Monday, December 16, 2013

Malam Menangis

Semalam menangis lagi.
Tersedu- sedu sambil pandang langit.
Langit senyap dan gelap tanda simpati.
Masalah yang bertali arus datang dan pergi,
Tak pernah buat hati ni tenang untuk berdiri sendiri.
Hasil yang aku dapat hanyalah sakit kepala yang tiada toleransi.

Tuhan, kenapa menguji dia sebegitu?
Cerita enam tahun dulu tak pernah dia lupakan.
Cerita enam tahun mereka bersama kekal segar dalam ingatannya.
Saat aku membaca rangkaian mesej yang diberikan, aku terus menangis.
Aku tiada bahu untuk ditangisi di sini.
Malah aku tiada sesiapa di bumi selatan ini untuk aku berkongsi rasa.

Dia wanita lemah. Dia senang menangis. Dia terlalu naïf untuk dipijak.
Tetapi mereka tidak mengerti perasaannya yang masih terluka.
Enam tahun bersama yang kononnya menjanjikan kebahagiaan.
Tetapi percintaan diakhiri tikaman belati di hatinya.
Lepas tiga tahun, masih tidak ada yang mengerti perasaannya.
Caci maki bodoh tidak bersyukur dilemparkan tanpa belas.
Mana adab seorang Islam dalam berkomunikasi?

Lelaki, tunjukkan dirimu kepada dia.
Gunakan keikhlasan untuk memikatnya.
Sembuhkan luka yang terlalu perit bagi seorang wanita.
Demi ALLAH, aku sayang dia.
Demi ALLAH, aku tak akan belakangkan dia.
Peliharalah dia, Yang Maha Esa.

No comments: