Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 27, 2013

All I Need Is Strength

Assalamualaikum.
Malam ni rindu bertamu lagi. In fact minggu ni teruk gila menangis dan not-in-the-mood nak buat semua benda.

Ye ye aku tau aku tak patut cakap macam ni. Sebab dah ramai cakap dekat aku. 

"Tak elok kenangkan sangat orang yang dah tiada"

"Kau baru je kenal dia, takde ikatan lagi, takkan macam ni teruk sekali nak sedih?"

Mungkin senang bagi orang yang dengar cerita aku nak cakap macam ni dekat aku, tapi hakikatnya aku yang rasa, aku yang lalui.

Menjadi orang pertama yang dapat tau berita kematian orang yang kau sayang bukan lah senang kau nak lupa moment tu. Berita daripada polis sendiri dan kau yang kena bagitau family dia. Kau ingat senang nak jadi orang macam tu? 

Walaupun dah dua tahun sembilan bulan arwah pergi, tapi aku still tak boleh lupa saat tu. 


Betapa susahnya aku nak move on. Lagi-lagi bila lepas kau dah hilang orang tu, lepastu ada orang lain datang dan hilang balik. Dengan cara yang paling bodoh atas dunia ni.

Called me a fool, tapi takkan pernah ada orang faham apa yang aku rasa. 

To be honest, aku memang belum boleh move on. Cuba bagitau sikit macam mana nak move on bila orang yang tinggalkan kau dengan cara yang paling bodoh tu terus hilang without a word lepastu act macam nothing happen?

Sakit hati weh!

Tapi memang padan muka aku sapa suruh aku suka dia bila dah tau akibat yang akan aku hadap kalau jadi benda ni. So tanggung la kan sekarang ni.

Sebab tu kalau ada kuasa, aku nak hilangkan ingatan part yang sakit hati tu. Part yang betapa-bodohnya-aku-sayang-dia.

"La yukallahu nafsan illa wusa'ha"
"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya"
(2:286)

Dengan ayat tu aku kuat sekarang ni. Ujian dalam bentuk soal hati dan perasaan ni betul-betul menguji iman aku.

Mungkin belum sampai masa untuk aku jumpa someone yang betul betul suit dengan aku. Tapi untuk sampai ke masa tu, alahai jatuh bangun pengsan menangis penat dah nak rasa.

Nak jadi heartless dengan feelingless pun dah penat. In fact aku dah penat untuk semuanya.

Please, give me strength to move on :'(



Monday, November 25, 2013

A New Family

Assalamualaikum.
Hai guys. So kita berjumpa di entri yang baru. Aku taktau kenapa aku mesti aku akan tulis entri baru waktu waktu cenggini.


Define A New Family.
Jawapan aku dalam bahasa Melayu adalah bila kau baru kenal orang dan orang tu dah rapat dengan kau macam family sendiri.

Entri ni aku nak cerita sikit pasal family baru aku masa final year ni.
Presenting... *drum roll*



Family #TwtupUTM.

Aku paling suka gambar atas ni sebab aku rasa gambar tu style. So credit to photographer walaupun aku taknak cakap pasal dia.

Entah kenapa aku rasa rapat gila dengan mereka mereka ni. Baru kenal, meeting pun dua tiga kerat je, lepastu terus organize event ni. Frankly speaking, aku sayang korang :')

Tapi dalam semua keseronokan semua ni, there's something that keep bothering me. Tak boleh nak elak sebab tak semua tau benda ni. Aku taknak la nampak obvious sebab nanti aku akan terima pelbagai soalan yang tak masuk akal serta soalan yang buat aku rasa nak lempang orang. So better don't.

Overall peserta dan krew #TwtupUTM

So event dah habis, post mortem dah selesai, tinggal nak buat laporan dan settlekan hal baju second batch. 
Alhamdulillah, everything went well. 

Isnin, 25/11/2013, dah masuk minggu kesebelas. Maksudnya aku ada lebih kurang empat minggu nak setelkan PSM 1 dan test dua sebelum final exam menjelang tiba. 
How time flies so fast. Less than a year lagi aku nak habis degree. Lepastu nak kerja sebab aku malas nak sambung sebab aku rasa dah penat belajar. Nak rasa pegang duit sat.

Malam ni rasa sayu. Sayu sebab banyak benda. 

"Pain Changes People"

Dan kalau betul sakit yang aku rasa ni dah ubah aku, maka perubahan ni bukan salah aku. Takkan pernah ada sesiapa yang faham betapa sakitnya aku kena tinggal macam tu je. Without a word. Dan aku sorang dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan menggalas kesalahan ni. 
Sorang-sorang.
I do admit my fault.
But, what you give you get back. Be aware of that.
And I hope I WON'T see you anymore.

Till next entry, bye.

Nota jari kaki : Dear you, please notice that you are my crush :)


Thursday, November 21, 2013

Losing You

Sakit hati tanpa sebab.
Pernah rasa macam ni?
And I don't know where I'm going wrong or what goes wrong.
Aku dah rasa hilang kawan. Bukan sorang tapi semua. 
Yes. I'm losing all of you. One by one. 

Aku rindu masa dulu. Masa lepak sampai pagi lepas tengok movie midnight. Masa boleh bergurau tanpa fikir ada orang terasa ke tak. Masa masing-masing tak fikir soal hati dan perasaan.
Tapi disebabkan satu benda yang terlampau bodoh terjadi bila difikirkan balik, aku hilang semua. No more us.
And for you, you said you want to make everything right just like before kan? And what you have done? Nothing! You left me alone to face the consequences of the thing that you had done! Without a word! Dan aku jamin hidup kau takkan pernah tenang sampai kau fix kan balik semua benda jadi macam biasa. Takkan tenang.

Orang yang pernah mengaku aku best friend dia pun dah jauh daripada aku. Sangat jauh. Dan aku tak pasti apa salah aku dekat dia. Aku tak pasti sebab yang utama. Tapi aku sakit. Sakit tahan perasaan. Sakit pendam perasaan. Sorang sorang.

Aku tak harapkan orang bagi perhatian dekat aku. Apatah lagi nak suruh orang stick dengan aku dua puluh empat jam. Tapi at least jangan la bagi nampak sangat kau tu menyampah dengan aku. Aku manusia macam kau, bukan robot.

Itu baru masuk bab circle yang tu.
Belum cerita pasal siblings. Hmm malam ni angah ajak aku makan. Tapi disebabkan dah terbeli makanan awal, so terpaksa tolak. Lepastu bukak cerita pasal siblings. Yes, I do miss them. Rindu sangat. Tapi..... masa takkan beku untuk semua benda tak berubah.

Malam ni rindu adik sangat. Rindu nak merepek dengan dia. Rindu nak cubit pipi gemuk dia. Rindu nak buat segala benda masa Tingkatan 5 dulu.
She is the one and only yang faham aku macam mana. Yang faham perangai aku macam mana. Yang akan sentiasa ada dengan aku tak kira aku senang ke tak, aku sedih ke tak, aku marah ke tak. Every single second dia faham aku.
And I do admit ada yang macam dia dekat sini. I appreciate that, sister. 
Tapi, untuk yang lain, if I have do something wrong with you, please do tell me. Penat rasa tidak diperlukan macam ni. 

Dan sebenarnya aku penat dengan karenah manusia dekat sini. Aku terlampau jaga hati mereka sampai hati aku terabai. Aku cuba cari salah aku di antara mereka. Mereka yang bergelar kawan aku.

Tapi akhirnya aku sendiri terluka.


Thursday, November 14, 2013

The Worst Day Ever

Hi guys.

Hari ni Khamis, 14/11/2013.
Hari kedua aku rasa paling celaka dalam hidup minggu ni. Okay semalam sepatutnya hari yang paling celaka, bukan hari ni. Supervisor PSM buat lawak antarabangsa. Aku taktau macam mana nak brain lawak dia tu.

Memula dia cakap tak payah hantar draf proposal. TAK PAYAH HANTAR. Berkali aku tanya dia kena hantar ke tak, sebab data tak dapat lagi. Memang la macam mana nak dapat asyik kena reject je semua data yang aku dengan Fatin cari. So berkali jugak dia kata tak payah hantar. Faham lah aku kan so tak payah hantar.

Semalam hari Rabu, 13/11/13 aku dengan Fatin pergi jumpa dia nak tunjuk latest data yang kami cari. And as expected, kena reject. Lepastu dia tunjuk borang merah. Aku dengan Fatin baca. WTH borang penilaian draf proposal?!
Lepastu dia tanya kami, "mana report awak? saya nak isi apa ni sebab awak tak hantar apa-apa dekat saya. Saya tulis kosong je la."
Berkali aku dengan Fatin kata yang dia tak bagi kami hantar. Lepastu selamba dia kata entah, dia pun taktau. Pehhhhhhhh

Ahh, nasib baik akal aku tak hilang lagi. 30% kot! Gila aku dengan Fatin dapat kosong. Pehhh nyirap tak nyirap aku masa tu. Draf proposal kena hantar Chapter 1, 2, 3. Aku baru siap Chapter 3. Straight dia nak Isnin ni. Plus aku ada test Fuzzy Isnin ni. Fuzzy pulak..... erm malas la nak fikir karang lagi menggunung dosa aku kutuk lecturer.

Patut laa semua senior yang tau aku dapat dia as sv PSM aku, semua suruh aku tabah. Rupanya macam ni cerita dia.

So sekarang ni cuba kasitau sikit macam mana aku react depan dia. Menguji keimanan sungguh.
Memang dia suka gamaknya aku jadi zombi tak tidur malam buat PSM ni.

Doakan aku siap dan dapat hantar hari Isnin. Kalau tak siap aku kena extend sem buat PSM woi!

Nota jari kaki : kan senang kalau aku dapat bagitau kau yang aku minat kau. Eh bye!

Monday, November 11, 2013

Penat

Mengejar bayang yang tidak kunjung tiba,
Aku penat.
Menanti kasih yang kian hilang,
Aku penat.
Seringkali ditinggalkan sepi tanpa belas kasihan,
Aku penat.

Hidup yang senantiasa di bawah bukan lagi ibarat ibarat roda yang sering diungkap manusia,
Sampai bila mahu memakai topeng keriangan di wajah sembap ini?
Aku penat dengan semuanya.

Tolong, hilangkan ingatan aku untuk seketika.
Tolong, matikan memori lampau yang penuh dengan duka.
Tolong, kembalikan aku yang dulu seperti sediakala.

Andai waktu bisa diputar, aku yakin tiada manusia yang bersedih hati.
Aku yakin tiada kekecewaan dan tangisan yang berselang seli.
Dan aku yakin semua pasti hidup gembira tidak terperi.

Penat bukan bererti tidak bersyukur dengan ketentuanNYA,
Penat bukan mencerminkan kelemahan diri,
Tapi hati dan jasad ini ada had tersendiri.

Aku cuma penat dengan pentas dunia.
Bila aku kan temui pelangi indah?


Saturday, November 9, 2013

After A Long Time

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

After a long long long time. 
Baru ada rasa nak muncul balik dekat blog ni. Last post dekat blog ni adalah pada hari Jumaat, 13 Julai 2012. Dah setahun lebih dah blog ni menghilang. 
Motif? haha. Aku sendiri pun tak tau apa tujuan aku privatekan blog ni. Malam ni kira malam keramat la aku open balik blog ni setelah sekian lama.

Entahlah. Rasa macam dah hilang semua dan nak luahkan everything balik dekat blog ni. Macam dulu, segala kesedihan bila hilang arwah Afiff sekelip mata tu semua aku hamburkan dalam blog ni. Almost every single post dulu semua nak sedih. Bila baca balik semua post tu, aku rasa macam tak percaya aku yang tulis semua tu. Tapi blog ni kan blog aku, dah sure la aku yang tulis. Okay tak kelakar.

November 2013. 
Dah masuk final year dah pun aku. Dah nak habis belajar dah pun. Dah timbul rasa menyesal sebab tak study betul-betul dulu masa first second year. Kalau focus study dulu mesti dah Dean List setiap sem. Amboi berlagaknya. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab berlambak budak kelas aku DL setiap sem. Padahal bila kenang balik bukannya susah pun nak skor. Diri sendiri yang malas. Masa tak boleh nak patah balik. Hakikatnya, hidup perlu diteruskan dan tak guna satu sen pun nak menyesal sekarang ni.

Okay, cerita pasal menyesal dan masa tak boleh nak patah balik. Too much things happened yang buat aku rasa menyesal gila. Salah satu rasa menyesal yang tahap tak ingat ialah aku bagi sayang aku dekat dia. Siapa dia? haa sapa-sapa je lah. Kalau ada yang kenal tu, kenal la. Kalau la Malaysia ni takdak undang-undang, dah lama aku pi cincang dia. Bukan cincang sebab kecewa, aku buat sebab geram. Sebab bila dah buat salah lepas tu tak reti nak tanggung. Lepas tu biar semua salah nampak dekat aku. One word for you, COWARD.
Kalau la aku ada kuasa nak buat masa boleh patah balik, hey tak ingin la aku nak layan. Tapi tu la, takdir dah tentukan jalan hidup aku macam tu. Redha.

Tutup cerita pasal si pengecut tu. Nanti tak pasal aku emo lebih dekat timeline tu.

Oh, esok malam yakni malam ni sebab dah pukul dua pagi kan, aku dah nak balik bumi UTM yang tercinta. Sedia untuk pecah kepala tak tidur malam sebab assignments yang menggunung plus PSM yang boleh buat semua students final year meroyan.

So, selamat kembali ke dunia blogging, Farah Izzati. *tepuk bahu sendiri*

Till next entry. Bye.

Nota jari kaki : Banyak wedding invitations yang aku kena pergi tapi semua bukan sebaya aku. Petandanya?