Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 6, 2010

kasih ibu tiada tandingan

salam dan selamat tengahari..(kul 2 petang selamat tengahari lagi ke?) oke, tukar, dan selamat petang..


ibu...
ibu...
engkaulah ratu hatiku..
(feeling kejap)

oke, entri ni bukan nak story pasal mak aku yang tengah keja kat ofis sekarang ni.. hai makk! esok adik balik penang okeh~!

dah dah, feeling balik cepat..
sesungguhnya kita semua tau kan jasa ibu begitu besar dan tidak akan boleh dibandingkan dengan harta bergunung-gunung ataupun wang ringgit seluas lautan..(hiperbola siket)

ari isnin lepas aku da abis exam final semester 1 a.k.a aku da abis semester 1.. aku tanak cita pasal sem aku sebab aku ada lagi tujuh upcoming sem sebelum aku berkonvo pada umur 22..INSYAALLAH...
aku balik kl dulu and stay umah my eldest kakak kat serdang.. i miss my najla! najla tu anak sedara aku bukan skandal baru aku yea..(aku penah ada skandal ke?)
NAJLA ZAFRINA ZAMANI
aku jeles dengan mata dia!

comel tak? cam maksu dia kan? oke, aku tipu.. najla lagi comel dari maksu dia.. sapa maksu dia? ehem ehem, aku la yang dia panggil maksu..:)

ari rabu malam tu dia demam.. memang kesian sangat aku tengok bila budak kecit ni demam.. nangis je spanjang masa.. ye la, da nama pun budak budak, mestila nangis je kan kalau sakit or demam.. takkan nak gelak guling guling lak..


najla ni kes kalau demam, nak je melekap dengan mama dia.. sampaikan mama dia tak bole nak buat apa apa langsung.. kalau renggang skit, nangis.. kalau jauh skit, nangis lagi.. aku da try nak bg diam, tapi aku bukan mama dia, so nangis jugak..



pagi nangis, tengahari merengek, malam nangis pakej skali dengan merengek.. cian aku nengok mama dia.. kakak aku tu mama dia oke.. cian aku tengok kakak aku.. sabar je bila najla nangis tak henti henti.. sabar je bila najla merengek rengek je.. ayah dia pun tak bole nak buat apa.. stop la jap bila ayah dia dukung, tapi jap je stop nangis tu.. pastu sambung balik bila nampak mama dia..
tengah tengah pagi kul 3 4 pagi kakak aku tak tido lagi sebab jaga najla.. dengan aku skali tak bole tido sebab aku ni mana reti nak tido..hehe
pastu aku tengok kakak aku tenang je bila tengok najla da tido.. pastu kakak dengan aku pon tido sampai la najla nangis balik.. kira kejutkan kitorang la..



ari kamis bawak g klinik.. pergh! memang best jadi dokter kat klinik sebab check budak demam tak sampai seminit.. aku ikot kakak aku skali masuk jumpa dokter, tak sempat nak rasa aircond dalam bilik dokter tu da abis dia check najla.. spoil tul..

amik ubat pastu balik.. plan nya nak g MAHA sebab dekat je, tapi cancel sebab najla demam..
takpela, demi najla, maksu tak pegi maha pon takpe..haha
memang sayu la hati aku tengok kakak jaga anak dia masa demam.. memang memerlukan kesabaran dan ketenangan jiwa yang tinggi.. tersentuh gak hati kecik aku ni tengok kakak masa najla demam..(feeling skit je hokeyh)

muka simpati masa demam

ari jumaat tu najla da sihat! 
dan aku pon berangkat tido umah abg pulak~

begitu besar kan pengorbanan ibu kita masa kita kecik kecik dulu.. asal demam je, nangis.. ibu la yang susah payah jaga kita masa kita sakit sakit dulu..
aku da tengok real depan mata aku cam ne cara ibu jaga anak masa kecik sebab aku takde adik.. so aku takde pengalaman tengok mak aku jaga adik cam ne..>.<

oleh itu, wahai pembaca blog sekalian, janganlah sesekali anda mengecilkan dan menyakitkan hati mak or ibu or umi or mama or apa pon yang korang panggil dekat orang yang telah melahirkan kita ke dunia ni.. besar dosa nya kalau ibu menangis kesedihan kerana kita.. sesungguhnya syurga itu terletak di bawah kaki ibu..

okeh, last but not least, aku bagi korang tatap pic najla zafrina bersama mama nya yang tersayang.. 
cekkidout~!

ada iras-iras aku x?


nota jari kaki : cam ne la mak aku jaga aku dulu kan? teringin nak tau perangai aku kecik kecik dulu cam ne.. adik sayang mak tau~!






Friday, November 26, 2010

RAPUNZEL~TANGLED sweet sangat!

salam peperiksaan~(masih lagi in exam mood oke)

tengok title kat atas? RAPUNZEL... 1 cita fairytale yang sweet sangat!
oke, rapunzel kuar panggung wayang ari ni, iaitu ari kamis, 25/11/10.. aku, faranabila, mike, najwa ngan rumate tersayang, dija pegi la TODAY'S MALL kat ulu tiram.. tadaa!!
TODAY'S MALL kat ULU TIRAM.. ada indoor water theme park okeyh!
oke, mall tu baru je bukak kot aku rasa..banyak lagi kedai-kedai yang tak bukak lagi.. tapi, yang best nya ada indoor water theme park yang pertama kat johor! yang ala-ala kt berjaya times square yang kat kl tuh..(promote johor sket walaupon aku ni orang penang..=D)

tapi, kitorang tak pegi main air sebab asal nya mike ngan najwa nak tengok HARRY POTTER.. sampai-sampai je kat cinema tuh, diorang pon nak beli tiket harry potter.. akan tetapi, RAPUNZEL telah menarik perhatian kami semua.. 3D lak tuh!!

kitorang pon decide tengak rapunzel walaupon harga tiket sorang ialah rm18.00.. hilang interest aku nak mandi-mandi dekat water theme park kat bawah tu..=.=

aku tanak cita rapunzel tu cam ne cita dia.. korang suma kena pegi tengok sendiri dengan spek 3D yang gedabak besar tu yea~~

just want to share some pics with u olls okeyhh~~
kat guardian~makeup ape yang patot!=)
ala-ala model gituu~
begambo je koje nye!!
fara kuasa dua!
pic bawah ni aku snap pas abes tengok cita.. kitorang mintak abang cinema tunggu jap sebab nak tangkap gambar dengan spek gedabak tuh.. thanks yeah~!
da macam alien kampung pisang daa~
haha.. tade keja dah..
nah lagi gambo..
ni la tuan empunya belog nih.. tak cantik tapi tak hodoh..
haha
faranabila.. teman bergambar aku..
amira a.k.a mike.. teman seronggeng aku..
penjenayah comel 1..
penjenayah comel 2..
penjenayah comel 3...
penjenayah PALING comel.. hehe
tak dapat tengok, tangkap gambar pon jadik la..
masa ni tengan menyirap nak mampos sebab abang jual popcorn tu gelak kat kitorang da macam kami ni buat lawak badut sarkas lak kat situ.. nape, da bekenan kat salah sorang 4 orang tu ke? 
sory ea, yang pink tu da ada yang tempah!=))
last pic before balik.. ujan lebat gila kat luar tuh!!
and pada malam nya, aku, najwa dengan faranabila lepak pulak kat mcD luar KTC.. hehe, sorang satu set double cheeseburger yeah! nyum-nyum...~
najwa muka yang sangat lapar!

tu je kot yang aku nak story sikit-sikit kat sini..=)

lupa nak cita kat atas, najwa dengan faranabila feeling abes tengok rapunzel tu.. aku dengan mike memang nganjing gile ah!!

jangan lupa tengok RAPUNZEL ni yea~!!
comel tak aku? *perasan sebentar*
kantoi aku tulis entri ni kat mcD sebab wifi mcD sangat laju oke!

nota jari kaki : aku da mula minat balik nak pakai shawl dengan syria sebab inner tu buat aku perasan cantik!wee~~

perasan tak aku slalu kata 'oke' dalam entri-entri aku? habit kot..>.<

farah, jangan lupa azam baru esok.. study statistics!!

wasalam.. baibai..-FIY1207-