Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 21, 2013

Losing You

Sakit hati tanpa sebab.
Pernah rasa macam ni?
And I don't know where I'm going wrong or what goes wrong.
Aku dah rasa hilang kawan. Bukan sorang tapi semua. 
Yes. I'm losing all of you. One by one. 

Aku rindu masa dulu. Masa lepak sampai pagi lepas tengok movie midnight. Masa boleh bergurau tanpa fikir ada orang terasa ke tak. Masa masing-masing tak fikir soal hati dan perasaan.
Tapi disebabkan satu benda yang terlampau bodoh terjadi bila difikirkan balik, aku hilang semua. No more us.
And for you, you said you want to make everything right just like before kan? And what you have done? Nothing! You left me alone to face the consequences of the thing that you had done! Without a word! Dan aku jamin hidup kau takkan pernah tenang sampai kau fix kan balik semua benda jadi macam biasa. Takkan tenang.

Orang yang pernah mengaku aku best friend dia pun dah jauh daripada aku. Sangat jauh. Dan aku tak pasti apa salah aku dekat dia. Aku tak pasti sebab yang utama. Tapi aku sakit. Sakit tahan perasaan. Sakit pendam perasaan. Sorang sorang.

Aku tak harapkan orang bagi perhatian dekat aku. Apatah lagi nak suruh orang stick dengan aku dua puluh empat jam. Tapi at least jangan la bagi nampak sangat kau tu menyampah dengan aku. Aku manusia macam kau, bukan robot.

Itu baru masuk bab circle yang tu.
Belum cerita pasal siblings. Hmm malam ni angah ajak aku makan. Tapi disebabkan dah terbeli makanan awal, so terpaksa tolak. Lepastu bukak cerita pasal siblings. Yes, I do miss them. Rindu sangat. Tapi..... masa takkan beku untuk semua benda tak berubah.

Malam ni rindu adik sangat. Rindu nak merepek dengan dia. Rindu nak cubit pipi gemuk dia. Rindu nak buat segala benda masa Tingkatan 5 dulu.
She is the one and only yang faham aku macam mana. Yang faham perangai aku macam mana. Yang akan sentiasa ada dengan aku tak kira aku senang ke tak, aku sedih ke tak, aku marah ke tak. Every single second dia faham aku.
And I do admit ada yang macam dia dekat sini. I appreciate that, sister. 
Tapi, untuk yang lain, if I have do something wrong with you, please do tell me. Penat rasa tidak diperlukan macam ni. 

Dan sebenarnya aku penat dengan karenah manusia dekat sini. Aku terlampau jaga hati mereka sampai hati aku terabai. Aku cuba cari salah aku di antara mereka. Mereka yang bergelar kawan aku.

Tapi akhirnya aku sendiri terluka.


Thursday, November 14, 2013

The Worst Day Ever

Hi guys.

Hari ni Khamis, 14/11/2013.
Hari kedua aku rasa paling celaka dalam hidup minggu ni. Okay semalam sepatutnya hari yang paling celaka, bukan hari ni. Supervisor PSM buat lawak antarabangsa. Aku taktau macam mana nak brain lawak dia tu.

Memula dia cakap tak payah hantar draf proposal. TAK PAYAH HANTAR. Berkali aku tanya dia kena hantar ke tak, sebab data tak dapat lagi. Memang la macam mana nak dapat asyik kena reject je semua data yang aku dengan Fatin cari. So berkali jugak dia kata tak payah hantar. Faham lah aku kan so tak payah hantar.

Semalam hari Rabu, 13/11/13 aku dengan Fatin pergi jumpa dia nak tunjuk latest data yang kami cari. And as expected, kena reject. Lepastu dia tunjuk borang merah. Aku dengan Fatin baca. WTH borang penilaian draf proposal?!
Lepastu dia tanya kami, "mana report awak? saya nak isi apa ni sebab awak tak hantar apa-apa dekat saya. Saya tulis kosong je la."
Berkali aku dengan Fatin kata yang dia tak bagi kami hantar. Lepastu selamba dia kata entah, dia pun taktau. Pehhhhhhhh

Ahh, nasib baik akal aku tak hilang lagi. 30% kot! Gila aku dengan Fatin dapat kosong. Pehhh nyirap tak nyirap aku masa tu. Draf proposal kena hantar Chapter 1, 2, 3. Aku baru siap Chapter 3. Straight dia nak Isnin ni. Plus aku ada test Fuzzy Isnin ni. Fuzzy pulak..... erm malas la nak fikir karang lagi menggunung dosa aku kutuk lecturer.

Patut laa semua senior yang tau aku dapat dia as sv PSM aku, semua suruh aku tabah. Rupanya macam ni cerita dia.

So sekarang ni cuba kasitau sikit macam mana aku react depan dia. Menguji keimanan sungguh.
Memang dia suka gamaknya aku jadi zombi tak tidur malam buat PSM ni.

Doakan aku siap dan dapat hantar hari Isnin. Kalau tak siap aku kena extend sem buat PSM woi!

Nota jari kaki : kan senang kalau aku dapat bagitau kau yang aku minat kau. Eh bye!