangis teresak-esak. Hanya kerana hp nya hilang.
Aku tak penah tengok Ida macam tu. Seriously tak penah. Selama ni aku tengok Ida seorang yang kasar luaran nya, tapi sangat mudah tersentuh bila datang hal remeh-temeh macam ni.
Maafkan adik ye alang, adik nak alang beringat je. Selalu sangat careless.
Chill okay? J
Along, angah, acik, andak, ude, alang : terima kasih sebab sudi panggil adik. Walaupun kadang-kadang adik sedar adik gedik tak bertempat, tapi itulah adik.
dan kepada uteh, err, asal tak boleh ea nak panggil kau macam aku panggil along, angah sume tu? *wondering*
Sekadar berkongsi karenah kawan-kawan aku di universiti.
Kembali kepada aku. Dalam perjalanan ke tempat test, aku hampir menangis. Memandu keseorangan ke tempat test, fikiran aku melayang. Tidak pasti berfikir tentang apa, tapi yang pasti ia KOSONG.
Fikiran aku kosong. Hilang segala benda yang aku study sehari suntuk, segala yang aku hafal, dan segala yang aku baca. Dan aku hanya mampu menjawab test dengan ala kadar sahaja.
Aku sendiri tak pasti apa sebabnya.
*sigh*
I need some time to be alone.
Away from here. Far away.
Just want to find myself back.
Really need the strength to face the final exam.
Aku taknak kesilapan semester lepas berulang kembali semester ini. Aku gagal menggembirakan mak dan ayah dengan keputusan peperiksaan semester lepas. Aku kalah dengan emosi. Aku terlalu mengikut perasaan. Dan akhirnya, aku sendiri yang terima padah.
Really need someone to cry on. But who? L
Aku tau ramai yang ada di samping aku, tapi aku rasa susah nak share. Sebab aku tak tau apa yang aku nak share.
Susah nak cari kawan time betul-betul susah.
Tapi, kepada mereka-mereka yang concernkan aku, thanks so much guys. I really-really appreciate that.
till then, wasalam.
nota jari kaki : I need him tonight. But i know he must tired after the 3 days programme. Nvm.
No comments:
Post a Comment