Hi guys.
Hari ni Khamis, 14/11/2013.
Hari kedua aku rasa paling celaka dalam hidup minggu ni. Okay semalam sepatutnya hari yang paling celaka, bukan hari ni. Supervisor PSM buat lawak antarabangsa. Aku taktau macam mana nak brain lawak dia tu.
Memula dia cakap tak payah hantar draf proposal. TAK PAYAH HANTAR. Berkali aku tanya dia kena hantar ke tak, sebab data tak dapat lagi. Memang la macam mana nak dapat asyik kena reject je semua data yang aku dengan Fatin cari. So berkali jugak dia kata tak payah hantar. Faham lah aku kan so tak payah hantar.
Semalam hari Rabu, 13/11/13 aku dengan Fatin pergi jumpa dia nak tunjuk latest data yang kami cari. And as expected, kena reject. Lepastu dia tunjuk borang merah. Aku dengan Fatin baca. WTH borang penilaian draf proposal?!
Lepastu dia tanya kami, "mana report awak? saya nak isi apa ni sebab awak tak hantar apa-apa dekat saya. Saya tulis kosong je la."
Berkali aku dengan Fatin kata yang dia tak bagi kami hantar. Lepastu selamba dia kata entah, dia pun taktau. Pehhhhhhhh
Ahh, nasib baik akal aku tak hilang lagi. 30% kot! Gila aku dengan Fatin dapat kosong. Pehhh nyirap tak nyirap aku masa tu. Draf proposal kena hantar Chapter 1, 2, 3. Aku baru siap Chapter 3. Straight dia nak Isnin ni. Plus aku ada test Fuzzy Isnin ni. Fuzzy pulak..... erm malas la nak fikir karang lagi menggunung dosa aku kutuk lecturer.
Patut laa semua senior yang tau aku dapat dia as sv PSM aku, semua suruh aku tabah. Rupanya macam ni cerita dia.
So sekarang ni cuba kasitau sikit macam mana aku react depan dia. Menguji keimanan sungguh.
Memang dia suka gamaknya aku jadi zombi tak tidur malam buat PSM ni.
Doakan aku siap dan dapat hantar hari Isnin. Kalau tak siap aku kena extend sem buat PSM woi!
Nota jari kaki : kan senang kalau aku dapat bagitau kau yang aku minat kau. Eh bye!
No comments:
Post a Comment