Rabu, 25 Disember 2013.
Entah kenapa rasa nak
menulis pasal wonderwall.
Siapa wonderwall?
Awak lah.
Dari dulu lagi aku
berhutang dengan dia untuk menulis satu entri pasal dia.
Tetapi entah kenapa aku
sering mengelak untuk berbuat demikian.
Tapi malam ni terasa
untuk berkata sesuatu.
Awak,
Org taktau nak tulis apa
sebenarnya. Tapi org nak jugak tulis pasal awak.
Mungkin kita selalu tak
selalu sependapat. Ada je benda yang kita akan argue. Lepas argue memasing
senyap macam tengah gaduh. Tapi lepastu baik balik macam takde pape yang jadi.
Selalu kan?
Awak,
Semua orang cakap awak
macam dia. Even awak pun pernah dengar sendiri kan? Mungkin awak lah pelanduk
dua serupa dia walaupun muka tak sama. Dan entah kenapa jugak kita rapat. Awak
tak layan org macam awak layan dorang yang sebaya dengan org. Org tak macam
adik awak walaupun orang lain yang sebaya dengan org semua awak panggil adik.
Awak,
Dulu awak tau macam mana
org rasa dekat awak. Tapi disebabkan seorang tu, awak lain sangat. Sampaikan
kita dah tak tegur untuk satu jangka masa yang agak lama. Dan kenapa jugak
seorang tu kena confront org macam tu? Org sendiri takde jawapan.
Awak,
Org jugak tau awak
memang tak boleh nak lupakan yang di sana. Dia yang pernah ada dekat hati awak
suatu masa dahulu. Dan satu je org nak cakap dekat awak, kalau ada jodoh,
takkan ke mana. Keep praying.
Kita pernah cakap pasal
soal hati dan perasaan secara serius. Banyak kali jugak kan? Tapi satu benda
yang awak pesan, just follow the flow. Masa yang akan tentukan. Tapi kalau awak tanya
apa yang org rasa, org pasti awak dah tau jawapan org.
Org tunggu awak dekat JB
masa org grad nanti, InsyaALLAH. Awak cakap nak datang masa org konvo kan? I’ll
be waiting for that day.
Lastly, org sentiasa
doakan yang terbaik untuk awak :)
No comments:
Post a Comment