Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 10, 2012

Berhenti Berharap

Assalamualaikum w.b.t
  
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Sedar tak sedar hari ni dah 10 Julai 2012. Dah masuk bulan yang ketujuh dalam tahun 2012. Tak sampai lagi 2 minggu Ramadan akan memunculkan diri. Sudahkan kita bersedia untuk menyambut bulan yang penuh dengan keberkatan ini? Bulan yang bebas daripada godaan syaitan dan jin yang sentiasa berazam untuk menyesatkan umat Nabi Muhammad SAW.


Okay, itu adalah mukaddimah bagi entri aku kali ni. Dan entri aku malam ni tiada spesifik topik macam entri yang lepas. Malam ni aku rasa nak merepek dan membebel sahaja dia bloggie kesayangan aku ni.

Perkara pertama : aku dah hampir 3 minggu start cuti semester panjang. Dan kini sudah bekerjaya. Chewahhh! Okay tak, aku tak berapa nak bekerjaya sangat lah. Tapi sekarang aku kerja dengan salah sorang fasi ASA tolong dia jaga taska. Nama taska ni Taska Iman Nur Ilham. Bertempat di Taman Jernang Jaya, Teras Jernang, Bangi Selangor. Dekat je dengan Malaysian France Institute (MFI). Dan secara rasminya aku dah bergelar cikgu taska! Comel!

Gambar baby dan kanak-kanak riang akan diupload pada entri yang lain :)

Perkara kedua : Balik Penang! Alhamdulillah selesai sudah program ASA Explore di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau, Penang. Dan yang paling penting, aku dapat balik rumah! Hmmm 4 orang dari KL memang betul menguji kesabaran kami. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan urusan kami. Sebak sikit masa nak balik KL balik ahad malam tu, tapi fikirkan tangunggjawab dekat Taska tak habis lagi, aku gagahkan jua kaki comel ni melangkah. Erk comel?

 

Barisan fasilitator bersama moderator dan Ustaz Anis, cikgu SK Genting merangkap senior ASA Explore. Sila cari aku di mana :)

Perkara ketiga : Terkilan tak dapat pergi Ekstival KUIS. Mesti best Da'ie Mega Show tu kan :( Kesian dekat adik aku tu. Pesan awal-awal suruh datang. Maaf ye sayang, nanti ada rezeki kita jumpa okeh. Dan juga kepada kepada kakak ku Nor Fauzani, kita rindu awak tau. Tapi takde masa yang sesuai untuk bertemu. Sabar ye :) Ouh ye, lagi satu, orang tu mesti tak kisah aku pergi ke tak kan, maklumlah busy. Dan juga mesti dia taktau aku join program Penang. Okay tak penting pun. Tak yah nak kisah sangat ye Farah Izzati. Dan nasib baik Kak Cha join jugak walaupun di saat-saat akhir. Terima kasih akak!

Dan buat kesekian kalinya, slot muhasabah mesti masuk bab sahabat. Dan tak lain tak bukan, kenangan arwah dikaitkan. Terima kasih ye Bro Arab sebab buat kami semua meraung lagi T___T

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 hari lagi untuk ke tarikh 12 Julai 2012. Tarikh di mana aku cukup 20 tahun dan arwah cukup 21 tahun. Alhamdulillah, aku sudah cukup kuat untuk teruskan hidup tanpa dia. ALLAH kan ada :) dah hampir 1 tahun 5 bulan dia pergi mengadap Illahi, tetapi semangat dia tetap kuat berada dalam diri aku, kami dan mereka. Semoga aku terus tabah :)

Mungkin dia tak ingat tarikh ni sebab aku dah hide dekat FB. Aku cuma nak tengok berapa ramai yang betul-betul ingat tarikh ni. Biarlah takde orang yang wish dekat aku asalkan aku bersyukur aku masih bernafas tatkala aku berusia 20 tahun pada tarikh itu. 


Kebahagiaan itu tidak kekal abadi. Benar kata orang, jika kita terlalu gembira, kita akan bersedih di kemudian hari. Dan itu terjadi dekat aku. Saban hari, aku happy sebab dia ada. Walaupun sekadar di telefon. Tiba-tiba sahaja berubah dek kerana 'perkara' itu. Aku husnuzhon sebaik mungkin. Mujur ada kawan, adik dan kakak yang sangat faham situasi aku. Terima kasih sebab dah hentikan aku daripada terus mengharap. Mungkin benar kata Ida, perempuan cepat cair. Ya ALLAH, peliharakan lah hati ku yang lemah ini T_T

Farah, belajar untuk terima apa yang ada pada masa sekarang. Jangan harapkan bintang yang bersinar di langit itu akan jatuh di atas riba. Jangan mengharap pada yang tidak endahkan kita.

Sentiasa lah bersangka baik. Meskipun pada perompak dan penjahat. Kerana semua manusia adalah sama di sisi ALLAH. Hanya ALLAH berhak menghakimi kedudukan kita. Husnuzhon :)

http://25.media.tumblr.com/tumblr_m588p4lVJ21qe93kro1_500.jpg

Sehingga bertemu di lain entri. Wassalam.

Nota jari kaki : 10 hari tidak membawa apa-apa perubahan. Terima kasih :')

1 comment:

NA.M said...

hai cikgu taska.. hehe..