Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 11, 2013

Penat

Mengejar bayang yang tidak kunjung tiba,
Aku penat.
Menanti kasih yang kian hilang,
Aku penat.
Seringkali ditinggalkan sepi tanpa belas kasihan,
Aku penat.

Hidup yang senantiasa di bawah bukan lagi ibarat ibarat roda yang sering diungkap manusia,
Sampai bila mahu memakai topeng keriangan di wajah sembap ini?
Aku penat dengan semuanya.

Tolong, hilangkan ingatan aku untuk seketika.
Tolong, matikan memori lampau yang penuh dengan duka.
Tolong, kembalikan aku yang dulu seperti sediakala.

Andai waktu bisa diputar, aku yakin tiada manusia yang bersedih hati.
Aku yakin tiada kekecewaan dan tangisan yang berselang seli.
Dan aku yakin semua pasti hidup gembira tidak terperi.

Penat bukan bererti tidak bersyukur dengan ketentuanNYA,
Penat bukan mencerminkan kelemahan diri,
Tapi hati dan jasad ini ada had tersendiri.

Aku cuma penat dengan pentas dunia.
Bila aku kan temui pelangi indah?


Saturday, November 9, 2013

After A Long Time

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

After a long long long time. 
Baru ada rasa nak muncul balik dekat blog ni. Last post dekat blog ni adalah pada hari Jumaat, 13 Julai 2012. Dah setahun lebih dah blog ni menghilang. 
Motif? haha. Aku sendiri pun tak tau apa tujuan aku privatekan blog ni. Malam ni kira malam keramat la aku open balik blog ni setelah sekian lama.

Entahlah. Rasa macam dah hilang semua dan nak luahkan everything balik dekat blog ni. Macam dulu, segala kesedihan bila hilang arwah Afiff sekelip mata tu semua aku hamburkan dalam blog ni. Almost every single post dulu semua nak sedih. Bila baca balik semua post tu, aku rasa macam tak percaya aku yang tulis semua tu. Tapi blog ni kan blog aku, dah sure la aku yang tulis. Okay tak kelakar.

November 2013. 
Dah masuk final year dah pun aku. Dah nak habis belajar dah pun. Dah timbul rasa menyesal sebab tak study betul-betul dulu masa first second year. Kalau focus study dulu mesti dah Dean List setiap sem. Amboi berlagaknya. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab berlambak budak kelas aku DL setiap sem. Padahal bila kenang balik bukannya susah pun nak skor. Diri sendiri yang malas. Masa tak boleh nak patah balik. Hakikatnya, hidup perlu diteruskan dan tak guna satu sen pun nak menyesal sekarang ni.

Okay, cerita pasal menyesal dan masa tak boleh nak patah balik. Too much things happened yang buat aku rasa menyesal gila. Salah satu rasa menyesal yang tahap tak ingat ialah aku bagi sayang aku dekat dia. Siapa dia? haa sapa-sapa je lah. Kalau ada yang kenal tu, kenal la. Kalau la Malaysia ni takdak undang-undang, dah lama aku pi cincang dia. Bukan cincang sebab kecewa, aku buat sebab geram. Sebab bila dah buat salah lepas tu tak reti nak tanggung. Lepas tu biar semua salah nampak dekat aku. One word for you, COWARD.
Kalau la aku ada kuasa nak buat masa boleh patah balik, hey tak ingin la aku nak layan. Tapi tu la, takdir dah tentukan jalan hidup aku macam tu. Redha.

Tutup cerita pasal si pengecut tu. Nanti tak pasal aku emo lebih dekat timeline tu.

Oh, esok malam yakni malam ni sebab dah pukul dua pagi kan, aku dah nak balik bumi UTM yang tercinta. Sedia untuk pecah kepala tak tidur malam sebab assignments yang menggunung plus PSM yang boleh buat semua students final year meroyan.

So, selamat kembali ke dunia blogging, Farah Izzati. *tepuk bahu sendiri*

Till next entry. Bye.

Nota jari kaki : Banyak wedding invitations yang aku kena pergi tapi semua bukan sebaya aku. Petandanya?