Assalamualaikum w.b.t.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Rasa sangat lama tidak membebel di bloggie ini. Sebulan lebih. Last entri pada 25 Februari 2012. Hmmm. Dah cukup. Taknak sedih lagi.
Alhamdulillah aku tengah bercuti sekarang ini. Midsem break. Selama seminggu. Tapi dah kena balik JB hari Khamis. Banyak sangat kerja yang menuntut aku untuk tidak bercuti lama. Program, meeting, assignment, kuiz, test, sangat menyesakkan kepala aku. Tapi apa boleh buat, kalau tak busy bukan student's life lah nama nya tu.
Hmmm, sepanjang bulan 3 aku sepi di bloggie, hanya sibuk menemaniku. Tiada banyak benda yang terjadi yang aku boleh coretkan di bloggie kesayanganku ini. Mungkin hanya sekadar ini,
And i have nothing to say :')
Cukup sekadar sedikit coretan tentang diriku.
Dan, weekend lepas pada 6-8 April 2012 telah berlangsungnya Facilitator Skill Training (FASSTrain) Edisi ke 4 di SK Seksyen 1, Bandar Kinrara. Alahai dekat sangatttt dengan rumah abang aku. Okay, aku rasa fasstrain kali ni yang paling berjaya sejak aku join fasstrain start edisi ke 2. Dan yang paling ramai juga iaitu sebanyak 140 orang lebih. Tahniah Bro Daus, Bro Raje dan Bro Ayie :)
Walaupun aku tak menyumbang apa-apa tenaga sebelum bermulanya fasstrain, tapi alhamdulillah aku dapat juga berbakti sedikit semasa berlangsungnya fasstrain 3 hari tu. Jadik laa tukang bagi kertas pun, ye dok? haha.
Dengan menggunakan tagline "DARE TO BE DIFFERENT", aku betul betul dapat rasa kesannya.
Dan ini sebahagian daripada keluarga ASA aku,
ALLAH itu Maha Berkuasa dan Maha Penyayang. DiambilNYA seorang daripada ku, tetapi digantikan dengan banyak insan yang begitu mulia hati mereka. :)
Ini yang menguatkan ukhuwah antara kami,
Dan ini antara sedikit sebanyak aktiviti fasstrain 4 :)
Banyak lagi gambar tapi tak larat dah nak tunjuk kat sini. Sangat sangat berharga pengalaman yang diperoleh daripada fasstrain ini.
InsyaALLAH, jika tiada aral melintang, FASSTrain edisi ke 5 akan diadakan pada hujung tahun ini, dalam bulan 11 macam tu. Sesiapa yang berminat, boleh la pm FB saya nama, num ic, num telefon dan ipt tempat anda belajar. FB saya terdapat di sebelah kiri bloggie ni ea. Segala info tentang FASSTrain akan diupdate melalui FB. Opss~! FASSTrain ini hanya untuk yang berumur 18 tahun dan ke atas je ye :D
Hmm, banyak lagi nak bebel kat sini tapi masa tak mengizinkan.
Till then, Wasalam.
Nota jari kaki : had a great time with my ucuk, then how is our status now? *wondering* yeah, i can see him in him, but let the past be the past. Is my heart would fall to him? Oh ALLAH, show me the way.
No comments:
Post a Comment