Wednesday, December 25, 2013

Jatuh. Kalah.

Rasa nak putus asa membuak-buak.
Rasa nak jatuh terlampau tinggi.
Rasa nak rebah terlalu kuat.
Walaupun tempat bergantung harap ada di mana-mana,
Tapi rasa nak kalah itu tetap ada.

Kurang daripada setahun je lagi.
Lebih spesifik dalam masa tujuh bulan aku bakal bergelar seorang graduan. 
Tiada lagi nama pelajar.

Aku hanya perlu lalui empat kertas peperiksaan pada semester ini.
Disambung dengan satu lagi semester terakhir pada tahun hadapan.
Tak banyak, dan tak lama pun.

Dugaan. Ujian. Cabaran. 
Tiga perkataan yang berlainan dengan satu maksud yang sama.
Untuk mencapai kejayaan, bukan lah hanya perlu goyangkan kaki.
Kadang kala perlu pengorbanan yang besar untuk memilik kejayaan itu.
Dan apa jua pengorbanan aku selama ini?

Hilang semangat sama erti dengan hilang arah tujuan.
Bila meminta nasihat dan pendapat, semua jawapan hanya berpaksi pada Yang Maha Esa.
Ya! Aku wajib mentaati ALLAH dan menyerahkan segala kebergantungan aku kepadaNYA!
Tapi aku juga manusia biasa yang perlukan perbincangan dua hala. 
Aku perlukan kata-kata daripada manusia. Seperti aku.

Pengakuan paling pedih sepanjang aku hidup selama ni ialah aku mengaku kalah.
Kalah pada perasaan yang menguasai hati dan minda.
Perasaan yang membunuh segala rasa dalam hati.

Dan hanya satu yang aku pinta, biarkan aku seorang ketika ini.
Kehilangan diri sendiri dalam keadaan sedar adalah sangat menyakitkan.
Aku juga tidak pasti kenapa aku tak mampu nak laluinya kali ini.
Walaupun dugaan dua tahun sepuluh bulan yang lalu adalah lagi berat daripada saat ini.
Tapi aku dah rebah sebelum sempat untuk berlari.

ALLAH. Kuatkan aku.

No comments: