Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 11, 2011

semester baru, hati?

assalamualaikum bloggers =)

entri kali ni cam terlebih mesra pulak...

ouh, mesra sebab esok da start kelas... =.=

okey, macam sem sem lepas, masuk sem baru je aku akan buat satu entri khas untuk AZAM BARU.. tapi, bole buat je laa.. tapi entri ini takde azam.. sebab kalau aku pasang azam, mesti tak tercapai~

seperti yang sedia maklum, aku dah habis cuti selama 4 bulan.. cuti yang sangat buat aku pokai tak berduit.. orang lain semua buat partime.. jadi waiter lah, buat bisnes lah, itu lah, ini lah, tapi yang pasti duit masuk.. aku? praktis jadi surirumah dekat rumah je dengan kakak aku..

***************************************************************************

SEMESTER 3... PELAJAR TAHUN KEDUA UTM...

sedar tak sedar, dah dekat setahun setengah aku kat Johor ni.. jauh dari family dengan adik beradik aku yang lain... memang nak suruh aku BERDIKARI sangat-sangat.. 
semester baru, semua nak baru.. perabot kolej pun dah baru... PINK lagi... dengan secara automatiknya, aku pun TERminat lah kaler pink.. 
okey, sem ni duduk bilik single.. makna nya aku sorang lah dalam bilik.. for sure lah lagi susah nak bangun kan.. T___T


semester baru. semangat baru. aku dah tinggalkan semangat sem lepas aku dekat kampung.. semangat yang buat aku jadi bukan farah izzati yang sebenar.. semangat lepas yang dah buat aku jadi pendiam dan suka menangis.. semangat yang hilang dibawa pergi bersama MR. BUNCET mengadap Yang Maha Esa..

alhamdulillah, aku dapat terima sepenuhnya yang aku kini dah kehilangan dia.. sedangkan orang yang kehilangan suami pun boleh teruskan hidup, inikan pula aku yang tiada lagi apa-apa ikatan dengan dia nak terus menangis macam orang hilang laki? memang aku dah hilang iman.. 

pintu hati aku kini dah terbuka untuk sesiapa yang telah ditentukan oleh ALLAH.. aku yakin dengan jodoh ALLAH.. aku mengaku, aku dah mula sayangkan seseorang.. hati aku kini mula terbuka untuk menerima dia.. tapi, orang lain lebih layak dari aku.. perempuan itu jauhhhhh lebih baik dari aku... aku doakan semoga kamu berdua dipanjangkan jodoh oleh ALLAH.. sesungguhnya, hati aku gembira melihat teman-teman ku bahagia.~~


"pengalaman adalah guru terbaik kehidupan"

pengalaman lalu banyak mengajar aku erti sebenar kasih sayang sesama insan... berpisah secara hidup dan mati, kedua-dua aku pernah lalui nya.. sehinggakan sampai satu masa aku takut untuk berkata sayang akan seseorang di hati ini.. tetapi, aku tak mampu untuk menolak takdir ALLAH.. kini, aku bahagia kerana dikelilingi oleh ramai orang yang sayangkan aku...

aku bersyukur kepada MU Ya ALLAH, kerana ukhuwah ini.. aku terlalu sayangkan mereka hanya kerana MU.. aku pohon, kekalkanlah ukhuwah ini sehingga ke Jannah..


=)

wasalam..

nota jari kaki : sem ni dah cukup dua-dua kaki.. semoga aku akan menjadi lebih baik.



 

3 comments:

NadiRah said...

slmt bgon awl... ^^

Miss Lady Iena Nazir said...

selamat stdy!

bestnye dapat bilik single. privacy gile. kekeke.

smoga tabah ya.

(:

ROJAK said...

good luck for ur new sem