Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 25, 2013

Wonderwall

Rabu, 25 Disember 2013.

Entah kenapa rasa nak menulis pasal wonderwall. 
Siapa wonderwall?
Awak lah.

Dari dulu lagi aku berhutang dengan dia untuk menulis satu entri pasal dia.
Tetapi entah kenapa aku sering mengelak untuk berbuat demikian.
Tapi malam ni terasa untuk berkata sesuatu.

Awak,
Org taktau nak tulis apa sebenarnya. Tapi org nak jugak tulis pasal awak.
Mungkin kita selalu tak selalu sependapat. Ada je benda yang kita akan argue. Lepas argue memasing senyap macam tengah gaduh. Tapi lepastu baik balik macam takde pape yang jadi. Selalu kan?

Awak,
Semua orang cakap awak macam dia. Even awak pun pernah dengar sendiri kan? Mungkin awak lah pelanduk dua serupa dia walaupun muka tak sama. Dan entah kenapa jugak kita rapat. Awak tak layan org macam awak layan dorang yang sebaya dengan org. Org tak macam adik awak walaupun orang lain yang sebaya dengan org semua awak panggil adik.

Awak,
Dulu awak tau macam mana org rasa dekat awak. Tapi disebabkan seorang tu, awak lain sangat. Sampaikan kita dah tak tegur untuk satu jangka masa yang agak lama. Dan kenapa jugak seorang tu kena confront org macam tu? Org sendiri takde jawapan.

Awak,
Org jugak tau awak memang tak boleh nak lupakan yang di sana. Dia yang pernah ada dekat hati awak suatu masa dahulu. Dan satu je org nak cakap dekat awak, kalau ada jodoh, takkan ke mana. Keep praying.

Kita pernah cakap pasal soal hati dan perasaan secara serius. Banyak kali jugak kan? Tapi satu benda yang awak pesan, just follow the flow. Masa yang akan tentukan. Tapi kalau awak tanya apa yang org rasa, org pasti awak dah tau jawapan org.

Org tunggu awak dekat JB masa org grad nanti, InsyaALLAH. Awak cakap nak datang masa org konvo kan? I’ll be waiting for that day.

Lastly, org sentiasa doakan yang terbaik untuk awak :)

Monday, December 16, 2013

Malam Menangis

Semalam menangis lagi.
Tersedu- sedu sambil pandang langit.
Langit senyap dan gelap tanda simpati.
Masalah yang bertali arus datang dan pergi,
Tak pernah buat hati ni tenang untuk berdiri sendiri.
Hasil yang aku dapat hanyalah sakit kepala yang tiada toleransi.

Tuhan, kenapa menguji dia sebegitu?
Cerita enam tahun dulu tak pernah dia lupakan.
Cerita enam tahun mereka bersama kekal segar dalam ingatannya.
Saat aku membaca rangkaian mesej yang diberikan, aku terus menangis.
Aku tiada bahu untuk ditangisi di sini.
Malah aku tiada sesiapa di bumi selatan ini untuk aku berkongsi rasa.

Dia wanita lemah. Dia senang menangis. Dia terlalu naïf untuk dipijak.
Tetapi mereka tidak mengerti perasaannya yang masih terluka.
Enam tahun bersama yang kononnya menjanjikan kebahagiaan.
Tetapi percintaan diakhiri tikaman belati di hatinya.
Lepas tiga tahun, masih tidak ada yang mengerti perasaannya.
Caci maki bodoh tidak bersyukur dilemparkan tanpa belas.
Mana adab seorang Islam dalam berkomunikasi?

Lelaki, tunjukkan dirimu kepada dia.
Gunakan keikhlasan untuk memikatnya.
Sembuhkan luka yang terlalu perit bagi seorang wanita.
Demi ALLAH, aku sayang dia.
Demi ALLAH, aku tak akan belakangkan dia.
Peliharalah dia, Yang Maha Esa.