Usah matikan rasa disebabkan masa lalu,
Kerana tak mustahil masa lalu itu akan jadi masa hadapan,
Masa hadapan yang belum pasti bernafas pada esoknya,
Esok yang mempunyai seribu kemungkinan.
Usah matikan rasa disebabkan kecewa,
Kerana kecewa itu akan pasti berulang,
Walaupun ditahan sehingga ke hujung waktu,
Waktu yang tidak menjanjikan bahagia.
Sebaliknya,
Hidupkanlah hati ini untuk yang akan datang,
Berikan secebis harapan yang tidak akan luput dek rasa benci
yang mendalam,
Harapan yang akan wujudkan kasih dan sayang,
Antara dua hati yang mungkin pernah kecewa,
Dan mungkin tidak lagi akan percaya dengan kata yang bernama
cinta.
Kata cinta yang penuh dengan janji penipu,
Sudah biasa dilakarkan oleh manusia,
Ikhlas yang dicari, tangisan yang diberi,
Bukan setitik, bahkan sebaldi yang dihulur,
Dan akhirnya rasa itu mati sendiri.
No comments:
Post a Comment