Friday, July 13, 2012

Selamat Hari Lahir, Farah Izzati

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Masih diberi kesempatan untuk bernafas pada usia 20 tahun pada tarikh 12.07.12. Cantik kan tarikh ni? lagi cantik kalau buat tarikh tunang ke, nikah ke. Eh?

https://p.twimg.com/AxiRxG-CQAICWEO.jpg 

ni hadiah daripada WAN HAMIZA dalam twitter :)

Ramai jugak yang wish walaupun aku dah hide tarih lahir dekat facebook. Sebab utama aku hide sebab aku taknak celebrate pun birthday tahun ni. Sebab nya? Biarlah aku orang je yang tau. Sebab kedua, aku nak test sikit brapa ramai yang ingat birthday aku. Kekekeke jahat kan? Taklah, aku saja nak hide.Dan semalam aku agak tacing sebab wish yang ditunggu, aku dapat pukul 1 pagi. Fine, maybe tak penting kot. Err semalam agak kasar aku reply tu. Dan hari dah rasa bersalah. Im sorry T_T

Of course orang yang paling setia jadi orang first wish birthday aku ialah adik aku yang gemuk lagi annoying. haha

 



See? Brapa banyak tweet dia penuhkan dekat TL aku. Btw, you always be my sister, adik. I always love you more and more. And you are my soul sister ♥

Terima kasih mak, ayah, kakak, abang, okdik, kak faizah, abg zam, luqman, najla, sofea atas wish birthday beserta doa untuk adik. Love you all forever and ever :)

Banyak lagi wish dekat facebook dan twitter, tapi tak larat nak printscreen =.=
Satu je aku nak tunjuk wish birthday daripada adik aku jugak.

 

Dieja ni baru je jadi adik since arwah takde. Ouh dia jugak ialah junior arwah afif dekat MIA dulu. Kalau arwah ada lagi sekarang ni, Dieja ni lagi sekali jadi junior arwah dekat KUIS :)
Dan seperti yang diketahui, aku dan arwah berkongsi tarikh lahir yang sama tetapi tahun yang berbeza. Alhamdulillah, aku dapat kawal sepenuhnya perasaan aku ni bila teringatkan arwah :)

Dan aku dapat hadiah daripada POPIA GOLEK aka NUR DALILAH aka KAWAN BAIK YANG PALING SENGAL. *aci tak?* kekekeke.

 

pehh mana dia korek gambar ni pun aku taktau. Zaman dahulu kala punya gambar. Haha. Tapi takde lah dahulu sangat, baru 3 tahun lepas. Birthday budak sengal ni ialah pada 12.08.12. Sebulan lepas birthday aku. Hahaha amek kau aku promote birthday kau dekat belog aku.

Dan aku jugak dapat hadiah yang boleh menggemukkan aku. Daripada kawan aku merangkap fasi adik Kak Cha. Haha~ Terima kasih ye :)

Selamat hari lahir yang ke 21 awak. Semoga ALLAH tempatkan awak dalam kalangan orang yang beriman di alam sana. Tiada pengganti diri awak dalam keluarga ASA. Yang ada hanyalah bayangan awak pada si dia. Semoga ALLAH permudahkan. Rabbi Yassir Wala Tu'assir.

Akhir kata, syukran jiddan jiddan pada semua yang wish birthday aku. Hanya ALLAH sahaja dapat membalas budi semua dan juga sekalian doa yang diberikan pada aku. :)

Sehingga bertemu di lain entri. Wasalam.

Nota jari kaki : Semoga bertemu sinar yang telah ditakdirkan. Walau siapa pun dia, jagalah hatinya sebaik mungkin. :)

No comments: