Assalamualaikum.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Dah lama tinggalkan bloggie secara tak sengaja. Maafkan aku bloggie. Aku sibuk =(
Dan juga kepada readers, sorry aku tinggalkan korang dengan entri yang dah berhabuk serta bersawang tuu.
Sampai kan orang tu tegur aku blog da lama tak update.
Minggu lepas serius aku busy. 2 test yang memang macam hape lagi, assignment yang daripada bukit dah jadi gunung, ditambah lagi dengan tanggungjawab sebagai ajk protokol untuk Program Rahsia Kecemerlangan Mahasiswa 2011, memang betul-betul menguji tahap ketahanan antibody aku.
Dan akhirnya aku kalah, aku selsema start hari rabu malam dan mungkin bakal demam. Doakan aku sembuh.
Okay, cukuplah sebagai pembuka kata.
Nak bagitau, aku da daftar subjek untuk Semester II 2011/2012.
Takut tak tengok nama-nama subjek aku semester depan? T___T
Aku tertanya-tanya kenapa mesti ada KAEDAH MATEMATIK III. Dah la KAEDAH MATEMATIK II dulu aku kantoi =(
Hmm takpe, ni motivasi untuk diri aku supaya aku akan terus cemerlang. Eh? Tiap-tiap sem aku akan cakap macam ni.
Untuk final exam, next entri aku cerita =)
Sekarang da pukul 1.30 am dan bertarikh 23/12/2011. Maknanya da hampir 10 bulan arwah afif pergi. Lagi dua bulan cukup setahun. Masa cepat sangat berlalu. Antara sedar dan tidak je. Semoga ALLAH tempatkan awak dalam kalangan orang yang beriman.
Okay, entri kali ni aku nak taip-taip pasal soal hati dan perasaan. Ramai orang tak percaya yang aku SINGLE dan SOLO. So what? Apa yang peliknya? =.=
Ouh memang aku pelik bila orang pelik dengan aku sebab aku tak kapel. Pffft
Asal? Muka aku ni macam orang yang WAJIB kapel ke? Ngeng.
Aku tipu kalau aku takde suka sapa-sapa lepas arwah afif pegi. Hampir 5 bulan aku cari balik kekuatan untuk aku teruskan hidup dan akhirnya aku jumpa. Terima kasih kepada korang dan orang yang tak jemu-jemu support aku. Aku sayang korang ketat-ketat. *baca dengan nada manja dan gedik*
ida yang kuruss ^^ |
Aku suka gambar ni. Malam dinner INTERNATIONAL CULTURAL NIGHT (ICF).
geram okay dengan budak-budak ni XD |
Dan malam dinner tu aku happy ^^ Mungkin sebab… sebab… sebab…
Ouh, tak boleh, dia dah berpunya. Err? Kawan je boleh ea wahai farah izzati =)
Bila tengok besties aku keluar dating, aku pun teringin jugak. Haha. LOL.
Takdelah, gurau jek. Aku teringat kenangan 29/1/2011. Kali terakhir aku keluar ‘dating’.. hmm, nak buat macam mana, jodoh pertemuan ajal maut di tangan ALLAH. Aku terima dengan redha.
Aku happy bila orang di sekeliling aku happy.. hidup aku dah makin better sekarang. Thanks ALLAH for giving them to me to colourful my life. =)
Aku suka hidup aku sekarang. Aku suka dia, tapi hanya dari jauh. Bukan masa nya lagi untuk aku berkomitmen kepada benda yang tak berapa nak penting buat masa sekarang. Tetapi, aku akan terus suka dia. ^^
cukup membebel setakat ni.
until then, wasalam.
nota jari kaki : eksaited sebab msg balik. ingatkan dah lost contact ^^
No comments:
Post a Comment