Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 4, 2013

An Awesome Weekend Trip

Assalamualaikum
Hi guys. Rasa macam lama pulak tak potpet dekat sini.
Sebenarnya aku nak buat psm tapi takdak mood. So nak cerita pasal trip weekend lepas. Trip Sabtu Ahad, 30/11-1/12.

First thing first pegi wedding abg Ikhwan dengan kak Hawa dekat Melaka. Berpusing jugak la nak cari rumah kak Hawa memandangkan kami tak berapa reti nak baca map yang diberi. Hihi

Bertemankan Zati dan Sarah, sorang kawan kenal dekat UTM dan sorang lagi kenal dekat MRSM dulu, tup tup dedua orang tu schoolmate dekat Convent. Oh betapa keciknya dunia~~

Sesampai kami di rumah kenduri, lelambai pengantin jap lepastu terus makan.


Kalau aku yang pegang camera mesti muka aku yang pelik. Okay motif gambar sebenarnya nak tunjuk nasi kenduri tu je. Dessert kenduri ialah tapai dan jambu batu. Tak sempat snap sebab tak ingat dunia masa makan. Tapai sedap gila tapi kalau makan banyak memang mengundang demam lah jawab dia.
So lepas kenyang, wajiblah bergambar secara berjemaah ye dok?
So tanpa banyak bunyi dan cerita, marilah menatap gambar di bawah.



Sesungguhnya aku tak sure yang dua orang tu bebetul single ke tak. Yang atas sekali tu pasti single.



Macam biasa, gambar pengantin haruslah sedikit berbanding gambar kami. Haha.

Selamat Pengantin Baru abg Ikhwan & kak Hawa. Semoga kekal hingga ke Jannah :)

Kak Hawa ni memang cantik!

Sebenarnya abg Ikhwan ni classmate kakak aku masa dekat Teknik TARP dulu. Nampak macam rapat dengan aku kan? Sebab kenal abg Wan masa dekat UTM. Terus rapat. Lepastu jumpa kakak aku dekat KL terus tanya, Ikhwan ni kawan sapa sebenarnya -__-

Hahaha. Tak kesahlah kawan sapa pun. Janji dapat makan free :p



Comey betul banting ni. Nanti kawen nak buat cenggini ah *lari jejauh sebelum kena kena piat telinga dengan mak*

So lepas dah settle kenduri tetiba teringat makanan apa yang famous dekat Melaka. Al maklum lah first time sampai Melaka sendiri tanpa family, kena berdikari kan? 
Fikir punya fikir baru teringat coconut shake yang famous tu. Tadaaaaa!




Kami hanya mampu beratur untuk bungkus saja memandangkan dekat dalam tempat makan tu ramai gilaaaa. Tapi kejap je pun beratur walaupun nampak barisan panjang kemain.



Kami bertiga tapi beli empat. Hihi tak rugi beli ekstra satu. Siap tak cukup lagi. Nanti pi Melaka lagi WAJIB mai beli KLEBANG COCONUT SHAKE ni lagi tauuuuu!



Kena bergambar sorang demi sorang memandangkan takut nak bagi orang tangkap gambar kami bertiga. Nanti phone kena bawak lari baru nak putih mata.

Dah habis berlenggang dekat Klebang, terus shoot balik KL dan terus ke Bangsar sebab aku dengan Zati mengidam Dip n Dip. Sampai Bangsar dalam pukul 7.30 malam macam tu. Terus dinner ah. 


Tempat ni kalau banyak duit tak buat apa boleh makan dekat sini selalu. Semua makanan dekat sini chocolate-based. Memang akan muak gila kalau makan banyak. Stress tengok harga dia. Haha. 

Ni je dah sembilan belas hinggit
Yang ni pulak dua puluh sembilan hinggit
Sebatang ni pun dah sepuluh hinggit tau
Secawan ni pun dah dua belas hinggit
Stress kan tengok harga dia? Aku tak sempat nak snap strawberry smoothies yang Zati punya. Oh memandangkan aku ni coffee-lover person, haruslah order secawan Cappucino yang berharga dua belas hinggit yang macam dekat dalam gambar atas tu. Memang boleh kata once in a lifetime laa makan dekat sini.



Masa ni Zati bajet cun. Hahaha

Nampak dak betapa aku mengidam Dip n Dip sampai pegang pisau macam nak tikam orang? Haha. Masa ni dah serabai gila. Tapi kalau bab makan dah tak kisah serabai ke tak.

So settle makan terus hantar budak berdua tu dekat LRT Bangsar dan aku terus shoot balik Shah Alam. Andddddd terus lepas dengan JAMALUDDIN JOBRAN setelah tiga tahun setengah tak jumpa dia. Alahai Jamal awat laa kita tak amik gambaq kan? Dah la susah gila nak jumpa. Haihhh

Okay tutup cerita hari Sabtu.
The next day bangun pagi terus siap pegi Ikea sebab budak berdua tu mengidam meatball Ikea. Sampai Ikea dalam pukul 12 tengahari dan terus beratur. Memang tak ramai pun orang dekat situ waktu tengahari tu kan. Zzzzzz. Nasib baik cepat jugak dapat makanan. Dan aku dah muak makan meatball. Kakak aku yang ajar makan sampai dah muak. Hahaha. And aku order meatball lima ketul je yang menu for kids tu. Fefeeling jadi budak kejap. Dan kalau pegi Ikea aku wajib order Almond Cake dia. Gila sedap hoi!


Because meatball is too mainstream so aku malas nak snap gambar. Hihi. Macam biasa, aku tibai dua ke tiga cawan coffee dia tu tak ingat pulak. Bila dapat minum free siap free refill janganlah dibazirkan ye dok? so menang aku tibai coffee tu sampai kenyang sampai dah takmau minum dah. 

Lepak situ sampai pukul 3 petang. Macam tak ingat dunia pulak esok tu Isnin ada kelas. So settle isi minyak semua dalam pukul 4 petang macam tu masuk highway nak balik JB.

Padah tak bawak Touch n Go terpaksa lah beratur panjang -___-

Dia punya jammed alahai tak ingat dunia. Pukul 9.30 malam baru sampai UTM tercinta ni. Punya la lama drive nak balik JB daripada KL.

Okay dah habis cerita. Ekceli best jugak pi trip kejap kejap macam ni. Tapi masalahnya kewangan tak bebetul stabil lagi.
So dah boleh lah plan next trip. Hihi.

Till next entry. Bye!

Nota jari kaki : Hi crush, tak perasan saya lagi ke?


2 comments:

Suza said...

sedap nyer nmpk coklat tu waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Zuriati Khairuddin ® said...

Hai.