assalamualaikum.
bila last aku update blog? ouh, dah tak ingat. biarlah.
tiba-tiba tangan aku rajin untuk menaip walaupun hakikatnya aku tengah lapar. lapar dan lapar.
lepas je hari raya ni, agaknya aku da kena rasuk dengan hantu lapar kot, asyik nak makan je keja nya. dah dua kali dah aku suruh mak aku buat rendang daging. peh peh, rendang terbaikk..
hmm, jap lagi lah aku bedal megi tengah tengah malam ni..
cukup lah bab makan..
dah lama sebenarnya aku nak update blog ni.. tapi malas malas tenuk je aku rasa.. malam ni je baru aku kuat semangat sikit nak update. *nak update blog pun kena kuat semangat ke? haih laa.*
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
belum terlambat lagi aku rasa nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN..
walaupun dah raya kelapan hari ni.
sebelum apa-apa,
raya pertama aku, dan aku yang paling kanan.
=)
raya aku tahun ni suram. dan buat pertama kali aku menangis time solat sunat Aidilfitri dan jugak time baca yasin atas kubur untuk arwah tok dan tokwan aku.. sebab utama bukan sedih sebab kepergian arwah tok dan tokwan aku, tapi sebab pemergian orang lain.. dan readers yang follow entri aku time bulan MARCH tu, mesti tau siapa yang aku maksudkan.
dan pada 3 SEPTEMBER 2011 yang lepas,
MR. BUNCET.
ya, cukup setahun aku kenal dengan dia jika dia masih bernafas di muka bumi ini.. tetapi, sempat hanya 6 bulan sahaja aku betul betul mengenali dia sebelum dia dijemput untuk mengadap ALLAH SWT.
dan aku masih merindui diri nya, setiap detik, setiap saat, setiap masa.
kerinduan yang tak mungkin berbalas walaupun aku terus merinduinya.
untuk terus berjuang demi pengajian aku di UTM yang berbaki lagi 3 tahun sebelum aku bergelar seorang graduan, alhamdulillah, ALLAH telah berikan aku semangat untuk aku terus melangkah ke bumi Johor seorang diri, tanpa keluarga, kakak dan abang.. tetapi, insyaALLAH, ALLAH sentiasa ada untuk memelihara diri aku di sana..
bergelar pelajar tahun 2 di UTM, bukan senang bagi aku.. baru sahaja lalui 2 sem semasa di tahun 1, aku dah rasa macam nak-berhenti-belajar-pastu-duk-rumah-je...
tapi, sumpah rugi laa kan kalau aku duk umah je..
readers, doakan aku kuat semangat untuk aku tempuhi hidup aku lepas ni..
=)
wasalam~
nota jari kaki : kepada kau, takyah la nak musuh-musuh bulan mulia ni.. takde faedah sebesar kuman pun.
3 comments:
be strong ok.. shamat ari ghyer.. :D
haha, tahun 2 ni masa untuk GOP :P
Farah,semoga berjaya okay ;) Miss you!
Post a Comment