Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 11, 2014

Dua Kosong Satu Empat

Assalamualaikum.

Selesai semester yang ketujuh.
Berbaki lagi satu semester di bumi selatan ini.
Semester tujuh yang penuh dengan dendam.
Satu semester yang hati ini tak pernah tenang daripada masa silam.
Ah. Bodoh yang aku dapat bila aku ingat semua tu.
Abaikan.

Tahun 2014.
Bermakna aku berumur 22 tahun.
Tak pasti aku perlu rasa apa untuk umur itu.
Yang pasti aku bakal genggam ijazah jika tiada aral melintang.

Selamat datang 2014, walaupun sudah sebelas hari menjelang.
Moga tahun ini menjadi saksi kejayaan aku.
Moga tahun ini menjadi saksi kegembiraan aku.
Moga tahun ini juga menjadi tahun yang buat aku tersenyum sepanjang masa.

Tiada yang manis untuk tahun 2013.
Yang tinggal hanya dendam yang tiada pengakhiran.

Manusia,
Ajarkan aku kembali bagaimana mahu menyayangi manusia yang lain,
Kerana aku hanya tahu membenci.
Manusia,
Ajarkan aku bagaimana untuk melupai kepahitan,
Kerana aku tidak pernah bertemu kemanisan.

Berikan aku sedikit cahaya kegembiraan,
Kerana aku sangat lama berada dalam gelap kedukaan.

Semoga dua kosong satu empat ni menjadi satu permulaan untuk kesemuanya.

Thursday, December 26, 2013

Where Are You, Spirit.

Menangis lagi.
Semalam mimpi dia. 
Tenang sangat muka dia senyum.
Tanpa sepatah kata.
Aku taktau mimpi tu petanda apa.
Baru semalam mengeluh sebab kalah.
Lepastu dapat mimpi tu.

Lemahnya.
Asik nak nangis je bila teringat.
Bila nak move on ni pun taktau.
Tadi baru doa bagi hati ni redha.

Dah dua tahun sepuluh bulan. 
Lagi dua bulan cukup tiga tahun.
Sampai bila nak macam ni.
Dah banyak kali cuba bagi hati ni ikhlas untuk redha.
Bencinya tak kuat semangat masa nak exam macam ni.

Mana semangat nak study macam dekat maktab dulu.
Mana rasa nak cemerlang macam dekat maktab dulu.
Dulu dekat maktab bukan kuat nangis macam ni.

Mana Farah Izzati yang dulu.
Yang garang sampai dapat gelaran singa betina masa sekolah dulu.
Yang tak kisah orang sekeliling janji dia happy.
Mana muka yang sentiasa riang tak fikir ada exam ke tak masa dulu.

I badly need the spirit and strength to keep me going on.

Farah Izzati ni dah hilang semangat nak exam.
Tolong bagi semangat balik dekat dia ni.
Dia tengah menangis masa tulis entri ni.

:'(