Wednesday, November 27, 2013

All I Need Is Strength

Assalamualaikum.
Malam ni rindu bertamu lagi. In fact minggu ni teruk gila menangis dan not-in-the-mood nak buat semua benda.

Ye ye aku tau aku tak patut cakap macam ni. Sebab dah ramai cakap dekat aku. 

"Tak elok kenangkan sangat orang yang dah tiada"

"Kau baru je kenal dia, takde ikatan lagi, takkan macam ni teruk sekali nak sedih?"

Mungkin senang bagi orang yang dengar cerita aku nak cakap macam ni dekat aku, tapi hakikatnya aku yang rasa, aku yang lalui.

Menjadi orang pertama yang dapat tau berita kematian orang yang kau sayang bukan lah senang kau nak lupa moment tu. Berita daripada polis sendiri dan kau yang kena bagitau family dia. Kau ingat senang nak jadi orang macam tu? 

Walaupun dah dua tahun sembilan bulan arwah pergi, tapi aku still tak boleh lupa saat tu. 


Betapa susahnya aku nak move on. Lagi-lagi bila lepas kau dah hilang orang tu, lepastu ada orang lain datang dan hilang balik. Dengan cara yang paling bodoh atas dunia ni.

Called me a fool, tapi takkan pernah ada orang faham apa yang aku rasa. 

To be honest, aku memang belum boleh move on. Cuba bagitau sikit macam mana nak move on bila orang yang tinggalkan kau dengan cara yang paling bodoh tu terus hilang without a word lepastu act macam nothing happen?

Sakit hati weh!

Tapi memang padan muka aku sapa suruh aku suka dia bila dah tau akibat yang akan aku hadap kalau jadi benda ni. So tanggung la kan sekarang ni.

Sebab tu kalau ada kuasa, aku nak hilangkan ingatan part yang sakit hati tu. Part yang betapa-bodohnya-aku-sayang-dia.

"La yukallahu nafsan illa wusa'ha"
"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya"
(2:286)

Dengan ayat tu aku kuat sekarang ni. Ujian dalam bentuk soal hati dan perasaan ni betul-betul menguji iman aku.

Mungkin belum sampai masa untuk aku jumpa someone yang betul betul suit dengan aku. Tapi untuk sampai ke masa tu, alahai jatuh bangun pengsan menangis penat dah nak rasa.

Nak jadi heartless dengan feelingless pun dah penat. In fact aku dah penat untuk semuanya.

Please, give me strength to move on :'(



No comments: