Wednesday, October 20, 2010

ANDAI

andai,
aku tidak berdaya lagi menyayangiMu,
pimpinlah aku kembali kepadaMu, 
eratkanlah genggaman tanganku ke arahMu,
jangan palingkan lagi mukaku ini selain kepadaMu.

andai,
aku terpesong dari jalanMu, 
luruskan kembali niatku,
sedarkanlah kembali jasadku,
yang sering berada dalam keawangan,
sering terjatuh ke dalam khayalan,
dan tidak mampu bertahan keseorangan.

andai, 
aku jatuh cinta kepadanya,
kuatkanlah cintaku kepadaMu berbanding cintanya,
cintakanlah aku lebih kepadaMu daripadanya,
sesungguhnya aku mengejar cinta abadi,
dan menjadikannya sebagai semangatku,
untuk aku menemui cinta itu.

andai, 
aku tidak lagi bernyawa,
ampunkanlah segala dosaku,
halalkan segala perbuatanku di dunia ini,
pejamkanlah mataku setelah kesalahanku dimaafi,
oleh semua hambaMu di dunia ini.
aku sangat mengharapkan sinarMu, cahayaMu, dan Nur dariMu,
agar aku sentiasa dapat melihat jalan di hadapanku,
dan tidak lagi terpesong daripada arahku yang sebenar.

andai,
tiada lagi kemaafan buat diri sehina ini,
ikhlaskanlah hati melepaskan aku pergi,
relakan kepergian diriku ini dengan aman,
sesungguhnya,
aku amat mengharapkan doa kalian,
agar aku bahagia di sana.

janganlah kau palingkan mukaku selain daripada menghadapMu,
YA ALLAH...

-FIY1207-

1 comment:

Jamaluddin said...

ui... hehhehee...
chaiyok ye farah...